Saturday, 15 December 2012

It's Saturday

As-salam.

Pagi sabtu yang indah, tapi aku pula yang bermuram-durja. Hubby duty hari ni. Lama gila dia tak duty, dalam setahun kot. Yelah tu rezeki namanya. Bukan dia mintak untuk tak duty pun. Dah kapal kat Johor. Sekarang kapal dah balik ke k.k, kenalah duty macam tahun-tahun sebelum ni. Silap-silap haribulan, kena belayar jauh-jauh pulak. Pastu aku kene tinggal sorang-sorang macam hari ni gak. Aduiii. Tension-tension. Sabar je lah. Huhu.
hubby dan kawan2..kredit to puan peyha

Hmm. Bangun pagi tadi, aku sakit perut nak uk-uk. baru aku teringat yang aku dah lama tak membuang. Dalam 3-4 hari kot. Ya allah seksa yang amat. Tuhan je tahu camne rase. Sekarang ni aku tak boleh buat ape pun. Just rehat-rehat, nak bangun pun malas. Sakit. Huhu. Jap lagi nak buat air sunquick. Nak minum. Aku tau aku memang ade masalah sembelit. Walaupun aku dah makan sayur-sayuran, buah-buahan dan minum air yang secukupnya pun, tetap jugak sembelit. Sebulan ni memanglah aku berdiet, buah aku memang tak ambik. CUma kadang-kadang je la ada gak aku ambik. Tu bukan sebab kenapa aku jadi sembelit. Dah memang badan aku macam ni. Nak wat camne lagi. Diet bukan penyebab sembelit ok. huhu.

Malas dah nak membebel pasal diet kat sini. Nak tido dah tak mengantuk. Rehat2 tengok cite kat HBO lagi best. Baju keje aku dan hubby dah siap basuh. Tinggal nak iron je petang nanti. Tengahari sikit ingatnye nak cuci petiais. Dah lama rasanya tak cuci. Last cuci pun 2 minggu yang lepas. Pemalas tak? hehe . Ok la tu dari tak cuci langsung kan. :P

Oh lupa pula, tadi sebelum hubby g keje, sempat pulak dia pesan kat aku. nanti lipat kain ye. err.. bukannye banyak pun. ade lah separuh bakul yang aku angkat malam tadi. Tu pun dia dah tolong ingatkan. Dia memang tak suka tengok aku bermalas-malasan. Dan tak suka aku tangguh-tangguh kerja. Terutamanya bab lipat kain ni. Hehe. Yelah, aku pun semak mata tengok kain tu berlonggok je kat situ, apetah lagi hbby. hihi. Ok lah sayang. Apa-apa sajalah untuk abang. (nak cari pahala lebih kan..kenalah taat pada suami. ) .. :)

ok lah, makin lama aku bukak laptop ni, lambat siap lagi keje-keje rumah aku ni. Ok bai. Selamat berhujung minggu,, mmuaaahhh..~




#tak sabar tunggu esok..#

No comments:

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016