Tuesday, 5 March 2013

Kisah pagi 5 Mac 2013

Alhamdulillah,

Pagi tadi aku terjaga disebabkan batuk yang agak menyakitkan dada aku ni. Sampaikan aku terduduk barulah rasa lega sikit dada ni. Dah jadi kebiasaan aku, kalau tidur dalam keadaan kesejukan, memang aku akan batuk. Tapi alhamdulillah aku sihat je, tak ada masalah kesihatan pun.

Aku tengok jam di telefon kat sebelah, dah pukul 5.30 pagi. Dah subuh, tapi nafsu syaitan menghasut aku supaya tidur lagi. Aku tergoda, kemudian pundi kecil aku menekan-nekan minta dikeluarkan air. Mungkin malaikat yang telah membantu aku dari terus tidur dan melambatkan aku daripada menunaikan kewajipan sebagai umat islam. Lantas aku mencabut  earphone (malam tadi aku layan suriacinta sebelum tidur, sebagai ubat tidur kerana aku mengalami masalah imsonia) dan aku bangun terus bergegas ke tandas namun masih dalam keadaan mamai.

syaitan durjana
Selepas menunaikan hajat, aku kembali jeles tengok kak ika dan anaknya,boboy masih enak dibuai mimpi. Sekali lagi syaitan rupanya datang menghasut aku, katanya "baring-baringlah dulu, awal lagi ni."-durjana kau syaitan!!!!
Aku terus tergoda buat kali kedua. Aku dengan gaya 'baring melentanggggggg gerak!' (sila baca dalam command tentera okeyy). Seterusnya melelapkan mata buat seketika,

Rasanya baru je aku nak memasuki ke dalam satu mimpi, aku dikejutkan dengan panggilan telefon. Nada bunyi bagi nombor hubby aku dah asingkan menjadi lagu asfan-terhenti disini (OST Nora elena) Jadi sepantas kilat aku jawab, gembira tak terkata dapat dengar suara hubby.

Alhamdulillah, rezeki aku untuk bercakap dengan hubby pagi tadi. Kata hubby, dia sihat, makan pun lalu. Cuma suhu agak sejuk kat kapal ditambah pula dengan air-cond kapal yang baru diperbaiki menyebabkan suhu terlampau sejuk bagaikan  berada dalam sebuah igloo.

Bercakap mengenai tugasnya di perairan negara, rasanya tak perlu aku tulis kat sini. Hal kerja merupakan rahsia kerajaan yang terdapat dalam ikrar maritim malaysia yang ke-5 iaitu memastikan Rahsia Negara Dan Maritim Malaysia Sentiasa Dipelihara. Insyaallah. Tetapi dengan pengaruh media yang berleluasa sekarang tak mustahil orang dapat mengetahuinya juga. Cuma betul atau salah je.

Masa cakap dengan hubby tadi, aku tahan je perasaan sebak, kalau dengar je suara dia tetiba je rasa nak nangis. Rindu, Risau. Semua bermain dalam kepala otak aku ni. Isteri mana yang sanggup. Tapi demi mempertahankan keamanan negara, aku merelakan kau pergi sayang. Sesungguhnya pengorbanan seorang perwira adalah merupakan perkara yang mulia dan diredhai Allah sw.t. Insyaallah, pergimu menabur bakti, pulangmu dengan penuh kemegahan. (versi aku).

Hubby sempat lagi berpesan pada aku, jaga diri baik-baik, jangan tinggal solat dan sentiasa berdoa keselamatan beliau. Insyaallah sayang, ayg sentiasa doakan untuk abang. Doa dan solat hajat ayg sentiasa tidak putus.

kelmarin : sempat lagi ber-instaplace
Tak lama juga perbualan kami disebabkan hubby tengah 0n-duty. Walaupun tak lama, cukuplah bagi aku untuk melegakan perasaan yang tengah gundah-gulana. Kerinduan dapat dilepaskan walaupun tak dapat melihat wajah hubby yang sentiasa dirindui.


"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hubby dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Kau lindungilah mereka dari segala ancaman musuh dan juga malapetaka dan bencana. Kau berikanlah kekuatan fizikal dan mental kepada mereka untuk mengharungi perjuangan yang belum selesai ini. Kau lemahkanlah para musuh durjana/celaka/bangsat yang masih berleluasa dan Kau biarkanlah mereka mati dalam keadaan yang paling KEJI."

Lepas tu aku terus bangun, segan dengan kak ika yang dah terjaga. Takkanlah aku nak sambung tidur lagi kan. hehe. Aku ajak kak ika dan anaknya tidur kat rumah aku, saje je buat teman lagipun hubby kak ika pun duty.

Dikesempatan ini jugak aku nak ucapkan selamat hari lahir buat kak ika, semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga sentiasa berbahagia dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Semoga baby yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang soleh/solehah. Insyaalah. :)

Pingu-pingu ni khas untuk awak. He he he. 





6 comments:

mizieyka said...

hua,, sungguh saye malu.. hehehehehe.. sipu2 ni

eamy milea said...

kekeke..ape nak dimalukan hehehe

Nor Suhaiza said...

huhuhu..sebak bca entry pn aemy ni..

serius risau n takut ngan situasi sekarang ni.dlm pale otak ni mcm2 dok pikir.wlpn org tu stnby dkt2 sini je..

eamy milea said...

huhu... berat mata memandang..berat lagi bahu memikul.. isk3x..huhuhu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. doa banyak2 ye. insyallah keselamatan mereka semua para pejuang kita akan selamat.

eamy milea said...

wslm sheila..terima kasih bnyk2.. :)

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016