Wednesday, 27 March 2013

Wordless Wednesday : Alhamdulillah



Alhamdulillah.


"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat. 

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puju bagi Allah Tuhan semesta alam."

Tuesday, 26 March 2013

Takoyaki dan nasi arab

Hari Jumaat minggu lepas, hubby balik dari sandakan, dia ambil cuti 5 hari. Pagi tu dia hantar aku pegi kerja sebab tengahari sikit dia nak tolong hantar kawan dia yang datang dari semenanjung. So lepas sembahyang jumaat, dalam pukul 2 petang barulah dia datang balik ambil aku kat pejabat. Kami ke pasaraya servey kat Likas untuk membeli sedikit sebanyak barang-barang dapur dan juga barang yang hubby nak bawa balik ke sandakan malam tu. 

Di samping itu juga, aku dah berkempunan nak makan takoyaki dek kerana kak azie yang selalu post kat FB dia pasal takoyaki ni. Godaan punya pasal. nasib baik hubby nak melayan kerenah aku dan membelinya kat aku. Tenkiu hubby. 

google

google
Satu boat ni Rm3.50, ada 3 bijik je tau. Lepas makan takoyaki dalam kete, habis kete jadi harum semerbak bau sotong kering, hehe..bising hubby..sorry cyg..hihhhhihihiii...bising2 pun, aku bagi kat dia 1 biji buat upah tolong belikan. kui3x

Lepas tu tetiba je terlintas nak makan nasi arab kat masjid likas, Sebelum ni aku dapat tau kat masjid likas tu  melalui signboard banner yang digantung kat situ. Hanya hari jumaat je ada kalau tak silap aku la, hubby pun cakap camtu jugak. Tu yang terus je hubby bawak aku pegi makan kat situ. 

Alhamdulillah, nasib baik ada lagi rezeki kami nak makan nasi arab. Ada 3 jenis lauk kat situ, Kari ayam, ayam masak madu dan ayam goreng. Nasi tu dan bersekali dengan acar timun. Kalau tak nak acar pun takpe. Aku ambil nasi lauk kari ayam. hubby ambil ayam goreng. Kari dia sedap, yang paling sedap tu nasi dia yang panjang-panjang. Macam kat tv tu nasi dari beras basmathi kah?? aku kan jakun, tak pernah makan so bagi aku not bad la kari pun sedap.  Total  price untuk nasi 2 pax + 1 air sirap = RM16.00. 
credit to google
Aku tak pernah lagi makan nasi arab. Tengok kawan-kawan kat FB cakap pasal nasi arab sedap kat putrajaya/cyberjaya (mana satu aku tak sure) buat aku teringin sangat nak cuba rasa macamana lah nasi arab tu. Adekah rasa macam berada di padang pasir ? adekah rasanya sedap sangat? Masa aku kat putrajaya bulan 2 baru-baru ni, ada jugak terlintas kat pikiran aku nak ajak kakak ipar aku ke sana, tapi last2 minit baru aku cakap, masa tu dah dekat malam, esoknya nak fly balik KK dah, so bincang balik ngan hubby aku tak jadi lah. Lagipun saje2 tekak aku je nak makan nasi tu. Tak kempunannye kalau tak makan pon. Hehe.

Takpelah sekarang dah dapat rasa camane rupa dan kesedapannya nasi arab kan, kalau kat KK pun dah sedap, kat putrajaya tu mesti laaaagii sedap kan??
:) 


p/s : I Love Sabah. 








Saturday, 16 March 2013

Rezeki hari ini : Thanks a lot kak ika



nasi air kak ika
Tengah aku bersiap-siap nak keluar pergi PJ untuk cari sesuap nasi, aku bermalas-malasan dan sambung bukak fb. Bagai mengantuk disorongkan bantal, kak ika tanye aku nak makan tak. ape lagi..laju je la cakap nak ha3..

Sekarang dah kenyang, tak payah nak keluar lagi..alhamdulillah, dapat jugak aku merasa nasi air kak ika ni. Semalam dia ade cakap yang dia nak buat nasi air tapi aku hampir-hampir lupa. Ntah ape lah yang aku fikirkan.

Berbalik kat nasik air kak ika tu, Sesetengah orang tak makan kaki ayam kan? Bagi aku okey je. Sedap lagi ade lah bila dibuat sup..air dari tulang tu yang menyedapkan sup..Perut ayam percik  pun aku makan lagi tau. Jangan ingat perut lembu je orang makan ok..Dah name pun orang kelantan, mesti la makan yang pelik-pelik hehe..nak tau camne rupa, sendiri google la camne perut ayam percik tu ye. hehe..

Tapppiiii...mungkin aku akan keluar jugak, aku harus mencari sesuatu kat kedai..Tu pun tengok keadaan lah, kalau aku rajin dan kalau aku larat. kalau berteman takpe lah ni sorang-sorang, bahaya untuk kesihatan huhuhu..





Friday, 15 March 2013

PUNCA REZEKI

Baru je dapat call dari kawan kat pejabat. Hari aku off duty pun kena call. Baru je nak rehat-rehat, hajat di hati nak pergi massage, tapi dengan kesihatan yang tak berapa mengizinkan ari ni aku amik keputusan untuk rehat je kat rumah. Tanpa sebarang gangguan atau perkara-perkara yang memeningkan kepala.
Masa ni OJT-On job training..best bawak bot ni tau..

Dah nama pun kerja sebagai anggota keselamatan, tak kira lah ko bahagian ape, operasi, kewangan, logistik,  keselamatan, siasatan atau admin. Semua kena bersiap-sedia dari segi fizikal mahupun mental. Yang selalu jadi sekarang persediaan mental je. Kadang-kadang kita dah plan nak buat sesuatu pada hari cuti, terpaksa di cancel kan kerana urusan kerja lebih memerlukan. Kalau tak cekal mental, boleh naik stress. Aku tak nak otak aku semak dengan urusan kerja. Kadang-kadang aku layan je. Kalau nak stress lebih-lebih pun bukan dapat ape, wat tambah sakit otak je duk pikir. Kadang-kadang aku memberontak jugak. Tapi tengok keadaan jugak lah, kalau yang boleh lagi aku sabar, aku sabar je.. tak mahu dicop sebagai kaki memberontak. hahahaa...
dengan pet, kak aisyah, dan mira..

Sepatutnya aku dapat long-weekend start hari ni, esok dan lusa. Tulat aku kena kerja malam lagi, tapi disebabkan big boss dari HQ nak datang esok terpaksa lah kena kerja esok (SABTU okeh..) kerja dengan penuh ketenteramannnn..(sangat..) Tapi...Nasib baik event tu x jadi, alhamdulillah, berkat aku tak sabar dan tak melenting hehe. kalau aku melenting awal-awal, mesti aku dah stress...huhuhu...
 dengan puan halijah dan kak ika, stail aku bergambar memang mcm tu nak2 kalau pakai uniform, baju tu terbukak kat depan memang aku suke tutup hehe..
Kalau nak difikir-fikirkan kerja aku ni bukannya susah sangat, cuma mungkin tak berapa sesuai dengan jantina je. Tapi aku ok je,bagi je keje ape aku boleh je buat..sekarang, kalau ade events anjuran pejabat kami, aku lah kena set-up tu set-up ni. Bukan aku sorang tau, kawan-kawan unit lain pun kena buat jugak la. Macam tak de orang lain yang boleh wat keje aku ni, masa aku cuti jalan jugak walaupun aku takde, saje je manusia, dah ade aku, nak jugak aku yang buatkan. Lepas ni aku nak tukar unit lah..(lari....!!!!...hehe)
duty kat opsroom
Selasa ni ada program kat jeti navy, sepanggar. kena set-up kat situ. dah la haritu aku off-duty..Tak kire..akan ku klaim cuti on the next day,.huhuhu..sape suh aku keje sangat kann...FYi, duty 24 jam tu tak dapat klaim duit okeh..dapat cuti je satu hari keesokkan harinya..kalau kerja kilang ni dah kaye dengan OT kot.? hehe gurau je okeh..aku bersyukur at least dah dapat kerja tetap cam sekarang ni.. :) - dulu sebelum dapat kerja ni, orang tanya sanggup ke..SANGGUP...laju je jawab...skarang ni macam-macam pulak ko ye...mane la hidup nak berkat...huhu
perbarisan kat KK

"Ya allah..bantulah hamba mu ini untuk menjadi seorang yang ikhlas dalam melaksanakan tugas.sesungguhnya hambaMu ini seorang yang sangat lemah...amin.."












Tuesday, 12 March 2013

Rezeki masing-masing


Ada orang..dapat kerja tetap awal..
Ada orang...masih menganggur..
Ada orang..dapat masuk gomen awal..
Ada orang..masih kerja swasta/ tak tetap

Ada orang..dapat kahwin awal..
Ada orang..dapat anak awal..
Ada orang..dapat anak kedua, ketiga, keempat awal..
Ada orang..masih menunggu dan sedang berusaha..

Ada orang..dapat naik pangkat awal..
Ada orang..dapat jawatan yang lagi bagus..
Ada orang..tak hargai kerja yang dah ada..
Ada orang..tak ada sifat jujur, ikhlas dan bersyukur..

Ada orang..dapat beli rumah..tanah..kereta..
Ada orang..dapat bos yang baik..
Ada orang..dapat bos yang menjengkelkan..
Ada orang..kerja yang kurang risiko..
Ada orang..kerja dalam penuh berwaspada..
Ada orang..kerja bersenang-lenang

Rezeki masing-masing..Siapa lah kita yang hendak mempertikaikannya. Bersabar, berusaha, berdoa dan bertawakkal.. Insyaallah ada hikmah disebalik setiap apa yang terjadi.

Lumrah manusia sekarang..yang mana bila kita gagal, orang bergembira. Sedangkan dirinya patut bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t dah kurniakan untuknya, bukan untuk memperlekeh-lekehkan kelemahan orang.

La tahzan. Kun Fa ya kun..







Saturday, 9 March 2013

Jehan Miskin Kawen ngan kak aisyah!!!

Tak pasal-pasal Jehan Miskin Kawen ngan kak aisyah!!!,. Al-kisahnya, malam tadi aku bukak FB, pastu aku tertengok kat newsfeed, ada sorang sepupu aku ni. Dia seorang pelukis komik kat mayaloca.com.  dah nama pun pelukis, dah tentu dia seorang yang lawak.

FB Abe zami

Lepas je baca post abe zami ni, aku tergelak sorang-sorang.
Sampaikan dalam mimpi aku pun boleh masuk.
Siap mimpi Jehan Miskin kawen dengan kawan baik aku, kak aisyah.
yang tak bleh bla nye,akak tu dah ada anak 2 orang, anak-anaknya pun masuk dalam mimpi tu.
Majlis kawen tu grand jugak la, yang aku ingat aku siap sign buku
autograph diorang lagi..
wakakakakakaka...
Mintak jauh la kan..
Ni kalau kak aisyah baca post aku ni maunya dia menangis ni..hehe...ampun kak..
:)

From FB kak ika

Rindu la kak aisyah, sekarang dia dah pindah ke Miri. Gambar ni kak ika snap pada hujung tahun 2011.





Friday, 8 March 2013

tukar layout blog

Ni lah masalah aku..
tangan ni bukannya boleh duduk diam.
Asik gatal je.
Nak tukar tu.
tukar ni.
Dah suke ati aku la.
Blog aku kan.
Buruk ke cantik ke.
AAK?
ade aku kesah.
hihi
Jangan marah.

p/s : entri ntah ape-ape.huhu.



Thursday, 7 March 2013

PERJUANGAN MEMBALAS DENDAM

Malam tadi..keje..

-credit to google-

Dekat pukul 2.45 pagi rasanya aku terlelap macam gambar kat atas tu.
Tapi aku lapik bantal kecik pinky aku buat alas.
Habis sakit segala urat-saraf ni.
Perut pun kembung tak ok2 pun lagi ni.
Mungkin angin x jalan elok sebab tidur macam ni.

Sebab dah penat sangat seharian keje.
Tidur jugak la walaupun pada mulanya aku 'bajet' yang
konon-konon nak berjaga sampai pagi.
Tapi hampeh....tertewas jugak.

So sekarang ...ni lah situasi aku..

-credit lagi kat gugel-

Aku nak balas dendam...
Tidur sepuas-puasnya hari ni.
harap-harap tak de gangguan lah.
Jangan kacau hari off aku ye..

huhu


babai.


p/s : pray for Sabah.. hubby dah call malam tadi..ade good news...alhamdulillah...kuranglah sikit kerisauan yang melanda diriku ini..isk..isk..isk...






Wednesday, 6 March 2013

Agak-agak lah!

Sempat aku printscreen sebelum aku remove manusia seorang nih dari friendlist aku..



Klik Untuk tumbesaran
Puiiiihhhh....
Nak kata kurang ilmu, orangnya berjawatan tinggi. Bidang tugas pun hebat.
Tapi kenapa masih berfikiran macam lembu.
Yang tolong amin-kan pun 'sama cerdik'.
Mungkin niatnya ditujukan khas buat sang CELAKA penceroboh tu.

Tapi tak ke macam bangang.
Tak tau ke doa macam tu menyusahkan pergerakan anggota keselamatan kita.
Menyusahkan penduduk tempatan.
Menyusahkan pergerakan paramedik untuk bagi bantuan kecemasan.

Tulis macam tak de otak. Ngaji tinggi-tinggi pun sia-sia je.
Tu je yang boleh aku cakap.

Adakah aku terlebih emosi? Bagi aku tak. Kalau berkaitan dengan cuaca, aku memang alert. Aku siap doakan lagi, semoga allah permudahkan urusan suamiku dan urusan pasukan keselamatan negara yang lain. Maksudnya berikanlah kesihatan fizikal dan mental, jauhkan dari bencana, malapetaka, dan musibah. Semua tu kuasa Allah s.w.t, tapi kita boleh berusaha untuk berdoa dari jauh..Tapi kalau dah mendoakan cuaca yang tak elok kat pengganas2 tu, bukan ke akan memberi kesan jugak kat pasukan keamanan kita?

Kalau ko nak sangat doa kat pengganas tu, ko boleh je doa mintak2 kaburkan pandangan mata para pengganas agar tak nampak perwira-perwira kita, mintak la biar pengganas tu sakit ke, demam ke, kena asma tiba2 ke, serangan jantung ke..tak pun mintak mati terus ke, .macam-macam lagi lah weh ko boleh doa. Plisssss lah pikir.

ok.bai,. Assalamualaikum.


Tuesday, 5 March 2013

Hiasan pintu rumah



Haha, kelakar pulak aku rase..
Maaf sangat-sangat dekat kak Azie sebabnye aku dah salah faham a.k.a lambat tangkap apa yang dia maksudkan. Lepas kawan aku tanya pasal hiasan gantung yang aku letak kat intu rumah aku tu barulah aku perasan yang plate assalamualaikum dan nama aku&hubby yang dimaksudkan. Lepas tu aku refer balik post INI, barulah aku perasan yang kak azie dah tanya pasal nama gantung tu. hihi.

Untuk pengetahuan kak azie n kawan-kawan lain, plak tu aku tempah dengan akak Rita Setia (FB)
boleh terus pegi kat Fb dia Rita Setia  . Hasil kerja akak rita memang cantik dan kemas, amat-amat berbaloi dengan tempahan ni. Kita boleh tempah macam-macam design yang kita nak. Harga mengikut design dan size. Untuk plak assalamualaikum tu aku dapat harga RM45.00 termasuk postage ke Kota Kinabalu.

Bunga dan pasu kat bawah plak assalamualaikum tu aku beli kat  Familia Superstore di Wisma Merdeka, Kota Kinabalu dengan harga pasu tin : RM12.90 dan bunga Rm2.50 setiap jenis. Bab-bab gubah menggubah bunga ni, dan menggantungkan kat pintu aku tak pandai, hubby yang buat semuanya hehehe.




Kisah pagi 5 Mac 2013

Alhamdulillah,

Pagi tadi aku terjaga disebabkan batuk yang agak menyakitkan dada aku ni. Sampaikan aku terduduk barulah rasa lega sikit dada ni. Dah jadi kebiasaan aku, kalau tidur dalam keadaan kesejukan, memang aku akan batuk. Tapi alhamdulillah aku sihat je, tak ada masalah kesihatan pun.

Aku tengok jam di telefon kat sebelah, dah pukul 5.30 pagi. Dah subuh, tapi nafsu syaitan menghasut aku supaya tidur lagi. Aku tergoda, kemudian pundi kecil aku menekan-nekan minta dikeluarkan air. Mungkin malaikat yang telah membantu aku dari terus tidur dan melambatkan aku daripada menunaikan kewajipan sebagai umat islam. Lantas aku mencabut  earphone (malam tadi aku layan suriacinta sebelum tidur, sebagai ubat tidur kerana aku mengalami masalah imsonia) dan aku bangun terus bergegas ke tandas namun masih dalam keadaan mamai.

syaitan durjana
Selepas menunaikan hajat, aku kembali jeles tengok kak ika dan anaknya,boboy masih enak dibuai mimpi. Sekali lagi syaitan rupanya datang menghasut aku, katanya "baring-baringlah dulu, awal lagi ni."-durjana kau syaitan!!!!
Aku terus tergoda buat kali kedua. Aku dengan gaya 'baring melentanggggggg gerak!' (sila baca dalam command tentera okeyy). Seterusnya melelapkan mata buat seketika,

Rasanya baru je aku nak memasuki ke dalam satu mimpi, aku dikejutkan dengan panggilan telefon. Nada bunyi bagi nombor hubby aku dah asingkan menjadi lagu asfan-terhenti disini (OST Nora elena) Jadi sepantas kilat aku jawab, gembira tak terkata dapat dengar suara hubby.

Alhamdulillah, rezeki aku untuk bercakap dengan hubby pagi tadi. Kata hubby, dia sihat, makan pun lalu. Cuma suhu agak sejuk kat kapal ditambah pula dengan air-cond kapal yang baru diperbaiki menyebabkan suhu terlampau sejuk bagaikan  berada dalam sebuah igloo.

Bercakap mengenai tugasnya di perairan negara, rasanya tak perlu aku tulis kat sini. Hal kerja merupakan rahsia kerajaan yang terdapat dalam ikrar maritim malaysia yang ke-5 iaitu memastikan Rahsia Negara Dan Maritim Malaysia Sentiasa Dipelihara. Insyaallah. Tetapi dengan pengaruh media yang berleluasa sekarang tak mustahil orang dapat mengetahuinya juga. Cuma betul atau salah je.

Masa cakap dengan hubby tadi, aku tahan je perasaan sebak, kalau dengar je suara dia tetiba je rasa nak nangis. Rindu, Risau. Semua bermain dalam kepala otak aku ni. Isteri mana yang sanggup. Tapi demi mempertahankan keamanan negara, aku merelakan kau pergi sayang. Sesungguhnya pengorbanan seorang perwira adalah merupakan perkara yang mulia dan diredhai Allah sw.t. Insyaallah, pergimu menabur bakti, pulangmu dengan penuh kemegahan. (versi aku).

Hubby sempat lagi berpesan pada aku, jaga diri baik-baik, jangan tinggal solat dan sentiasa berdoa keselamatan beliau. Insyaallah sayang, ayg sentiasa doakan untuk abang. Doa dan solat hajat ayg sentiasa tidak putus.

kelmarin : sempat lagi ber-instaplace
Tak lama juga perbualan kami disebabkan hubby tengah 0n-duty. Walaupun tak lama, cukuplah bagi aku untuk melegakan perasaan yang tengah gundah-gulana. Kerinduan dapat dilepaskan walaupun tak dapat melihat wajah hubby yang sentiasa dirindui.


"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan hubby dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Kau lindungilah mereka dari segala ancaman musuh dan juga malapetaka dan bencana. Kau berikanlah kekuatan fizikal dan mental kepada mereka untuk mengharungi perjuangan yang belum selesai ini. Kau lemahkanlah para musuh durjana/celaka/bangsat yang masih berleluasa dan Kau biarkanlah mereka mati dalam keadaan yang paling KEJI."

Lepas tu aku terus bangun, segan dengan kak ika yang dah terjaga. Takkanlah aku nak sambung tidur lagi kan. hehe. Aku ajak kak ika dan anaknya tidur kat rumah aku, saje je buat teman lagipun hubby kak ika pun duty.

Dikesempatan ini jugak aku nak ucapkan selamat hari lahir buat kak ika, semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga sentiasa berbahagia dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Semoga baby yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang soleh/solehah. Insyaalah. :)

Pingu-pingu ni khas untuk awak. He he he. 





Sunday, 3 March 2013

LAHAD DATU : hati tak keruan!!!!

Ya allah,
Kau lindungilah suami ku di sana.
Kau lindungilah kawan-kawan suamiku.
Kau lindungilah kawan-kawan agensi keselamatan yang lain.
Kau lindungilah penduduk2 di Sabah.

Kau lemahkanlah semangat pengganas-pengganas di sana.
Kau laknatilah mereka yang telah menyebabkan kematian perwira-perwira negara.
Al-fatihah.

Salam takziah.


Friday, 1 March 2013

Bila Rindu.

Photo
Copy dalam Fb abang, InstaPlace. :)

Home Sweet Home 
Tak sweet kalau dah duduk sorang-sorang
Abang....cepatlah balik..
I really miss u..huhu

Nasib baik abang dah call pagi tadi.
Nasib baik abang dah sampai kat tempat yang ada line coverage..
Kalau tak, sedih sangat.



About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts