Wednesday, 10 April 2013

Rimas dengan KAWAN YANG ber- BISNESS

Kalau korang, rimas tak bila ade seorang kawan korang tu, tengah gila berbisness..?
Gila berbisness dalam erti kata nak berbisness tapi merimaskan orang..
ggrrrr....geram gak sekali pikir..dah la bissness yang dia join tu jenis MLM..kalau nak jual2 barang on9 tu ok lagi lah paling rimas pun aku akan unclick je kat notification (show in news  feed)...senang tak yah sakit2 mata tengok dia share kat news feed kan..
tp ni sal MLM....malas aku ak mention nama MLM tu kat sini,
kang nama aku kena banned pulak kat syarikat MLM tu. huhu..

Konon, datang jauh-jauh nak sangat jumpa aku.. tup-tup...ada niat tersembunyi..
sebelum jumpa boleh la ko cakap..'ala aku nak jumpa ko je..pasal bissness nombor dua..." caitt...
ade aku kisah...
Sebelum ko tau pasal MLM tu aku dah lama tau lah..
Setakat MLM ni, memang dah lame kena block ngan abi aku tau.
Dia memang tak suka MLM. Biarlah tak kaya pun, dari menyusahkan orang..
Dari dulu lagi dia melarang keras aku, dari terlibat dengan bisness2 yang menipu ni..

Bunyi cam kasar, tapi tu lah hakikatnye.
Berkonsepkan islamic..Usahawan..nak bantu orang melayu..
tapi niat sebenar MLM ni hanye lah nak cepat kaye ko sorang je kan..
Orang-orang bawahan ko, sengsara...

Ramai dah mangsa-mangsa MLM ni. Nasib baik abi aku ni jenis x berminat dari dulu-dulu lagi.
Kalaulah dia termakan hasutan orang-orang sekeliling dia, dah lama dia turut sama terpedaya..
yup..kawan2 dia sendiri ramai yang terkena..modal bukan main lagi..puluh2 ribu..
tup-tup.ape yang dapat..hutang keliling pinggang,,untung...haremmm...

aku setuju ngan ustaz azhari Idrus...

194 - Hukum MLM (Multi Level Marketing)
_____________

Soalan : Assalammualaikum Ustaz, ade satu lagi soalan yg saya nk bertanya cma ustaz tau x mengenai MLM? multi Level Marketing.. mcm jdi jutawan dlm mse 2 thun.. soalan saya ape hukumnya lau kita join MLM tue?? adakah duit yg kita dpt tue nnti jatuh kepada subhah?? Majlis tue pulak terpekik melolong sebut "jutawan2, hebaaaatt", jdi adakah majlis seumpama itu jtuh kepada lagha' dn dilaknat?? minta pndapat ustaz?..

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Secara umum Multi Level Marketing adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah Upline (tingkat atas) dan downline (tingkat bawah), orang akan disebut Upline jika mempunyai Downline.

Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat vertikal atas bawah mahupun horizontal kiri kanan ataupun gabungan antara keduanya.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian.

Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah brokerage sebagaimana didakwa.

Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai.

Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya.

Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan.

Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

1. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

3. Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka..
___________________
Link Asal : https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/587666184584766


FB koleksi printscreen UAI

p/s ... terpulang pada individu..kalau rasa nak maju (KAYA) cepat sangat..join lah..tapi jangan menyesal..bagi aku, cukuplah sekadar rezeki kami laki bini yang dah ade sekarang..Jangan sampai hilang kawan, sedara-mara dah la k..









4 comments:

mizieyka said...

ahaks.. awak, xde rezeki akan masuk senang2 kalo kita tak usaha kan.. sy setuju sgt... sy pun xsuke MLM ni.. dh byk org offer tp bg sy, kalo dia ckp nk tolong melayu, sesama islam la, takyah la...yg dpt untung dia lah..(agen2 MLM jgn marah yer)..hahahahah

maria firdz said...

sy ignore je.. kalau kt fb sy hide kan aje... huhu... prnh juga la pngalaman join MLM, tapi mls la.. org atas je untung lebih..

Salam ziarah dan baca entry...

Salam kenal dari Ummi Faiqah (^_^):
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

wan nurul hezrina abd halim said...

mummypun tak suke mlm..kalau jual2 biasa produk biasa oklah...yang rantai2 tak minat..

salam kenal dr blog CR

wan nurul hezrina abd halim said...

mummypun tak suke mlm..kalau jual2 biasa produk biasa oklah...yang rantai2 tak minat..

salam kenal dr blog CR

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts