Thursday, 13 December 2012

Maaf, bukan aku orangnya.


As-salam.

First of all, aku nak mintak maaf banyak-banyak sekiranya sesiapa yang akan terasa hati dengan entri aku kali ni. Aku tak berniat nak menyinggung perasaan sape-sape pun. Cuma luahan hati sahaja.
Alkisahnya begini, malam tadi. Lepas potong kuku en. suami, aku buka laptop dan bersandar pada sofa yang dia duduk. masa tu dia tengah tengok cerita kat TV. Tengah aku syok-syok baca status-status orang kat Facebook, ada lah seorang hamba Alah s.w.t ni tegur aku kat ruangan sembang (chat) .

 Aku sedikit terkejut kerana sebelum ni aku jarang sangat chat dengan budak tu. Merujuk kepada last conversation pun setahun yang lepas. Dalam hati ; emm..lama sangat kot. Ade ape la dia ni tiba-tiba je message aku kan. Mula-mula aku pelik, tapi aku tak de lah sampai tak nak balas mesej budak tu. Nanti dikatakan sombong pulak. Aku balas je lah, mungkin dia ada nak tanya apa-apa pasal kerja. (Budak tu dulu dia kerja kat k.k jugak, tapi sekarang budak tu dah balik semenanjung aku tak pastilah dia dah berhenti ataupun tukar kerja lain).

Lepas je tanya-tanya khabar, budak tu cakap. Nak mintak tolong sikit, boleh tak? [masa ni aku dah rasa semacam, tapi aku buat biasa je] aku cakap ape dia, kalau boleh tolong sy tolong kalau tak, tak lah. Dia balas dengan sepantas kilat. Dia nak pinjam duit dengan aku sebanyak RM100.15 haribulan ni dia bayar (sabtu ni) .Dia cakap dia terdesak. Aku terdiam. Terus aku tunjukkan mesej tu kat en suami. En Suami senyap je dia. malas ambil tahu mungkin. memang perangai en suami macam tu. Jarang sangat komen lebih-lebih kalau aku cerita apa-apa kat dia. Dia malas masuk campur sangat hal aku dengan kawan-kawan aku, sebab dia yakin aku boleh selesaikan sendiri. (Paling kurang pun dia membebel kat aku je hehehe)

Aku tanye balik kat diri sendiri, kenapa aku? kenapa bukan orang lain? orang lain dah tak percaya kat dia ke? atau aku mangsa malang yang seterusnya? haha. Oh tidak lah. Dia tak kenal aku. Sorry to say lah. Kalau bab-bab duit ni aku memang berkira sikit. Alah, rasanya bukan aku je yang jenis berkira, orang lain pun sama gak. Sape yang senang-senang nak bagi pinjam kat orang? Duit tu bukan senang nak dapat. Bukan jatuh bergolek depan mata, Bukan boleh petik kat mana-mana. Kita kerja, hasil titik peluh sendiri. Kerja untuk mak ayah, untuk bantu keluarga. Dia? Ada kita tahu apa dia buat dengan gaji dia?

Mungkin kali ni dia betul-betul terdesak dan boleh kita bantu dia, tapi adakah kita yakin dia akan bayar balik? Aku dah pernah terkena sekali beberapa tahun yang lepas. Dengan budak-budak kat sini juga. tapi tak nak la aku bagitahu sape. Masa nak pinjam bukan main manis lagi mulut, bila time bayar betul-betul kurang ajar.(tu pun setelah masa yang dijanjikan nak bayar, tapi boleh lak buat-buat lupa, tunggu orang mintak dulu),  Macam aku pulak yang meminjam dengan dia.

Sakit hati betul bila diingat-ingat balik. Yang paling aku panas hati bila dia boleh baling je duit dari rumah dia tingkat 2, masa tu bf aku (en suami aku) yang ambil sebab aku malas dah jumpa muka budak tu. Dan of course budak tu lelaki. Macam bangang pun ade, duit tu bukan untuk dibaling-baling. Duit tu rezeki Allah s.w.t yang bagi. TERSANGAT kurang ajar jika baling-baling macam tu. Dasar tak sedar diri. Dah lah pinjam duit orang, buat macam tu pulak. Lepas tu haram lah nak bagi pinjam lagi kat sape-sape lagi. SERIK. malu aku dengan en suami, dengan perangai kawan macam tu. nasib baik en suami jenis pandai pikir pakai otak, malas layan sangat benda remeh temeh camtuh. Buatnye en suami jenis panas baran tak bertempat, memang kecoh la jawabnye. huhu

Last sekali, pandai-pandailah manage duit sendiri. Orang lain pun ada komitment jugak. Ada mak ayah jugak yang nak tanggung. Macam aku sekarang, walaupun aku ade gaji, duit gaji aku en.suami suruh simpan. Sebab dia mampu sara aku lagi. Bukan untuk dibelanjakan sesuka hati. Untuk mak ayah ngan adik beradik kat kampung takpe, but untuk orang lain memang tak lah. Semua tu simpan untuk saat-saat kecemasan. Mana nak korek? aku bukan orang senang.

Buatnye tetiba aku kena balik kampung last-last minit. Masa tu lah nak pakai banyak duit. Lagipun kami laki bini ni mane ada kad kredit. Memang susah jugak, tapi nak buat camana. Baru ni aku ade mohon kad kredit bank rakyat dengan slip gaji aku (slip gaji lama ). Tapi tak lulus. Mungkin masa tu gaji kecik, aku pun ada loan kereta. Mungkin sebab tu permohonan aku kena reject. Tapi aku tak kisah, bersyukur pun ade. (takde lah aku gatal-gatal tangan nak swipe macam2 kan? haha.

Ok lah thats all. Kalau ada yang menyampah dengan post aku kali ni, aku mohon maaf banyak2. Ini hak aku, aku perlu pertahankan apa yang aku rasa jugak kan.


Peace....

No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts