Thursday, 20 December 2012

Sport Injured.

Salam..

Pagi tadi aku hantar hubby ke Hospital Tuaran. Bukan kecemasan, just jumpa doktor kat pesakit luar je. Kaki hubby sakit. Kesian dia, terhenjut-henjut je jalan. Kalau dia ringan, aku dah dukung je dia bawa pegi klinik. =P 

Sampai kat kaunter pendaftaran tu dalam pukul 8 pagi. Aku dengan baju keje lagi tau sebabnye mula-mula tu aku ingat nak hantar hubby ke klinik mutiara dekat Inanam. Dekat je dengan ofis aku tu. Tapi hubby nak pegi Hospital kerajaan, dia cakap nak x-ray takut ada masalah lain kat kaki dia (--> and mb dia takut x-ray kat klinik swasta kene cas mahal kot...huhu.,aku pun xtau gak)...Sebelum ni pun dia pernah injured tapi takde la teruk sangat.

Lepas x-ray dan jumpa doktor, dapat 3 hari m.c dan kena datang lagi buat susulan pada 10 Januari 2013. Aku kesian sangat bila tengok dia sakit. Bukan aku tak suka dia main futsal, cuma risau bila jadi macam ni la. Tapi aku faham, kalau dah nak sakit bukannya sebab main futsal je kan. Duduk diam-diam kat rumah pun, kalau dah ditakdirkan nak jatuh bergolek pun jatuh jugak. hehe. 

Aku sesaje hapdate status kat FB, cakap pegi hantar hubby kat hosp. Pastu ramai lak kawan hubby duk call tanye khabar. Bising hubby kat aku. Die cakap diam-diam je lah, x yah bagitau orang.Maaf darling hambe tak sengaje je. Dah delete pun.  Muehehe..

Ampun2.

#Nampak gayanya terpaksa cancel plan nak pegi pesta durian kat Ranau sabtu ni#



No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts