Friday, 15 March 2013

PUNCA REZEKI

Baru je dapat call dari kawan kat pejabat. Hari aku off duty pun kena call. Baru je nak rehat-rehat, hajat di hati nak pergi massage, tapi dengan kesihatan yang tak berapa mengizinkan ari ni aku amik keputusan untuk rehat je kat rumah. Tanpa sebarang gangguan atau perkara-perkara yang memeningkan kepala.
Masa ni OJT-On job training..best bawak bot ni tau..

Dah nama pun kerja sebagai anggota keselamatan, tak kira lah ko bahagian ape, operasi, kewangan, logistik,  keselamatan, siasatan atau admin. Semua kena bersiap-sedia dari segi fizikal mahupun mental. Yang selalu jadi sekarang persediaan mental je. Kadang-kadang kita dah plan nak buat sesuatu pada hari cuti, terpaksa di cancel kan kerana urusan kerja lebih memerlukan. Kalau tak cekal mental, boleh naik stress. Aku tak nak otak aku semak dengan urusan kerja. Kadang-kadang aku layan je. Kalau nak stress lebih-lebih pun bukan dapat ape, wat tambah sakit otak je duk pikir. Kadang-kadang aku memberontak jugak. Tapi tengok keadaan jugak lah, kalau yang boleh lagi aku sabar, aku sabar je.. tak mahu dicop sebagai kaki memberontak. hahahaa...
dengan pet, kak aisyah, dan mira..

Sepatutnya aku dapat long-weekend start hari ni, esok dan lusa. Tulat aku kena kerja malam lagi, tapi disebabkan big boss dari HQ nak datang esok terpaksa lah kena kerja esok (SABTU okeh..) kerja dengan penuh ketenteramannnn..(sangat..) Tapi...Nasib baik event tu x jadi, alhamdulillah, berkat aku tak sabar dan tak melenting hehe. kalau aku melenting awal-awal, mesti aku dah stress...huhuhu...
 dengan puan halijah dan kak ika, stail aku bergambar memang mcm tu nak2 kalau pakai uniform, baju tu terbukak kat depan memang aku suke tutup hehe..
Kalau nak difikir-fikirkan kerja aku ni bukannya susah sangat, cuma mungkin tak berapa sesuai dengan jantina je. Tapi aku ok je,bagi je keje ape aku boleh je buat..sekarang, kalau ade events anjuran pejabat kami, aku lah kena set-up tu set-up ni. Bukan aku sorang tau, kawan-kawan unit lain pun kena buat jugak la. Macam tak de orang lain yang boleh wat keje aku ni, masa aku cuti jalan jugak walaupun aku takde, saje je manusia, dah ade aku, nak jugak aku yang buatkan. Lepas ni aku nak tukar unit lah..(lari....!!!!...hehe)
duty kat opsroom
Selasa ni ada program kat jeti navy, sepanggar. kena set-up kat situ. dah la haritu aku off-duty..Tak kire..akan ku klaim cuti on the next day,.huhuhu..sape suh aku keje sangat kann...FYi, duty 24 jam tu tak dapat klaim duit okeh..dapat cuti je satu hari keesokkan harinya..kalau kerja kilang ni dah kaye dengan OT kot.? hehe gurau je okeh..aku bersyukur at least dah dapat kerja tetap cam sekarang ni.. :) - dulu sebelum dapat kerja ni, orang tanya sanggup ke..SANGGUP...laju je jawab...skarang ni macam-macam pulak ko ye...mane la hidup nak berkat...huhu
perbarisan kat KK

"Ya allah..bantulah hamba mu ini untuk menjadi seorang yang ikhlas dalam melaksanakan tugas.sesungguhnya hambaMu ini seorang yang sangat lemah...amin.."












2 comments:

AzieFirdaus Kamarudin said...

eamy..napa lain rupa paras blog???huhu

eamy milea said...

saja tukar kak...hu3

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016