Sunday, 16 December 2012

Aku lah penyebabnye..hihi..

Hari ni hubby off-duty. Tapi dia balik lambat sebab dia tak tido malam tadi, dekat kul 5 pagi baru tido, dekat pukul 12 baru dia call tanye aku nak makan ape. Semalam dah bagitau dia barang dapur (lauk) dah kureng, dia ajak la pegi pasar beli lauk-pauk.  Lepas je solat zohor kami pun keluar.

Masa dalam kete, hubby tanya aku nak beli kat mane. Aku ikut hubby je, mana-mana pun boleh. :) Hubby ajak g jalan-jalan dulu. Aku okey je. Lagi suka kan. Huhu. Lagipun dah lama rasanya tak keluar ngan hubby. Last keluar ngan dia pegi tengok wayang kat 1Borneo minggu sebelum dia pegi JB baru-baru ni. [ala, baru 2 minggu kan...tu pun nak kecoh ke..huhu]

Dah lame tak bergambar.. xoxo
Pada mulanya kami nak pegi meronda-ronda cuci-cuci mata kat 1 Borneo je memandangkan kat situ je yang paling dekat dengan rumah kami. [dalam 15-20 minit je]. Pusing punya pusing cari tempat nak parking kete,semua full, dari bawah, sampai lah kat tengah (yang mahal sikit tu) ..then beratur lak naik tingakt atas. Lame gak jem, aku pun dah rase malas nak jalan 1B, Aku ajak hubby balik je lepas beli lauk kat tepi jalan sulaman tu. Hubby gelakkan aku, dia cakap baru je keluar takkan dah nak balik. Takpelah jom kita g jalan kat Suria Sabah lepas tu baru g beli lauk nak tak. Hehe. Kalau ikutkan aku memanglah tak nak balik je, tu cuma ayat merajuk sebab orang ramai sangat pegi 1b hari ni sampai cark park pun dah full. Ntah ada ape lah sampaikan ramai sangat orang.

Lepas tu kami pegi Suria. Pun ramai gak manusia kat sana. Cari parkir sampai ke tingkat 7. Nasib baik kete auto. Kalau manual, kesian hubby mesti lenguh2 kaki die hehe. Aku biaselah, tukang cari parking hehe. Kadang2 hubby cakap aku ni JPJ tak bertauliah. Kesian kat aku. huhu..

Masuk je dalam Suria, mata aku dah melolong kat butik carlo rino. Ish3x, nasib baik bukan time gaji, kalau tak maunye aku pegi sambar handbag lagi hihi. Voucher 30% staff price yang wife shahidan bagi pun belum pakai, time tu lah nanti aku nak beli handbag, tak pun kasut. hehehe,,

Hubby ajak masuk kat butik padini, "window shopping je dulu katanya. Gaji baru boleh menyambar mane2 yang patut". Ok sayang. :) [dalam hati..aduh same je shopping sekarang atau time gaji..,xpelah,dah hubby ckp camtu kita ikut je..]

Pas satu, satu kedai kami jelajahi. Dah macam pelancong pulak kami time tu. Kat kedai2 pun banyak buat sale. Aduh godaan..godaan,,sabar2..

Turun kat Groundfloor, aku nak cari Hot & Rolls.. Tapi takde pulak. Ingatkan ade. atau mata aku yang rabun tak jumpe. hmmm..nak beli air yoyo pun dah kurang yakin, sebab pegawai aku ade cakap air tu belum lulus sijil halalnye lagi. So untuk selamat, aku tak lagi minum air  tu. Kemudian kami singgah kedai big apple donut. Beli 3 bijik, wat hilang terliur aku. Faveret katekan. Nak2 yang cheese tu..aummss..wajib beli if jumpa kedai donut tu. [oh ye, dah 5 hari aku stop diet, esok sambung diet balik.saje bagi badan ni rest sikit..] ngeee~hubby ajak makan kepci..sbb mekdi x de kat suria.pastu tukar plan nak g makan kat restoran Tiara kat Alamesra.

Naik balik tingkat 2, hubby ter-shopping, hasil godaan aku. ngeh3..err bukan ntuk aku ye.please..untuk dia la. Aku tak suka sangat beli baju aku sendiri if hubby ade. Aku tak tau nape. kalau temankan dia cari baju dia xpe..aku suka..mebi sebab aku tak suka dia tunggu aku pilih baju,,,lama..huhu..kesian dan malas dengar dia membebel..keh3x..Nak senang mintak duit siap2, pastu keluar beli ngan kawan2 aku. geng syopping aku biasenye  rambo ngan kak ika. kadang2 ngan yah. Tapi kak ika sekarang dah pregnant anak ke-2, segan lak nak ajak dia keluar. Takut dia penat. =)

Ni lah hasilnye..

hasil tangkapan

Hubby belanja diri sendiri..hehe
Promoter tu cakap, hari ni last promosi tu. Buy 2, Free 2.. Mana2 harga pun tak pe,,Yang ni dia kira harga yang paling tinggi. Sehelai baju tu RM99.00 (yang ni pun maling murah..nk clear stock mungkin..) dan topi tu kalau x silap aku rm69.90 . yang dikira 2 helai je baju tu. Yang lain free. Best kan...Kalau nak sedapkan hati, 3 helai baju + topi = RM50 setiap satu. hahahhaa...

Murah ke? Ntah la, aku tak suka hafal harga-harga barang ni. Tapi hubby suka. Mana2 pun dia beli je. Bukan pentingkan jenama sangat pun, janji selesa.

#Seronok shopping ngan hubby..seronok tengok dia pilih baju..lagi seronok kalau dapat belanja dia..tapi nak wat camne..ayg tak mampu la sayang...huhu...insyaallah kalau ade rezeki lebih besok2 ayg belanje ye..hihihi...#



4 comments:

RedRose said...

sis suka ke brand carlo rino? dekat JPO ada kot da latest design. try la usha kat sana. neway, mmg syok kalau dpt belanja hubby sendiri kan? tapi lgi syok kalau hubby belanja kita. hik hik hik

eamy milea said...

hahaha...yg tu laaaaaggggggiii stuju kekekeke...[tapi tu la yg slalu berlaku...btul x...hehehe]

MamaFaMi said...

Mama pun kalau dah parking penuh, mulalah datang malas nak gi jalan. Baiklah pusing-pusing tengok pemandangan lagi best... hehehe...

mie said...

ok la tu...
ada masa terluang..
moga terus dibelanja..
eheheheee

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts