Tuesday, 12 November 2013

assalamualaikum dunia


Assalamualaikum...
introducing.
Our little princess..
- NUR SAFIYYA IZZ ZAHRAA BINTI MUHD SHAIROZI
- 8/11/2013
- @ HOSPITAL WANITA DAN KANAK2 LIKAS, KOTA KINABALU SABAH
- BERAT : 3.1KG
Alhamdulillah..kami bersyukur ya allah..
Will be update soon..insyaallah.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 7 November 2013

dah turun tanda nak bersalin

Assalamualaikum..

Hari ni sepatutnya aku ada appoinment dengan pakar o & g kat hospital likas. Hari ni jugak hubby keje..so aku decide nak tunggu hubby balik dari keje barulah kiteorang gerak pegi hosp. Lepas hubby ge keje..aku sambung tido..dalam pukul 8.30pagi aku bangun sebab nak terkencing..masuk je tandas..nampak ada something kat underware . Macam darah pudar2 sbb ade macam basah2 blendir sikit. Aku tetiba je rasa cuak. Nk call hubby? Tak nak pulak dia kelam kabut risaukan aku. Nak call nurse? Emm nanti dulu lah..sebab dah dapat agak mesti dia sruh aku terus pegi bilik penilaian kat hosp likas jugak nanti. .nak call mak aku...emm..tak nak lah buat kelam kabut org tua tu je nanti..


Memandangkan aku takde rasa sakit sangat2..n boleh dikatakan tak rasa sakit semacamm je..aku buat derkk je la..aku mandi..n pakai je pantilener mcm biasa (dah tabiat aku mmg hari2 pakai pantiliner).. lepas pakai2 baju aku baring2 pegang fon..aku whatsapp bff aku..kak ika..bgtau keadaan aku sepatah dua kata..

Dekat kul 9 hubby balik..masa tu aku ngah nak brekfast..bila je aku tunjuk darah tu kat hubby, muka dia terkejut..tapi under control.. sebab masa aku bagtau dia aku cakap ala2 kadar je tak nak dia nerves... sbb kalau dia neves aku lagii la neves..aku cakap tak sakit n siap buat lawak lagi..pastuh dia cakap "yang sakit nak bsalin kat hosp baru2 ni muka cam ibu je la...sengeh2..tup2 nk bsalin da.." -aku sengeh je..

Hubby cakap nanti kita bawak siap2 bag barang nak g spital tu..kot2 ade pape.bag tu dah ready..tersebek je kat atas sofa...pastu double cek barang2 dalam bag tu..aku lak bfast ngan milo suam..pisang 2 biji (terliur lak tengok pisang) n telur separuh masak 2 bijik..dah lapar...aku makan je la..huhu..

Siap je makan terus kiteorang gerak g hosp..dalam pejalanan tu aku masih trpikir2 lagi nak g register kat o & g dulu or terus naik blik penilaian..kang aku lambat2 g bilik pnilaian..kne marah lak..mm pape hal g bilik pnilaian tu dlu je la.. Sampai je kat bilik penilaian, aku tny kat kaunter pendaftran dlu mengenai appoinmnt aku tu cmne..ye arr risau gak kan takut2 kene marah ngan doc.. nurse2 kat situ cakap xpe..utamakan keadaan aku dulu..

Lepas letak buku kesihatan aku kat nurse, dia bagi aku stick untuk check urine, lepas tu timbang berat badan. Eh berat aku 78kg dah ari ni? semalam baru je 77.5kg..cepat sangat dah naik? mmm..biar je lah.. nak wat cmne kan..kemudian nurse suruh aku duduk dulu. Kemudian datang sorang  nurse berbaju biru, aku dengar nurse2 n patient lain semua panggil sister, dia datang bagi uniform patient kat aku, yang berwarna pink muda dan jugak kain sarung berwarna pink gelap. Sebelum aku tukar uniform patient, aku nampak hubby kat pintu bilik penilaian tu, sempat lagi aku gi sembang ngan hubby. Tapi tetiba lak aku teremosi bila tengok muka hubby..huhuhu..risau woo..kot2 dah nak terberanak ari ni jugak kannn..hubby tanye soklan biase je aku lak jawab pastu air mate menitik2??? apekah??? sob..sob..aku tak tau arr nape.. hoverr sensitip..dah nak bersalin nanti tak tau la camne drama aku tuh...puii kat diri sendiri hahaha...[hubby sempat gelakkan aku sebab emo lelebeyyy]

Then bermulalah sesi menunggu bak menunggu bulan purnama.....kekekee...aku sampai kat bilik penilaian dalam kul 10.00 pagi gitu arr..dekat kul 11 datang sorang nurse suruh aku baring kat katil, ambil bacaan tekanan darah n cek perut aku..dia ukur tinggi rahim, dah 38cm..kemudian dia suruh aku duduk balik kat tempat menunggu sehingga doktor panggil (dalam bilik tu jugak)..

dekat kul 12 lebih, datang sorang doktor muda pegang buku kesihatan aku, dia interview aku beberapa soalan biasa je, doc tu cina kalau x silap aku. Sopan je tutur kata, lega jugak ati ni bila dapat doktor yang baik. Sebab dalam ramai2 doktor yang ada dalam bilik tu adelah dalam 6 orang termasuk sorang doc pelatih UMS (aku tengok kat baju die arr) tapi ade gak sorang doc pmpuan melayu nampak cam badmood je nak senyum kat nurse pun malas apetah lagi nak senyum kat patient ni..mjurlah bukan dia yang cek aku..alhamdulillah..

Tak lama pastu dekat kul 1 doc suruh aku baring, masa tu aku dah ready dah memang nak tak nak doc akan seluk aku jugak nanti memandangkan aku dah keluar tanda nak bersalin iaitu salah satunya kelua darah..takut memanglah takut tapi kalau doc x cek camne nak tau keadaan aku kan. Mula2 doc suruh sister pasang ctg kat perut aku (nak monitor jantung baby katanya..n cek contraction)..pastu doc cina tadi datang n bagitau aku elok2 yang kejap lagi dia akan cek bukaan aku.."puan, kejap lagi sy akan periksa bukaan rahim puan, rasa tak selesa sedikit puan tahan nafas saja ya.." ..aku angguk2 je kat dia..doc2 lain pun aku dengar diaorang cakap camtuh jugak kat patient2 yang ade kat situ tadi..takde pulak aku dengar patient berteriak menangis ke ape..dalam ati aku tak sakit kooooottt...kikikiki..

tak lame pastu sister ngan dua orang nurse pelatih datang readykan aku sebelum pemeriksaan rahim (V.E) dilakukan.. Mula2 aku rase sister tu tuang air/gel kat miss v aku..sejuk2 je rase kemudian dia usik2 miss v n then dia seluk jari dia dalam miss v..aduii..cam sakit je..cam segan je..cam malu je...semua rasa ade woiii...festime kot???nak kangkang depan diaorang pun naik segan aku..cepat2 aku set dalam kepala "ahh lantak ko la nak segan apenye bukan aku sorang ko cek camni hari2 kot keje ko cek orang..dahtu pasni bukan nak hadap muke ko lagi maybe ari ni je kot jumpe ko..." kekkee..pastu x rase malu dah lepas set dalam pale otak camtuh..

Sister tu cakap dah ade bukaan, anggaran 4cm....nahh 4cm dah??? teringat kat bini shahidan yang dah bukak 4cm minggu lepas, aritu jugak dia besalin..adekah aku akan besalin ari ni jugak?? aku pandang atas je mase sister tu cek. merelakan je...hihihi...pastu doc cina tadi datang cek..lembut je dia seluk, xrasa sangat..pastu dia cakap 3cm..then sorang lagi doc pempuan cina cek jugak nak cnfirmkan bukaan v.e tu, dia pun cakap 3cm..pastu aku dengar sister tu cakap ngan doc yang dah rasa da kepala baby.aku??? biar betull.?? aku dah nak bersalin????

Pas bacaan ctg diambil, doc tanye aku samaada nak stay kat hospital atau nak balik umah dulu..sebab aku tak de rasa sakit contraction n air ketuban pun belum pecah....laju je aku cakap nak balikkk..huhu..malas lah aku nak tunggu lame2 kat sane..buat penat je lagipun aku sendiri tak de rasa sakit pape pun buat ape nk penatkan diri tunggu tercongok kat sana kan..dah la kesian kat hubby mesti dia penat n boring gile tunggu aku.huhu..

Lepas je aku tukar baju, nurse yang nak bagi buku kesihatan aku balik tu double cnfirm ngan salah sorang doktor (nampak cam doktor senior) tapi dia india kalau x silap aku.pastu doc tu suruh aku baring balik tanpe tukar baju patient just pakai kain sarung tu je .. dia nak cek sendiri..Secara automatiknye aku telah diseluk oleh 4 orang sahaja ye ari ini..huhu..yang last skali doc india cek je yang aku rase sakit sikit lah berbanding doc2 n sister tu cek..maybe sebab dia jenis kasar sikit kuttt...dia confirm kan bukaan dah 3cm.tapi incase kalau aku rase sakit2 sangat n keluar air ketuban terus je datang balik..

Ok..settle sudah kejadian kat hospital tu...kiteorang balik umah, rehat2 je..dalam masa yang sama hubby dah call mak mertua (MIL) dan kak ipar aku (SIL), semua terkejut dengar berita aku ni..huhu..diorang doakan keselamatan aku n bayi..pastu aku call mak aku,cakap ngan ma abah..mintak ampun maaf,,risau gak ye lah tiba2 je kan mane nak tau ape akan jadi nanti..Sampai umah je terus whatsapp adik beradik aku..mintak ampun maaf..pastu sms jugak kat diorang kot2 tak dapat mesej kat w.apps aku tu..Lepas tu call balik kakak ipar aku (SIL) saje je sembang2 mintak petua2 n mntak ampun maaf jugak.

ni la rupa report aku tadi
Lepas solat zohor aku suruh hubby rehat2 je kesian jugak kat dia..penat je menunggu aku seharian..aku pun ingat nak tido same ngan dia tapi mata ni tak boleh nak lelap..Sakit perut contraction ade datang tapi tak kerap..ade 30 minit skali..ade 15 minit sekali..n ade 45 - 1 jam sekali...balik2 duk tengok jam je..nak kata sakit sangat2 tu tak jugak lah.tapi rase perut mengeras n rase cam nak buang air besar..mb tu lah kot contraction tu.. :P

aku cek pantiliner,.darah spotting tu masih ade..kerap la aku tukar panties n pantiliner..

Sekarang dah pukul 11.06 malam..aku masih lagi keadaan yang sama..tak sakit sangat..n tak de tanda2 untuk membolehkan aku gi hospital cepat2..tadi nurse ade sms aku tanye keadaan kesihatan aku..nurse biasa yang aku g review kat KKIA tu je yang merupakan kawan/jiran depan blok umah aku ni..aku call dia bagitau yang aku ok...tak sakit sangat..dia pun pelik nape aku tak sakit sangat...huhu..aku sendiri tak de jawapan tu...mungkin aku belum betul2 sakit...

kepada korang yang baca blog aku ni...

Dikesempatan ni aku nak mintak ampun maaf zahir n batin..
sekiranya ada kesalahan n kekhilafan aku..
doakan aku semoga dipermudahkanNya..

Terima kasih banyak2..hanya allah sahaja yang mampu balas jasa kalian..


Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 6 November 2013

Wordless Wednesday : Alhamdulillah, syukur pada-Mu

[ No caption ] 

Alhamdulillah,

Dengan segala limpah dan kurnia-Nya,
Semoga Kau kekalkan kebahagiaan yang kami rasa dan nikmati saat ini
Semoga Kau lindungi segala malapetaka dan bencana dari kami
Semoga Kau jauhkan kami dari segala kekufuran, angkuh, sombong, bongkak, riak.

:: Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ::

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

Sumber: http://ibuhamil.com/diskusi-umum/38159-doa-ketika-bayi-dalam-kandungan.html#ixzz2jqSxJmpv

Tuesday, 5 November 2013

New Header Design by Umie Sue

Assalamualaikum.salam maal hijrah..

Hari ni tak de buat apa, malam tadi aku tempah header ngan watermark dengan Umie Sue ,, kejap je su buatkan..sebab tukar? mm...sebelum ni aku pernah tempah edit full blog ngan sorang blogger ni (lupe nama blog dia lak)..pastu tangan aku ni gatal sikit nak tekan tu tekan ni tup2 ntah apa yang aku tekan jadi hilang rosak ..so nak cari balik dah tak jumpa dengan dashboard blogger canggih manggih camni..memang malas lah nak godek2 sendiri..

Tu yang aku pm su sebab su hanya bukak tempahan bila dia ada kat rumah mak ayah dia je..kalau dia kt umah dia sendiri dia tak ambil order..kiranya cam limited edition la.

Lepas je bagi details ape yang aku nak..(kali ni aku pilih yang paling simple je sebab kalau aku letak gambar aku kat header mesti aku rase semak je mata ni n mula lah nak tukar...huhu)...su buat x sampai 15-30 minit je aku rase..kejap sangat je....hihi..name pun orang kretif kan..dah biasa buat header2 ni..

Dan malam jugak dapat siap aku nye header n watermark..Sesape nak tempah header n watermark boleh lah tempah dengan Umie Sue,, :)

Tengok...

Comel kan...

screen capture - blog aku

credit to Suhaida Supalio

Comel kannn...

TQ banyak2 sue..

Kalau sape2 berminat boleh cekidaut kat blog sue 



p/s : ekceli banyak lagi citer lain aku nak citer kan..tapi tak pa..nanti ada masa aku citer lagi ye...selamat bercutiiii...









Sunday, 3 November 2013

maternity photoshoot @ 37weeks pregnancy


baru balik dari studio..
Photoshoot lah sangat....
Wakakakaka....
Nak gelakkan diri sendirik dulu..

Alkisahnya..
Aku ngajak la matshah wat maternity photoshoot.. 
sebab ade arr sorang dua kawan2 kiteorang yang jadi jurukamera amatur..tengok hasil keje diorang sume cantik2..pastuh ditambah lagi ngan ade salah sorang member yang offer free je kat kiteorang..sebab nak penuhkan portfolio dia..cuma kalau nak mntak dia printkan dlm bentuk hardcover ke ...baru kena bayar.. 

sape tak nak kan..tapiiiiii...ade tapinye..hubby lak xnak..dia malu..tah ape la yang dimalukan tu..dia cakap kalau dengan member2 dia jadik segan...ao alu hormat je la keputusan dia xkan nak membantah pulak kang durhaka namanya...lagipun bab2 bergambar gini kena lah dengan kerelaan hati baru best..cuma dia sedapkan n pujuk aku dengan bgtau kalau kat studi0 dia nak..sebab alasan dia kita tak kenal orang tu n skali tu je berurusan ngan diorang..apekah,??


Aku pulak..secara x sengaja dapat email dari groupon..ada promosi studio photoshoot yang bernilai rm400++ boleh dapat dengan hanya rm28.00 ... (katanya) ape lagi terus lah aku grab..bila bgtau matshah dia setuju je cam tak caye pun ade..
Aku beli secara online (1st time)
Total payment rm28.00 ...
Kemudian call vendor tu (wedding in venice), lokasi : luyang plaza..kk..

Call untuk buat appoinment.. 
dengan keadaan aku yang dah sarat ni kena buat dalam masa terdekat jugak lah kan..
So aku booking hari jumaat 1/11/2013 (37 weeks pregnant)...dapat slot jam 4 ptg..

Pakej yang dah bayar secara online rm28 tu termasuk:-
-free simple make-up
-Free 3 keping gambar 
-free 3 keping salinan gambar dalam cd yang dah diedit


Tu je..pastu kena bayar lagi rm28.00 secara cash..yang ni aku kureng faham kenapa kena bayar lagi..aku kan jakun.mane penah beli melalui groupon..nasib baik rm28 je kena bayar..kalau rm280.....?? Tak ke menangis tak berlagu aku time tu jugak..?

Bila semak balik terms n condition dia..
Caj akan dikenakan sebanyak Rm28 sekiranya pilih background..
Mungkin lah yang tu aku kena bayar lagi RM28 ..
Pastu kiteorang ada tambah lagi sekeping gambar untuk di print n di frame kan (berserta copy cd yang dah edit)
caj yang dikenakan untuk sekeping gambar RM28.00

Total bayar : RM56.00 + RM28 (bayar online) = RM 84.00

huhu..macam mahal jugak tapi aku rase berbaloi lah sebab hubby pun tak brapa suka yang outdoor kan...
So ni je lah jalan terbaik..kikikiki...(takpe bos besar yang bayar..kire ok lah ni hihi..)

oh ye... staff kat situ cakap gambar yang diedit akan diemel kat aku dalam tempoh seminggu..(errrr...seminggu kah??.)
pastu kalau kta setuju baru diorang akan print out..
n poskan tuk kita...

Tak sabarnye...
Tapi..malas nak berharap sangat ...sebab biase la keje2 edit2 gambar ni ambik mase sikit kan.
Just wait n see..

:)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, 2 November 2013

Barut baby murah dan comel

Assalamualaikum..

Kisah persiapan barang baby aku..
Ekceli aku baru je beli 1 helai (satu) je barut baby masa shopping wat kali pertama..
Sebab beli satu..adelah kerana barut baby tu aku tengok kecikkkk semacam je.
Rata2 tengok kat kedai semua kecik2 je..

Aku ni dah la badan jenis besar...
orang cakap kalau baka besar..anak pun besar jugak kann..
Wallahuallam..
Tapi aku dengar jugak la nasihat kawan2 ,,, mak mentua ...n mak aku..
suruh ready kang baby besar...mane nak muat kalau barut keciik comel tu je..

Dah la baby ni cepat besar gak kan...
Jadi kalau beli yang besar tak de salahnye..
:)

So aku beli satu je yang dah ready made..
Mak mentua aku jahitkan 5 lai barut baby n dia poskan kat menantu dia ni..
Tq ma.. (love u)

Pastu ma aku pun cakap nak jahitkan jugak tuk aku..
tapi...
aku ni kan...memang tak leh duk diam jugak lah..
terberkenan kat barut baby moden tu...
ala yang corak2 comel...
kain coton flannel (kalau x silap)

aku tempah ngan sorang seller ni..
Murah je .... RM 20 untuk 5 helai...
nama kat FB : Suria Rahman
call / whatsapp : 0193578766 


salah satu barut yang aku beli, yang putih tu mak mertua aku jahitkan

Kualiti jahitan memang kemas n cantik..
depan belakang ade corak tau...
sesetengah barut camni aku tengok ade yang akai kain cotton corak kosong je kat bahagian dalam..

Aku beli kesemuanya jenis yang bertali..
Tak berapa minat yang tampal2 tu.. :)

So aku suggest kalau sape2 nak beli baru baby comel2 cam ni boleh terus call / whatsapp suria rahman ...
memang puas hati la...
dah la cepat je dapat..:)




Thursday, 31 October 2013

kacang poi

-abaikan jari2 yang montel itu-
Ini namanya kacang poi.. ade member kat pejabat bagi rasa..dia org kedah...orang negeri lain tak tau lak panggil kacang ni kacang ape..mungkinkah kacang pool?? Kacang pool haji kerr yg femes kat johor tu..wallahuallam....mak dia yang bawakkan dari kampung..rasa? Cam kacang tanah rebus je..tp sedap jugak la..sape penah jumpa kacang ni? Ni first time aku jumpa...not bad la..makan time2 panas mmg sedap...
Published with Blogger-droid v2.0.10


Alhamdulillah, waren tiket flite dah lulus



Alhamdulillah,

Dah selesai 1 step. kalau refer balik kisah TIKET FLIGHT  , aku memang dah risau gila. Mana tak risaunya dah tak sampai sebulan je lagi nak gunakan kemudahan waren flite tu kan. Kalau status masih dalam semakan Cawangan sumber manusia, jawabnya lambat lagi lah benda ni nak settle.

Alhamdulillah jugak la..bila semak balik dalam sistem, permohonan aku dah dalam proses semakan unit kewangan. Maknanya dah lulus, cuma dalam semakan wilayah sabah je la untuk proses keluarkan tiket...nasib baik lah kawan aku yang jaga bahagian tiket tu je, 

boleh la mintak dia cepatkan tiket aku ni. Kui3x.. nak jugak pakai kabel..hihihii...Bukan selalu pun kali ni je nak mintak tolong dia. Ye arr...nanti insyaallah pas bersalin kalau dah settle hal tiket ni tak de lah menyusahkan aku nak pikir lagi. Kalau tiket ni tak settle terpaksa lah beli tiket lain..mane nak kena spare bajet lagi you!!!! $$$$$$$$$$$$$$$




Tuesday, 29 October 2013

Kaki bengkak : petanda dah nak sampai waktu?


Petang tadi, aku balik keje tumpang kawan aku merangkap BFF kecayangan aku iaitu kak ika. On the way balik tu singgah rumah baby sitter anak2 kak ika dulu ambik dak2 comel dua orang tu. Memandangkan keadaan aku yang dah tak seberapa nak gagah perkasa ni, aku amik keputusan tuk duduk je dalam kete tunggu dia ambik kat pintu umah akak tu. Lagipun kak ika dah biasa bila datang hantar atau ambil anak2 dia berbual la dulu kan 2-3 patah..lagipun akak tu baik n peramah...mmg terkenal dgn sifatnya yang semulajadi itu.. :) takkan datang2 terus angkut anak dia naik kete.Lainlah kalau nak cepat baru dia terus tak menyembang panjang (Aku agak2 je la..hehe)
sumber : google

Pastu tak lame tu boboy (anak sulung kak ika) datang kat kete..aku pun keluar la tolong bukakkan pintu kereta, masa tu akak tu ngan kak ika dah nak beransur selesai beramah-mesra..cepat2 akak tu datang dekat aku..Ingatkan dia nak cakap ape..upanya dia tegur dah nampak kaki aku bengkak2, sembab..huhhu..malu pulak..dah la comot je kaki aku ni..bila sembab lagi la nampak buruk...

Dia cakap "dah dekat nak sampai waktu la tu..minggu lepas tak nampak sangat lagi..."pehh..takut pulak aku bila akak tu cakap camtu..tak tau la dia bergurau, atau berdasarkan pengalaman dia yang dah ramai anak..waduh2..risau kok gini dong..ntah la...jiwa kacau kejap aku ni..Ye arr...bukannye tak sedar yang kaki aku dah bengkak sembab...cuma perasaan lain macam tu je tiba2 datang....aku sedar ni minggu lepas...mase checkuup minggu ke-35..nurse check kaki aku dia cakap dah start bengkak..

Sebelum ni kaki aku biasa je..tak bengkak..tapi bila nurse dah cakap bengkak..barulah aku tau macam tu rupanya kaki bengkak.(bila tekan2 kat tempat bengkak, lambat kembali ke bentuk asal)...eehhh apekah..? cam berbelit je ayat aku...sorry x reti nak explain hahaa.. :P


Ni yang aku dapat dari www.babycenter.com (copy n paste)

Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Apa yang anda alami ini dipanggil oedema, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil. 

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. 

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. 

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. 

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Ubat-ubatan jenis ini membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu. Anda boleh mencuba cara-cara lain untuk mengawal kebengkakan: 

  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Minum banyak air. Yang peliknya, mengekalkan hidrasi dapat membantu badan anda mengurangkan penyimpanan air berlebihan.
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalanberenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Makan makanan berkhasiat, dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan
Semakan terakhir: April 2012 

http://www.babycenter.com.my/a1042750/bengkak-pada-tangan-dan-kaki-oedema#ixzz2j6ao6gfL

p/s :: errr....dah ready ke aku ni???? kompius ngan diri sendiri..








Monday, 14 October 2013

Tiket Flight punye citerr

Asssalamualaikum,


Ari Jumaat minggu lepas, aku cek kat eTMWA, waren flight aku masih dalam semakan HR.
Tak puas hati sebab aku mohon 1/9 lagi..tapi status masih sama...
Sedangkan orang kat opis yang mohon lewat dari aku pun dah lulus dan tengah proses tiket diorang..
Tak puas ati...
aku terus call kak zaharah..yang jaga bahagian sabah..

Nasib baik dapat cakap ngan dia..orangnya baik, senang berurusan..
Bila disemak balik, rupanya dia dah luluskan permohonan aku, cuma dalam sistem je belum update..
Dia cakap dia akan maklumkan bahagian ICT supaya edit balik aku punye status..
yang jadi penyebab belom update tu sebab aaku tak samakan tarik flight aku dengan hubby..
tarikh KK-KB tu dah sama...cuma tarikh KB-KK je lain-lain..

Ye arr....aku buat asing2 pun bersebab...
kan aku habis pantang dalam awal bulan februari...sebab tu aku buat asing2..
tapi kata kak zaharah.kena samakan..baru sistem tak pening..
lepas dah dapat tiket baru boleh adjust sendiri antara kita ngan agen tiket tu..

oooh macam tu kerr...
emm...
kata kak zaharah benda boleh settle tu..
dia akan cakap dengan ICT..aku tak yah wat pape..
tapi aku lah yang risau...buatnye ade problem lain datang lak...satu keje pulak nak membeli tiket lain...

Setiap tahun, kiteorang laki bini (yang kawen sama jabatan) dapat 1 X waren flight untuk family dan jugak 1 X waren flight untuk diri sendiri..maknanya kalau tahun ni aku mohon untuk aku ngan hubby...tahun ni jugak hubby boleh mohon waren flight ntuk dirinya sendiri je...kire untung jugak la...boleh balik 2 kali setahun cuma sorang je kena beli lain..selama 2 tahun kawen ni..tahun pertama aku yang dapat free 2 kali...tahun kedua hubby lak...insyaallah tahun depan aku pulak..hehheee...

Pasal tiket baby..insyaallah bila bby dah lahir,,dah settle urusan JPN,,dah ade no ic..boleh la belikan tiket..tuk baby boleh add infant RM50 je kalau tak silap...aku refer kawan aku n pihak AA jgk la..cuma maybe kena beli tiket lain tuk mak aku ..ye ar..nak tunggu settle urusan JPN..nak tunggu tengok keadaan kesihatan aku nanti camne..tentu mak au kena stay sini n balik sekali ngan aku jugak nanti..

ohye..sebenarnya..mak, abah, kakak, n 2 orang lagi adik pmpuan aku akan datang bercuti kat sini 18 hingga 26 Nov ni....aku belikan tiket tuk diorang pada bulan 1 awal tahun baru ni..Mase tuh aku tak sangka yang aku akan pregnant,,masa beli tu ada promosi... total KB-KL-KK pegi balik untuk 5 orang hanye RM850.00 ...memang rugi kalau tak beli awal2..tu yang aku beli siap2..

Tup2...dapat tau aku peknen mase bulan 3..dan due nye adelah minggu mak abah aku ade kat sini...iaitu 22hb nov... tapi tu betul2 40 minggu...kalau ditakdirkan aku bersalin 36,37 or 38 minggu...jawabnye aku ngan hubby je lah kat sini..mak aku cakap kat aku aritu kalau bersalin awal  pun tak payah beli tiket lain tuk dia..dia suruh simpan duit tuk kegunaan kiteorang nanti.. :( :( ....tapi kesian lak kat famili aku..datang nak jalan2 tapi nampak gayanya macam tak dapat lah nak jalan2 kat sini bersama aku huhu...mb hubby je lah yang akan bawak diorang g jalan2..aku? emmm...wallahuallam..

Tapi aku hokeey je...insyaallah boleh tempuhinya nanti walaupun tak sempat dengan ma abah aku datang sini..kata nak berdikari kan...lagipun aku ade kawan2 n jiran2 yang baik hati.....insyaallah diorang boleh tolong aku kalau2 aku perlukan bantuan diorang....cuma dengan hubby je lah..wajib ade time aku tengah sakit tu huhuhu...

ya allah permudahkanlah urusan kami ya allah...



p/s :: Now 34weeks , 3 days...










Wednesday, 2 October 2013

Wordless Wednesday : Doa Ibu mengandung


Friday, 27 September 2013

craving : sup gear box

Alhamdulillah..tercapai jugak hajat di hati nak makan sup gear box. Thanks hubby sudi bawak ibu n belanja mkn..walaupun beliau agak malu bila pelayan hantar makanan2 yang kami order. Mana tak malu kat orang meja sebelah n smua lah yang ada kat kdai mkn tu...mangkuk sup bukan main besar lagi..dah nampak mcm besen pun ada. Dengan gearbox yg besar gedabak tu lagi sape tak terkejut.. Kih kih kih.

Nasiblah en hubby. Malu x malu. Segan x segan. Terpaksa jugak lawan ye. Bukan selalu bini ni nak makan sup tu..sekali rasa cukuplah lepas ni tak sanggup dah kot.. sedap... tapi tak larat nak habeskan..banyak sangat ok. hua hua hua...err.rasa je nak tanya tokey kenapa tak sediakan set saiz kecik sikit..tokey..tokey.

Kami makan sup ni kat restoran sawadikkap, depan university apartment (ua)..sedap jugaklah..hubby n the geng slalu lepak sana lepas main futsal..katanya tukang masak orang siam..patutlah sedap..

Harga sup gear box. Rm23/set ..

Makan : sup gear box, kailan ikan masin, telur dadar goreng, ayam goreng halia, teh ais, & milo cincau ais...

Total makan tadi : rm41.90 ...ok jugak lah... sebab sedap...perut pun kenyang...alhamdulillah...sekali sekala boleh lah..kalau selalu sangat..jawabnye botaklah kepala hihi...

P/s : banyak nak stori mori...tapi dah tak  larat...ngantok...esok2 lah k...layankan jelah gambar yang tak sempat edit..coz update ni pakai apss kat android je ni...

Good night....xoxo...


Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 25 September 2013

al-fatihah buat Tok Ayah

Al-fatihah..
Allahyarham tok ayah (hj yaacob)..datuk kesayangan hubby telah pergi ke rahmatullah lepas isyak tadi kerana sakit tua..arwah berusia lingkungan 120tahun...daku turut terasa kesedihan hubby cz arwah sangat baik dan penyayang kepada semua anak..cucu...cicit beliau...termasuk smua sanak saudara n kenalan...semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan diredhaiNya..insyaallah..al-fatihah.. :(

Salam sayang dari cucu n isteri yang jauh di perantauan, ampun maaf dipinta kerana tak dapat balik menatap wajah tok ayah buat kali terakhir...

:(

-Muhd shairozi & hamelia sunita-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Dah daftar kelas Antenatal

Aku dapat ni dari google..senaman yg sesuai utk ibu2 mengandung 

Insyaallah Sabtu ni aku akan hadiri kelas antenatal/kelas father friendly kat hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas..HWKK Likas..Kat hospital ni jugaklah aku akan bersalin kelak.[insyaallah]

Aku tau pasal kelas antenatal / kelas father friendly ni melalui kawan aku..
Tapi...aku tak tahu bila masa yang sesuai untuk pegi daftar..
Ingatkan nurse kat KK yang akan bagitahu bila sesuai daftar..or KK yang akan tolong daftarkan..[banyak cantik...hehe]

Pastu ade kawan matshah sorang ni...shahidan..bini dia pun pregnant jugak..sama due date dengan aku..
Diorang dah daftar..N dia suruh kiteorang cepat-cepat g daftar sebabnye kelas tu dah nak penuh..
Kat KK ni gov hospital dekat HWKK Likas je tempat bersalin..

Pastu bila je dapat tau dari matshah....keesokkan harinya terus kiteorang pegi HWKK Likas tuk mendaftar..
Aku masuk sorang je..sebab kat sana susah sangat nak cari parking..Aku suruh matshah tunggu daam kete je depan hospital tu..Masuk je dalam hospital..aku baca signboard..malas nak tanya nurse sebab kebanyakan nurse nampak macam sibuk je.Lagipun aku ade rujuk blog kawn aku iaitu wani.. [KAT SINI] .ade dia cakap kat jabatan O & G..terus jumpa...Masuk je kat kaunter pendaftaran..aku tanya nurse yang bertugas kat situ..owh rupanya daftar kat situ je..Bagi nama n nombr telefon pastu dia bagi dua tarikh..satu kelas senaman.satu lagi kelas teori..

Sabtu ni kelas senaman je..nurse cakap kena pakai pakaian yang sesuai, jangan pakai skirt..Next kelas iaitu kelas teori ..adelah pada 12 Oktober 2013..Dah la mase aku daftar tu aku tertengok ade nama bini shahidan jugak..sekali lah kiteorang nanti untuk kelas senaman ni..Aku cerita kat matshah..tergelak2 dia..dah ade geng sekepala...huhu..





Monday, 23 September 2013

Family day picnic @ Motung-Lotung

Aku dapat tau pasal family day picnic - unit matshah keje (KM BANGGI) adelah pada petang semalam [sabtu] dalam pukul 6 petang. Maunya nak tersedak aku bila matshah minta tolong aku gorengkan mee. Tu pun dia sms je tanya aku apa bahan-bahan yang nak kena beli. Masa tu dia tak cakap pun nak bawak family [aku lerr tu]..ingatkan dia nak pegi dengan geng2 bujang kat kapal dia tu je, so masa tu aku dalam hati..emm ok lah boleh je tolong bangun awal2 pagi n goreng mee je..bahan2 bolehlah aku ready malam ni terus,esok tinggal campak2 je..Nak pegi @ tak? masih bermain2 dalam fikiranku..Matshah cakap dia dah bayarkan tuk aku sekali masa budak2 kapal dia buat collection..tapi kalau aku tak nak pegi takpe dia faham..dengan keadaan aku sekarang yang cepat penat ni dia takut aku tak larat je..Tapi kalau aku tak ikut dia bosanlah dia drive sorang2.. 

Aku cakap nanti lah esok aku bagi keputusan nak pergi atau tak..Bukan ape..aku takut malam ni aku cakap nak pegi..esok datang malas aku nak jalan..kang mengharap pulak dia...hihihi...Ye arr...aku tak nafikan sejak dua menjak ni aku malas nak keluar..Aku lebih selesa duduk kat umah je layan intenet n tengok tv..[untung beli full channel astrok..] Tambah2 kalau sabtu ahad ni matshah ada kelas, Kadang2 dia kesiankan aku duduk rumah je hujung2 minggu...dia ajak keluar malam..tapi aku nak keluar pun agak keberatan ye lah dah la dia seharian ada kelas..nak jalan2 malam lagi..aku pun kesian jugak kat dia mestilah dia penat..Kalau tak de benda penting yang kiteorang nak beli memang tak kan keluarla..melainkan dah betul2 keboringan tak de benda nak buat barulah keluar jugak,,, :P

Pagi tadi, siap2 goreng mee dia tanya lagi aku..nak pegi tak..lepas tengok dia tanya dengan penuh semangat..ape lagi....cepat2 aku bersiap sebabnye kawan2 dia dah janji berkumpul pukul 8..memang plan nak gerak awal nak sampai kat sana lebih kurang 40 minit.pastu kalau sampai lewat, takut orang dah ramai yang sampai kat situ n tak de tempat pulak kami nak berteduh..

Alhamdulillah, sampai2 je kat sana ade tempat, nasib baik separuh dari kawan matshah dah gerak awal dari kami, nak booking tempat tu dulu..Mula2 aku tak berapa nak ikut matshah tu aku takut aku je pempuan yang pegi..rupanya ramai juga yang bawak family..dah nama pun family day picnic kannn....hehehee...Semuanya isteri2 geng kapal tu jugak adelah dalam 7 orang termasuk aku yang dah aku kenal sebelum2 ni..Tak de lah kekok sangat dengan diorang sebab dah biasa..

Aku tak ambil gambar pun..henpon pun elok je simpan dalam handbag tak kelua2 pun..
Ni aku cilok dari fon matshah..
Member2 dia ramai lh yang ambik gambar...




Sebenarnya kiteorang dah biasa pegi kat sini..Airnya sejuk..best je mandi..tapi tadi aku tak mandi pun..main air pun tak..takut tergelincir je sebab kat situ batu2 nya agak licin...aku duduk2 je kat pondok...








Sunday, 22 September 2013

Persediaan keperluan bersalin


Barang-barang baby ni aku start beli pada minggu ke-27 (bersamaan 6 bulan ++)..
Tu pun setelah kami laki bini g klinik swasta buat 3D/4D scan. (walaupun result tak memberansangkan) Mase tu memang dah plan nak cari barang-barang baby lepas tau gender baby. 

Tapi sebenarnya tak tahu gender pun takpe, nak kata eksaited tuk tahu gender tu tak lah sebab kiteorang laki bini yang ex-TTC ni memang dari awal tak kisah boy or girl.

 Minta-minta ibu n baby sihat walafiat tu la gi penting buat kami. Tapi dah namenye lumrah seorang ibu kan..sikit-sebanyak nak jugak beli barang ikut gender baby hihihihi.. [ibunye yang over okeh..]


Ni aku sediakan satu checklist. Aku dapat dari kawan aku wawa, dan ada juga aku google sendirik kat tenet..then aku tolak-tambah mane yang rase perlu/tak perlu sebab aku jugak ade rujuk mak aku ngan mak mertua aku kat kampung. 

[ Baby Care ]
1. Bedak - DONE 
2. Bola Kapas - DONE
3. Pengetip kuku   - Tak Beli lagi..
4. Krim ruam diapers   - Tak Beli lagi..
5. Losyen DONE 
6. Minyak angin / telon   - Tak Beli lagi..
7. Minyak zaitun / yuyi / baby  - Tak Beli lagi..
8. Nasal aspirator (penting ketika bayi selesema)  - Tak Beli lagi..
9. Cotton buds DONE 
10. Sikat  - Tak Beli lagi..
11. TermometerDONE 
12. Tisu  - Tak Beli lagi..
13. Tungku DONE - TQ Wawa..
14. Vicks  - Tak Beli lagi..

[ Baby Gear ]
1. Baju + Seluar panjang DONE 
2. Baju + Seluar pendek DONE 
3. Baju + Seluar panjang (lubang-lubang) DONE 
4. Baju + Seluar pendek (lubang-lubang) DONE 
5. RompersDONE 
6. Barut PerutDONE - TQ My MIL..
7. Kain bedung (boleh buat selimut sekali)DONE 
8. Kasut (tak berapa perlu, besar sikit baru beli)  - Tak Beli lagi..
9. Sapu tangan DONE 
10. Sarung tangan DONE 
11. Sarung kaki DONE 
12. Topi / bonet hat DONE
13. Stoking Comel DONE
14. Baby bip   - Tak Beli lagi..

[ Bathing ]
1. Besen mandian  - Tak Beli lagi..
2. Mandian / sabun DONE
3. Span mandi   - Tak Beli lagi..
4. Spray air (untuk punggung) DONE
5. Syampu DONE
6. Tuala Mandi DONE
7. Pelapik besen mandian (takut licin)  - Tak Beli lagi..

[ Diapers ]
1. Beg diapers  - Tak Beli lagi..
2. Berus lampin  - Tak Beli lagi..
3. Changing Mat / rubber mat DONE
4. Detergent baby cloth DONE
5. Kain lampin DONE
6. Nappy liner DONE- TQ Kak Ika..
7. Pampers New Born DONE- TQ Kak Ika..
8. Pampers Size S  - Tak Beli lagi..
9. Baby wipes DONE

[ Feeding ]
1.  Botol Susu DONE
2.  Bekas isi susu tepumg DONE
3.  Berus botol  - Tak Beli lagi..
4. Bottle Sterilizer  - Tak Beli lagi..
5. Bottle & Food warmer  - Tak Beli lagi..
6. Breast pump DONE
7. Cooler bag  - Tak Beli lagi..
8. Liquid Cleanser DONE
9. Drying rack  - Tak Beli lagi..
10. Nipple cream  - Tak Beli lagi..
11.  Sterilizing tablet  - Tak Beli lagi..
12. Milk Storage bag  - Tak Beli lagi..
13. Milk Storage bottle  - Tak Beli lagi..
14. Nursing pillow DONE
15. Penyepit botol  - Tak Beli lagi..
16. Puting bayi (tak berapa perlu)  - Tak Beli lagi..
17. Termos DONE

[ Nursering ]
1.  Almari bayi  - Tak Beli lagi..BELI KAT K.K je kutt.....
2.  Bakul baju kotor DONE
3.  Bedding set DONE - kegunaan Masa kat k.k sebelum dan selepas balik dari Kelate...
4. Kelambu  - Tak Beli lagi ..Nak BELI KAT KELATE..
5.  Mainan  - Tak Beli lagi - TAK BERAPA PERLU LAGI...
6. Safety pin   - Tak Beli lagi - TAK BERAPA PERLU LAGI...
7. Selimut DONE

[ Extra ]
1. Baby sling / carrier  - Tak Beli lagi
2. Car Seat  - Tak Beli lagi
3. Penyangkut baju berklip DONE
4. Penyangkut baju yang banyak klip  - Tak Beli lagi
5. Stroller  - Tak Beli lagi
6. Set bakul bayi - Tak Beli lagi .. Nak kirim kat adik aku beli kat rantau panjang / pengkalan kubur yang set2 bakul siap balut lagi tu..
7. Set Tilam ibu kat kampung - DONE- TQ my mum..
8. Set Tilam bayi kat kampung  - DONE - TQ my mum..

[ Keperluan Ibu ]
[ Asas Berpantang ]
1. Barut perut / bengkung DONE- TQ Wawa..
2. herba mandian  - Tak Beli lagi
3. Param, pilis, tapel - Tak Beli lagi
4. Set bersalin - Tak Beli lagi
5. Tukang urut DONE
6. Tungku tradisional DONE
7. Tungku herba DONE- TQ Wawa..
8. Lulur  DONE- TQ Wawa..

[ Makanan ]
1. Pati gamat  - Tak Beli lagi
2. Pati ikan haruan DONE

[ Pakaian ]
1. Baju butang depan@ jenis mudah selak DONE
2. Kain batik  DONE
3. Maternity pad DONE
4. Pad biasa Tak Beli lagi...Nak beli yang ovenight n normal flow -  Kotex / Whisper
5. Nursing bra DONE
6. Nursing pad disposable DONE
7. Nursing pad washable DONE- TQ Wawa..
8. Stoking tebal DONE
9. Baju sejuk DONE
10. Nipple shield - Tak Beli lagi..Maybe aku beli online je
11. Disposable panties  DONE

erkk...bila dah buat list macam ni nampak cam banyak lagi yang belum DONE..Takpe masih sempat kot..Awal lagi ni kan..Insyaallah minggu depan aku akan selesaikan mana lagi barang-barang yang belum ada lagi tu. 

p/s : Checklist yang complete dengan jumlah nanti aku update lainkali ye..





Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016