Sunday, 3 February 2013

Dari-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita kembali.

Salam takziah buat seorang pegawai iaitu LT (M) Azreanti, DM4 Port Klang di atas pemergian suaminya iaitu juga seorang pegawai, LT KDR M) Rizeki yang telah mengalami kemalangan jalan raya di jeli, Kelantan. Arwah baru sahaja menerima kehadiran seorang cahaya mata (baru je majlis akikah anak beliau beberapa minggu lepas). Semoga puan yanti dapat menghadapi dugaan yang datang dengan penuh kecekalan serta tabah hati. 

Terkejut sangat, sebab aku mengenali arwah dan isterinya. Puan yanti aku kenal sewaktu dalam latihan lanjutan LK II APMM di Inderamahkota, Kuantan. Waktu tu beliau juga seorang pegawai pelatih di sekolah pegawai APMM. Bilik kami juga berhadapan, dan beliau sangat baik serta lemah-lembut orangnya. Selepas tamat di pusat latihan, aku mengikuti latihan sambil kerja (OJT) di kapal KM BANGGI, iaitu kapal hubby. Arwah merupakan pegawai tadbir (AO) pada masa tu. Walaupun hanya sekejap saja perkenalan kerana tak lama selepas itu beliau berpindah ke port klang, namun arwah seorang yang baik. 

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, inshaallah. 

Al-fatihah..

Semua telah ditakdirkan oleh-Nya..kita tidak menduga bila dan ketikanya kita akan kembali kepada-Nya. Moga-moga kita sentiasa ingat bahawa hidup ini adalah singkat.



3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Takziah buatnya... Moga tabah menghadapi.

AzieFirdaus Kamarudin said...

Al-Fatihah

Nor Suhaiza said...

al-fatihah

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016