Saturday, 20 July 2013

Kenangan Manis : Saat-saat dapat tahu aku mengandung

Maaf..entri ni panjang....huhu

Walaupun dah lama entri ni aku nak post, tapi tak ter-post2 je..aku tak kisah..aku tetap nak jugak post buat kenang-kenangan aku. Dah nama pun blog aku kan, suka ati aku lah kan..huhu..ok ..firstly aku nak minta maaf banyak-banyak sekiranya ada kengkawan TTC yang terguris hati bila terbaca blog aku ni..Aku paham, tak semua yang kita suka untuk berkongsi, orang lain juga akan suka.

Alhamdulillah, sekarang kandungan aku dah masuk 24 minggu bersamaan jugak dengan 6 bulan. Macam tak percaya pun ada, nak-nak bagi yang dah lama menunggu macam aku ni.Mungkin sesetengah orang fikir ape lah sangat dengan 2 tahun, nak dibandingkan dengan nasib orang lain yang berpuluh2 tahun masih belum dikurniakan zuriat..Tapi tu lah rezeki.. FYI, genap 2 tahun usia perkahwinan aku barulah aku dapat merasa detik gembira macam orang yang bernasib baik yang lain.

Tapi aku bersyukur, dengan 2 tahun masa aku menunggu ni macam-macam aku boleh belajar. Apa tu TTC (trying to conceive) , perasaan belum memiliki zuriat sendiri, kesedihan bila ada je mulut-mulut yang menyindir, pendek kata lebih peka dan lebih memahami apa yang mereka-mereka yang kurang bernasib baik untuk mengandung awal. Dan macam-macam lagilah yang aku dapat. Tempoh ni jugak aku dan suami dapat gunakan sebaik mungkin untuk belajar menyesuaikan diri dan mengenal hati budi dengan lebih mendalam. Sebelum mendirikan rumahtangga kami hanya kenal selama 6 bulan sahaja, kemudian bercinta selama setahun.,kemudian terus melangsungkan pertunangan dan sebulan lepas tu terus berkahwin. Alhamdulillah aku bersyukur dengan percaturan Illahi yang serba sempurna ini. :)

Berbalik pada tajuk utama aku tadi, kalau boleh aku nak ceritakan dari A-z...tapi aku cerita yang termampu saja lah ye..lagipun aku ni bukan hebat bab-bab bercerita dan juga menaip ni..huhu

Tapi...

aku tak nafikan yang aku ngan suami memang ada berusaha bersungguh-sungguh pun beberapa bulan sebelum ni..nak-nak awal tahun 2013 ni..sebelum ni pun dah bersungguh-sungguh, tapi mungkin bukan rezeki aku lagi..

Seingat aku...period terakhir aku bulan 8 2012..hampir 4 bulan tak datang period..satu tempoh yang paling lama aku rase..

10/1/2013 - aku beli digital UPT jenama Clearblue digital untuk sahkan yang aku betul-betul tak pregnant sebelum aku pergi berurut..dan hasilnya..

not pregnant...

15 - 17 Januari 2013
Aku dan suami ada berikhtiar berurut dengan seorang makcik, 3 hari berturut-turut..

24 Januari 2013
Aku tergerak hati nak pergi jumpa Dr.Sofia -gynae di Klinik sihat indah permai. Dia ada rekod aku sebelum ni. So bila dia sahkan yang aku memang tak pregnant lagi (dengan ujian UPT dan juga scan SAC) dia suggest untuk bagi aku pil hormon untuk turunkan period. pil tu kalau tak silap aku namanya duphaston. kena makan dalam tempoh 5 hari sahaja, dan katanya selepas 3 hari period akan turun.

1 Februari 2013 
Period turun dengan jayanya. Normal tanpa senggugut atau berketul-ketul. Period selama 7 hari. 6-18 Februari tu kiteorang balik kampung, naik flight sampai kL je sebab balik dengan kereta my SIL ngan baby anati sekali. Sepanjang aku habis period tu kiteorang bersama (mungkin banyak kali kot...hehe)..

28 Februari 2013
En.Suami kena bertugas di Lahad datu, kes pencerobohan pengganas..Ya allah..beratnye hati nak lepaskan dia pergi..tapi apekan daya tu semua tuntutan kerja..dia perlu pergi dah nama pun tanggungjawab..Dan sepanjang ketiadaan en.suami....aku......berasakan satu kelainan kat badan aku ni..lemau semacam je...penat...asyik nak tidur je..dan..

Perkara yang membuatkan aku tergerak hati untuk membuat Urine Pregnancy Test (UPT)

Sebelum ni pantang je lambat sikit period,terus check.. (padahal aku dah tau yang period aku sememangnya tidak teratur) ..so tak terkira berapa banyak UPT kit yang aku dah beli..
Tapi kali ni...yang paling ketara aku rasa adalah...

Sakit yang teramat sakit pada bahagian breast - Yup..sakit yang aku tak pernah rasa..Nak cakap ngilu ke ek..ntahla..tak reti nak cakap sakit tu camne..mungkin macam sakit breast membengkak..Sakit tu dalam tempoh 2 minggu jugak lamanya.. Tu yang memusykilkan aku..apekah tandanya..aku google2..sakit breast juga salah satu simptom2 kehamilan, walaupun pada masa tu aku tak rasa pun pening-pening, mual, muntah2 apetah lagi nak pitam2 or mabuk. Kendian aku terus pegi beli UPT kat watson..masa tu tak cakap pun dengan matshah yang keluar nak g beli UPT, just cakap nak g beli donut je kat 1Borneo..dah la berjauhan.takut kang dia mengharap pulak..huhu..

11 Mac 2013 
Bangun je dari tidur aku terus buat UPT test, dan seperti jangkaan aku.beberapa minit lepas tu.hanye 1 line..terus aku campakkan dalam tong sampah kecik..Frust cam biase...tapi..balik dari keje..tergerak ati nak tengok balik UPT tu...haik...mata aku ni tersilap tengok ke..coz ade 1 lagi line kabur kat line T tu.. UPT tu aku beli yang paling murah je..yang ade 2 stick..hishh..ni yang buatkan aku syok sendiri ni..emm takpelah nanti2 aku nak check lagi.mungkin minggu depan lah kot..

16 Mac 2013
Buat lagi UPT ..dan hasilnye...



Alhamdulillah ya allah..mase tu aku menitik air mata kegembiraan..Sebab aku betul-betul nampak line kedua tu naik ...belum pernah lagi kan nampak depan mata..Masa tu jugak lah teringat kat hubby..tapiiii...tak sanggup pulak nak bagitau dia benda yang tak pasti..so aku hanye bagitahu kakak aku iaitu kak ha dan juga bff aku kak ika..aku tak mampu nak kongsikan dengan semua orang termasuk suami aku sendiri...apetah lagi mak ayah n mertua aku..Takut UPT ni buat hal bagi harapan kosong je kat aku huhu...

Dan-dan jugak haritu aku keluar lagi 1Borneo pegi beli lagi UPT..kali ni aku terus beli 3..TIGA oke......eksaited punye pasal...huhu

17 Mac 2013


Keesokan harinya...test lagi sekali..alhamdulillah..Benda ini benar-benar betul...Ya allah aku syukur padamu...malam tu lepas solat isyak aku teringatkan hubby..tak mampu lagi nak merahsiakan darinya..Nak-nak hubby baru je bagitahu dia dapat cuti 3 hari untuk balik jenguk aku..teruslah aku bagitau dia ..dengan menghantar 2 keping mms....



Dapat je mms ni...mula2 dia pelik..kenape aku tulis "We" ..pastu dia call..bila aku berterus-terang maksud mms tu ya allah..dia menangis....dengan aku sekali menangis..aku dapat rasakan yang dia betu-betul gembira..kemudain dia marah aku kenapa tak bagitau dia awal-awal..dan kenapa dia jadi orang ketiga dapat tahu...huhu..aku berulang kali minta maaf..aku cuma tak sanggup nak bagitau krana takut ianya salah...



Tengoklah...total 5 kali aku buat UPT untuk pastikan yang aku tak salah lagi..ni sebelum aku ngan en suami pegi confirm kan dengan doktor kat klinik dr mustafa di likas.. Alhamdulillah..doktor sahkan yang aku pregnant 7 minggu..tapi tu hanye mengikut kiraan LMP..aku ingatkan doktor akan scan, tapi belum sempat aku tanye doktor cakap yang dia takkan scan sebabnye kalau scan pun mesti tak nampak lagi..so aku agak keciwa disitu..huhu...

Tapi aku ok..husband pun tak kisah..yang penting dari riak wajahnye aku tau dia sangat happy..masuk je dalam kereta terus dia call mak dia bagitahu berita gembira..dan lepas tu dia call mak aku ngan kakak dia pulak...semua happy dengar berita ni..Ya allah aku bersyukur kurniaanmu ini..

Aduh panjang pulak entri ni..tak kisahlah..janji aku dah tulis ape yang aku nak tulis..


to be continue.....huhu..


6 comments:

amal said...

Alhamdulillah :) :) Kenangan terindah ni hehehe

mizieyka said...

ahamdulillah..sy doakan awk selamat smpi bersalin n dpt baby chummillll.. :)

eamy milea said...

tq amal n awakk... <3 <3 <3 <3

hadyla rose said...

sharing yg menarik...

amalina mohayidin said...

Best nya....nak baby jugak..doakan saya :) follow blog saya

Arinie Ghazali said...

Alhamdulillah. Best baca kegembiraan camni. tahniah untuk awak & suami

---------

boleh dapatkan Supplement untuk ibu mengandung & supplement untuk anak-anak dengan saya (whatsapp : 0137075966)TQ =)

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts