Thursday, 20 December 2012

Sport Injured.

Salam..

Pagi tadi aku hantar hubby ke Hospital Tuaran. Bukan kecemasan, just jumpa doktor kat pesakit luar je. Kaki hubby sakit. Kesian dia, terhenjut-henjut je jalan. Kalau dia ringan, aku dah dukung je dia bawa pegi klinik. =P 

Sampai kat kaunter pendaftaran tu dalam pukul 8 pagi. Aku dengan baju keje lagi tau sebabnye mula-mula tu aku ingat nak hantar hubby ke klinik mutiara dekat Inanam. Dekat je dengan ofis aku tu. Tapi hubby nak pegi Hospital kerajaan, dia cakap nak x-ray takut ada masalah lain kat kaki dia (--> and mb dia takut x-ray kat klinik swasta kene cas mahal kot...huhu.,aku pun xtau gak)...Sebelum ni pun dia pernah injured tapi takde la teruk sangat.

Lepas x-ray dan jumpa doktor, dapat 3 hari m.c dan kena datang lagi buat susulan pada 10 Januari 2013. Aku kesian sangat bila tengok dia sakit. Bukan aku tak suka dia main futsal, cuma risau bila jadi macam ni la. Tapi aku faham, kalau dah nak sakit bukannya sebab main futsal je kan. Duduk diam-diam kat rumah pun, kalau dah ditakdirkan nak jatuh bergolek pun jatuh jugak. hehe. 

Aku sesaje hapdate status kat FB, cakap pegi hantar hubby kat hosp. Pastu ramai lak kawan hubby duk call tanye khabar. Bising hubby kat aku. Die cakap diam-diam je lah, x yah bagitau orang.Maaf darling hambe tak sengaje je. Dah delete pun.  Muehehe..

Ampun2.

#Nampak gayanya terpaksa cancel plan nak pegi pesta durian kat Ranau sabtu ni#



Monday, 17 December 2012

Pesta Durian di Ranau, Sabah.



Jom ramai-ramai memeriahkan suasana.

Tarikh : 22 dan 23 Disember 2012 (Sabtu dan ahad)
Tempat : Tapak Tamu Bulanan, Ranau.

Dengar cerita dari kawan-kawan sabahan, kat pesta tu nanti baaaannyaaakkk sgt durian. Siap ada pertandingan makan durian lagi. Insyaallah akan pegi with dearest husband. Nak tengok apa yang menariknya. Kata nak kenal budaya dan adat orang kan, kenalah pegi. hihi.





Sunday, 16 December 2012

Aku lah penyebabnye..hihi..

Hari ni hubby off-duty. Tapi dia balik lambat sebab dia tak tido malam tadi, dekat kul 5 pagi baru tido, dekat pukul 12 baru dia call tanye aku nak makan ape. Semalam dah bagitau dia barang dapur (lauk) dah kureng, dia ajak la pegi pasar beli lauk-pauk.  Lepas je solat zohor kami pun keluar.

Masa dalam kete, hubby tanya aku nak beli kat mane. Aku ikut hubby je, mana-mana pun boleh. :) Hubby ajak g jalan-jalan dulu. Aku okey je. Lagi suka kan. Huhu. Lagipun dah lama rasanya tak keluar ngan hubby. Last keluar ngan dia pegi tengok wayang kat 1Borneo minggu sebelum dia pegi JB baru-baru ni. [ala, baru 2 minggu kan...tu pun nak kecoh ke..huhu]

Dah lame tak bergambar.. xoxo
Pada mulanya kami nak pegi meronda-ronda cuci-cuci mata kat 1 Borneo je memandangkan kat situ je yang paling dekat dengan rumah kami. [dalam 15-20 minit je]. Pusing punya pusing cari tempat nak parking kete,semua full, dari bawah, sampai lah kat tengah (yang mahal sikit tu) ..then beratur lak naik tingakt atas. Lame gak jem, aku pun dah rase malas nak jalan 1B, Aku ajak hubby balik je lepas beli lauk kat tepi jalan sulaman tu. Hubby gelakkan aku, dia cakap baru je keluar takkan dah nak balik. Takpelah jom kita g jalan kat Suria Sabah lepas tu baru g beli lauk nak tak. Hehe. Kalau ikutkan aku memanglah tak nak balik je, tu cuma ayat merajuk sebab orang ramai sangat pegi 1b hari ni sampai cark park pun dah full. Ntah ada ape lah sampaikan ramai sangat orang.

Lepas tu kami pegi Suria. Pun ramai gak manusia kat sana. Cari parkir sampai ke tingkat 7. Nasib baik kete auto. Kalau manual, kesian hubby mesti lenguh2 kaki die hehe. Aku biaselah, tukang cari parking hehe. Kadang2 hubby cakap aku ni JPJ tak bertauliah. Kesian kat aku. huhu..

Masuk je dalam Suria, mata aku dah melolong kat butik carlo rino. Ish3x, nasib baik bukan time gaji, kalau tak maunye aku pegi sambar handbag lagi hihi. Voucher 30% staff price yang wife shahidan bagi pun belum pakai, time tu lah nanti aku nak beli handbag, tak pun kasut. hehehe,,

Hubby ajak masuk kat butik padini, "window shopping je dulu katanya. Gaji baru boleh menyambar mane2 yang patut". Ok sayang. :) [dalam hati..aduh same je shopping sekarang atau time gaji..,xpelah,dah hubby ckp camtu kita ikut je..]

Pas satu, satu kedai kami jelajahi. Dah macam pelancong pulak kami time tu. Kat kedai2 pun banyak buat sale. Aduh godaan..godaan,,sabar2..

Turun kat Groundfloor, aku nak cari Hot & Rolls.. Tapi takde pulak. Ingatkan ade. atau mata aku yang rabun tak jumpe. hmmm..nak beli air yoyo pun dah kurang yakin, sebab pegawai aku ade cakap air tu belum lulus sijil halalnye lagi. So untuk selamat, aku tak lagi minum air  tu. Kemudian kami singgah kedai big apple donut. Beli 3 bijik, wat hilang terliur aku. Faveret katekan. Nak2 yang cheese tu..aummss..wajib beli if jumpa kedai donut tu. [oh ye, dah 5 hari aku stop diet, esok sambung diet balik.saje bagi badan ni rest sikit..] ngeee~hubby ajak makan kepci..sbb mekdi x de kat suria.pastu tukar plan nak g makan kat restoran Tiara kat Alamesra.

Naik balik tingkat 2, hubby ter-shopping, hasil godaan aku. ngeh3..err bukan ntuk aku ye.please..untuk dia la. Aku tak suka sangat beli baju aku sendiri if hubby ade. Aku tak tau nape. kalau temankan dia cari baju dia xpe..aku suka..mebi sebab aku tak suka dia tunggu aku pilih baju,,,lama..huhu..kesian dan malas dengar dia membebel..keh3x..Nak senang mintak duit siap2, pastu keluar beli ngan kawan2 aku. geng syopping aku biasenye  rambo ngan kak ika. kadang2 ngan yah. Tapi kak ika sekarang dah pregnant anak ke-2, segan lak nak ajak dia keluar. Takut dia penat. =)

Ni lah hasilnye..

hasil tangkapan

Hubby belanja diri sendiri..hehe
Promoter tu cakap, hari ni last promosi tu. Buy 2, Free 2.. Mana2 harga pun tak pe,,Yang ni dia kira harga yang paling tinggi. Sehelai baju tu RM99.00 (yang ni pun maling murah..nk clear stock mungkin..) dan topi tu kalau x silap aku rm69.90 . yang dikira 2 helai je baju tu. Yang lain free. Best kan...Kalau nak sedapkan hati, 3 helai baju + topi = RM50 setiap satu. hahahhaa...

Murah ke? Ntah la, aku tak suka hafal harga-harga barang ni. Tapi hubby suka. Mana2 pun dia beli je. Bukan pentingkan jenama sangat pun, janji selesa.

#Seronok shopping ngan hubby..seronok tengok dia pilih baju..lagi seronok kalau dapat belanja dia..tapi nak wat camne..ayg tak mampu la sayang...huhu...insyaallah kalau ade rezeki lebih besok2 ayg belanje ye..hihihi...#



Saturday, 15 December 2012

It's Saturday

As-salam.

Pagi sabtu yang indah, tapi aku pula yang bermuram-durja. Hubby duty hari ni. Lama gila dia tak duty, dalam setahun kot. Yelah tu rezeki namanya. Bukan dia mintak untuk tak duty pun. Dah kapal kat Johor. Sekarang kapal dah balik ke k.k, kenalah duty macam tahun-tahun sebelum ni. Silap-silap haribulan, kena belayar jauh-jauh pulak. Pastu aku kene tinggal sorang-sorang macam hari ni gak. Aduiii. Tension-tension. Sabar je lah. Huhu.
hubby dan kawan2..kredit to puan peyha

Hmm. Bangun pagi tadi, aku sakit perut nak uk-uk. baru aku teringat yang aku dah lama tak membuang. Dalam 3-4 hari kot. Ya allah seksa yang amat. Tuhan je tahu camne rase. Sekarang ni aku tak boleh buat ape pun. Just rehat-rehat, nak bangun pun malas. Sakit. Huhu. Jap lagi nak buat air sunquick. Nak minum. Aku tau aku memang ade masalah sembelit. Walaupun aku dah makan sayur-sayuran, buah-buahan dan minum air yang secukupnya pun, tetap jugak sembelit. Sebulan ni memanglah aku berdiet, buah aku memang tak ambik. CUma kadang-kadang je la ada gak aku ambik. Tu bukan sebab kenapa aku jadi sembelit. Dah memang badan aku macam ni. Nak wat camne lagi. Diet bukan penyebab sembelit ok. huhu.

Malas dah nak membebel pasal diet kat sini. Nak tido dah tak mengantuk. Rehat2 tengok cite kat HBO lagi best. Baju keje aku dan hubby dah siap basuh. Tinggal nak iron je petang nanti. Tengahari sikit ingatnye nak cuci petiais. Dah lama rasanya tak cuci. Last cuci pun 2 minggu yang lepas. Pemalas tak? hehe . Ok la tu dari tak cuci langsung kan. :P

Oh lupa pula, tadi sebelum hubby g keje, sempat pulak dia pesan kat aku. nanti lipat kain ye. err.. bukannye banyak pun. ade lah separuh bakul yang aku angkat malam tadi. Tu pun dia dah tolong ingatkan. Dia memang tak suka tengok aku bermalas-malasan. Dan tak suka aku tangguh-tangguh kerja. Terutamanya bab lipat kain ni. Hehe. Yelah, aku pun semak mata tengok kain tu berlonggok je kat situ, apetah lagi hbby. hihi. Ok lah sayang. Apa-apa sajalah untuk abang. (nak cari pahala lebih kan..kenalah taat pada suami. ) .. :)

ok lah, makin lama aku bukak laptop ni, lambat siap lagi keje-keje rumah aku ni. Ok bai. Selamat berhujung minggu,, mmuaaahhh..~




#tak sabar tunggu esok..#

Thursday, 13 December 2012

Maaf, bukan aku orangnya.


As-salam.

First of all, aku nak mintak maaf banyak-banyak sekiranya sesiapa yang akan terasa hati dengan entri aku kali ni. Aku tak berniat nak menyinggung perasaan sape-sape pun. Cuma luahan hati sahaja.
Alkisahnya begini, malam tadi. Lepas potong kuku en. suami, aku buka laptop dan bersandar pada sofa yang dia duduk. masa tu dia tengah tengok cerita kat TV. Tengah aku syok-syok baca status-status orang kat Facebook, ada lah seorang hamba Alah s.w.t ni tegur aku kat ruangan sembang (chat) .

 Aku sedikit terkejut kerana sebelum ni aku jarang sangat chat dengan budak tu. Merujuk kepada last conversation pun setahun yang lepas. Dalam hati ; emm..lama sangat kot. Ade ape la dia ni tiba-tiba je message aku kan. Mula-mula aku pelik, tapi aku tak de lah sampai tak nak balas mesej budak tu. Nanti dikatakan sombong pulak. Aku balas je lah, mungkin dia ada nak tanya apa-apa pasal kerja. (Budak tu dulu dia kerja kat k.k jugak, tapi sekarang budak tu dah balik semenanjung aku tak pastilah dia dah berhenti ataupun tukar kerja lain).

Lepas je tanya-tanya khabar, budak tu cakap. Nak mintak tolong sikit, boleh tak? [masa ni aku dah rasa semacam, tapi aku buat biasa je] aku cakap ape dia, kalau boleh tolong sy tolong kalau tak, tak lah. Dia balas dengan sepantas kilat. Dia nak pinjam duit dengan aku sebanyak RM100.15 haribulan ni dia bayar (sabtu ni) .Dia cakap dia terdesak. Aku terdiam. Terus aku tunjukkan mesej tu kat en suami. En Suami senyap je dia. malas ambil tahu mungkin. memang perangai en suami macam tu. Jarang sangat komen lebih-lebih kalau aku cerita apa-apa kat dia. Dia malas masuk campur sangat hal aku dengan kawan-kawan aku, sebab dia yakin aku boleh selesaikan sendiri. (Paling kurang pun dia membebel kat aku je hehehe)

Aku tanye balik kat diri sendiri, kenapa aku? kenapa bukan orang lain? orang lain dah tak percaya kat dia ke? atau aku mangsa malang yang seterusnya? haha. Oh tidak lah. Dia tak kenal aku. Sorry to say lah. Kalau bab-bab duit ni aku memang berkira sikit. Alah, rasanya bukan aku je yang jenis berkira, orang lain pun sama gak. Sape yang senang-senang nak bagi pinjam kat orang? Duit tu bukan senang nak dapat. Bukan jatuh bergolek depan mata, Bukan boleh petik kat mana-mana. Kita kerja, hasil titik peluh sendiri. Kerja untuk mak ayah, untuk bantu keluarga. Dia? Ada kita tahu apa dia buat dengan gaji dia?

Mungkin kali ni dia betul-betul terdesak dan boleh kita bantu dia, tapi adakah kita yakin dia akan bayar balik? Aku dah pernah terkena sekali beberapa tahun yang lepas. Dengan budak-budak kat sini juga. tapi tak nak la aku bagitahu sape. Masa nak pinjam bukan main manis lagi mulut, bila time bayar betul-betul kurang ajar.(tu pun setelah masa yang dijanjikan nak bayar, tapi boleh lak buat-buat lupa, tunggu orang mintak dulu),  Macam aku pulak yang meminjam dengan dia.

Sakit hati betul bila diingat-ingat balik. Yang paling aku panas hati bila dia boleh baling je duit dari rumah dia tingkat 2, masa tu bf aku (en suami aku) yang ambil sebab aku malas dah jumpa muka budak tu. Dan of course budak tu lelaki. Macam bangang pun ade, duit tu bukan untuk dibaling-baling. Duit tu rezeki Allah s.w.t yang bagi. TERSANGAT kurang ajar jika baling-baling macam tu. Dasar tak sedar diri. Dah lah pinjam duit orang, buat macam tu pulak. Lepas tu haram lah nak bagi pinjam lagi kat sape-sape lagi. SERIK. malu aku dengan en suami, dengan perangai kawan macam tu. nasib baik en suami jenis pandai pikir pakai otak, malas layan sangat benda remeh temeh camtuh. Buatnye en suami jenis panas baran tak bertempat, memang kecoh la jawabnye. huhu

Last sekali, pandai-pandailah manage duit sendiri. Orang lain pun ada komitment jugak. Ada mak ayah jugak yang nak tanggung. Macam aku sekarang, walaupun aku ade gaji, duit gaji aku en.suami suruh simpan. Sebab dia mampu sara aku lagi. Bukan untuk dibelanjakan sesuka hati. Untuk mak ayah ngan adik beradik kat kampung takpe, but untuk orang lain memang tak lah. Semua tu simpan untuk saat-saat kecemasan. Mana nak korek? aku bukan orang senang.

Buatnye tetiba aku kena balik kampung last-last minit. Masa tu lah nak pakai banyak duit. Lagipun kami laki bini ni mane ada kad kredit. Memang susah jugak, tapi nak buat camana. Baru ni aku ade mohon kad kredit bank rakyat dengan slip gaji aku (slip gaji lama ). Tapi tak lulus. Mungkin masa tu gaji kecik, aku pun ada loan kereta. Mungkin sebab tu permohonan aku kena reject. Tapi aku tak kisah, bersyukur pun ade. (takde lah aku gatal-gatal tangan nak swipe macam2 kan? haha.

Ok lah thats all. Kalau ada yang menyampah dengan post aku kali ni, aku mohon maaf banyak2. Ini hak aku, aku perlu pertahankan apa yang aku rasa jugak kan.


Peace....

Sunday, 9 December 2012

Resepi home made fish ball

home made fish ball dan sayur sawi
Kali ni aku nak share resepi diet kat korang mane tau ada yang tengah giler diet cam aku ni hak3. Lepas makan ni insyaallah tak rasa lapar (aku la..orang lain tak tahu lak, kena try dulu baru tau okeh.)

bahan-bahannya :

Resepi fish ball
1) 5 ekor ikan (tak kisah ikan ape2 pun, aku pakai ikan kembung saiz kecik)
2) 1/2 sudu kecik mayonis (sikit je)
3) 1/2 sudu serbuk lada (sikit je)
4) 1/2 sudu lada htam tumbuk halus (sikit je)
5) 1 biji telur dan secubit garam.

cara-caranya :
1) rebus ikan (just ikan n air je)
2) bila ikan dah sejuk, buang tulang..lenyek2kan dalam mangkuk..campur bahan 2,3,dan 4..dan secubit garam
3) bentukkan bulat2..
4) celupkan dalam telur sebelum goreng dlm minyak panas..aku letak 2 helai daun kari..saje nk bg bau wangi ckit..

Sedia untuk dimakan. Sayur tu aku just rebus dengan lada hitam dan letak garam secubit je. terus makan dengan lahapnye. hehehee..




Good luck...~ bye~



# update berat : 64.2kg#

Saturday, 8 December 2012

Kisah Jump Rope

kawan baru
Adeh. Lupe pulak nak ambik gambar dvd zumba yang aku beli skali ngan jump rope (JR) ni. Takpelah, bukan ada yang menarik sangat pun pasal dvd zumba ni, nantilah aku citer kat next entry ye darling.

Hari Khamis haritu (6/12/2012) aku hantar ensuami naik transport jabatan di depan gate apartment bandar sierra cz diorang suruh berkumpul kat situ untuk ke airport, (sedih : ensuami outstation for a week) Lepas tu aku ke pejabat, sebelum tu singgah di Giant kolombong sebab aku dah lama nak beli JR dan jugak DVD Zumba. Nak exercise kat rumah la konon. Hehehe.

JR ni aku beli di cosway (tetiber jadi kedai fav aku kalau ke giant kolombong ni) dengan harga member, RM19++ kot. Cepat tak aku ni nyanyuk? Cepat kan. Huhu. Memang dah jadi perangai aku, tak suka hafal harga barang. Nak wat camne lagi kan. :P kemudian singgah kat kedai DVD.. aku beli DVD zumba dan dvd istanbul aku datang (BEST tau), kedua2nya berharga rm8 total rm16 ye. Yang ni aku ingat coz slalu sangat beli kat situ/ ngehngehngeh. :)

Balik dari keje petang tu, aku terus main JR. Bukan senang rupenye. Kena buat dengan penuh kesabaran. Berpeluh2 badan aku, main kejap je dekat 15 minit. Tengok kat bacaan JR tu, aku dapat buat kira-kira 200 lompatan. Patutlah badan aku berpeluh-peluh. Keesokkan harinye (jumaat) aku g keje macam biase je, takde rase sakit2.

Bangun pagi tadi..Kaki aku sakit sangat. Sakit kat bahagian belakang betis. Nak jalan pun sampai terhenjut-henjut. Tak sah lagi kesan sampingan dari 200 lompatan aku tu mula terasa. Weh lame gile kot baru terasa? (JAkun!!) he he he..

ensuami call tanye khabar cam biase la citer tu citer ni. aku tak pandai nak sorok pape kat die [lagipun takut kat die, if tak citer awal2..soon kalau die dah tau aku pulak yang kene marahnye..] aku citerla yang aku sakit kaki men JR. Die bising,

ensuami : mane tau ntah2 dah ade..cik P lom datang kan?
aku: aah..ok ..sorry..next tyme x buat lagi..nak joget sikit2 je depan tv..
ensuami : yelah..sikit2 je ok..
aku : ok..

Nak joget2 konon. DVD zumba yang aku beli tak bukak2 plastik pon lagi ..hehe.yang istanbul aku datang dah tengok ,best ...x rugi beli..ritu aku dah ajak ensuami g tgk wayang, die tak minat sangat cite2 jiwang2..kalau yang lumba2 kete..moto..silat...gusti..tomoi..laju je ngajak aku..aku ingatkan die memang taknak dah tengok wayang..rupenye sangkaan aku meleset coz hari ahad minggu lepas die ajak aku tengok citer Sepah The movie..aku ingat lawak sangat..rupenye ade main motocross..patutlah dia beria2 nak pegi tengok.. huhu..dah name pun lelaki kan.. :)

Mood diet semakin melonjak2 bila bacaan scale aku pagi tadi dah menjejakkan kaki kepada 64.3kg..fuh..tak sabar! !!!!tak sabar!!!! tak sabar...!!!!!!!!!!! tak sabar nak ke 5 series!!! (iklan istanbul aku datang jap)


Wish me luck ye darl...till then bye..~ mmuahhhhhsss.............



Tuesday, 4 December 2012

# DAY 2 - My DIET progress #

meh nak tunjuk hasil bacaan scale aku pagi tadi (dalam pukul 9.00 pagi, coz baru bangun hehe..)

Penimbang(scale) ni aku beli kat cosway taman petrajaya, telipok je..
Jenama : Body Analysis Scale (Health Club)
Harga sebenar Sabah (RM189.00)
aku beli pakai member price kawan aku : RM88.90 je..

bacaan 1
 Bacaan 1  (hasil bacaan aku refer jadual rujukan yang ade dalam kotak scale ni je..)
F (Fat @ lemak dalam badan) = 28.8%  [Healthy 21-32]  -dah ok...cuma nak kurangkan lagi..
W (Water @ air dalam badan) = 43.4%  [Normal >54%] - aku kurang air lagi...
Berat = 65.8kg
*nampak tak ade logo orang kat kiri kaki aku tu, sebelah berat,dan bawah F.. TU TANDENYE AKU NI DALAM KATEGORI LEBIH BERAT...hehe*
bacaan 2
Selepas 3-4 saat, paparan scale aku akan tunjukkan bacaan 2.

Bacaan 2 (hasil bacaan aku refer jadual rujukan yang ade dalam kotak scale ni je..)
M (Muscle @ Jisim otot badan) = 57.8% [Normal >33%] ok kot...
B (Bone @ jisim tulang badan) = 2.1 [Normal >1.8] ok kot...
Kcal (calories @ penggunaan tenaga dalam sehari) =1471 kcal [Normal 1125-2700] ok kot..

yang aku ok kot..ok kot..tu aku tak bape sure..sape yang tau...tlg komen...doctor2 ke..nurse2 ke...hehe...tq..


Ni pulak senarai menu yang aku ambil :-


1) Breakfast  (09.00 pagi)
- roti 2 keping (HARAM ATKINS)
- 1 sudu kecil mayonies
- 1 biji telur grill tanpe minyak
- Air masak 2 gelas

2) SNACK (11.00 pagi)
-air mineral 2 gelas

3) LUNCH (1.30 petang)
- 2 ketul isi ayam (asalnye kari ayam, tapi ayam tu aku ambil dan basuh dulu, baru makan)
- 3 hiris timun batang ( timun batang tak elok untuk diet atkins)
- 1 batang kacang botol ( kekacang tak elok untuk diet atkins)
- 1 sudu kecil mayonies ( tak elok jgk, coz pagi dah ambil)
- 1/2 sudu kecil cheese

4) SNACK (4.30 petang)
- 1 gelas air masak
- 1 biji cucur adabi (coz terliur sangat en suami duk makan)

5) DINNER (7.30 petang)
- 2 ketul ayam bakar
- 3 gelas air masak


okbai......






Kisah aku dan diet

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Alhamdulillah, hari ni aku masih lagi berpijak di bumi Allah s.w.t dengan sihat walafiat. Yang paling bestnye hari ni aku tak kerja (off-duty). aku nak share pasal diet aku lah..ape lagi kan.. ;P ..

Kan aku ade post pasal diet aku minggu lepas , 26 november 2012 , masa tu jadual aku setakat 26hb tu je, keesokan harinye ,27/11/2012 aku dapati bacaan berat aku adalah 64.9 !!! happy giler aku time tuh...eksaited punye pasal sampaikan aku rase nak update status kat FB je tapi aku tak wat pon segan dowh...haha.. Tapi langit tak selalunye cerah..panas tak semestinye tak hujan (mane datang pepatah ni..hentamm saje lah.) Petang tu pas balik keje kawan aku, ayu & laki die ayie..ajak aku ngan en suami g makan ikan bakar kat k,k..aduh..nak tolak pun serbe salah.

Ayu ngan ayie + baby diorang aiman, datang umah aku hari ahad lagi.dia ada kursus kat mmea hq sabah sekali ngan aku pada isnin tu..diorang duduk umah aku sampai pagi rabu, cz rabu tu diorang dah nak gerak g kundasang plk. Dengan rase tak sampai hatinye aku ikut diorang lah.

Malam tu aku makan ikan bakar,ade sos perencah ikan bakar, sotong bakar, sotong goreng tepung, udag kara besar tu,.nasi...dan juga buah durian..masa nak makan tu aku nak tak nak je tapi bile stat makan tu malas pulak nak berenti. Terus makan je lah..huhu..nah layanlah gambar2 ni...
sile fokus kat makanan ye.. :)

muke x sabar nak makan..huhu

durian kat bawah jambatan sebelah servey KK


Kemudian hari rabu pulak tu aku berenang kat kompleks sukan likas dengan kawan-kwan pejabat, mase berenang tu mata aku sakit sangat disebabkan air kolam yang mungkin mengandungi klorin (mungkin) . Sebelum ni pun aku dah biasa berenang dengan tak pakai gogle. Tapi hari tu je aku rase pedih2 mata. Kawan-kawan aku pun cakap macam tu jugak. Dah nasib nak pedih nak wat camne kan. Malam tu aku rase xsedap badan je mungkin aku akan demam. Jangkaan aku betul coz malam tu aku batuk tak henti-henti. Tapi nak dijadikan cerita, petang rabu tu lagi en suami bawak balik 2 biji buah durian secara jujurnye aku pun makan tanpe rase bersalahnye. Bila dah demam macamane nak makan ubat lagi.

Khamis -  badan sihat sikit. Aku masih keje coz minggu tu ade pihak audit kat pejabat, nak tak nak keje jgk cz nanti ssh plk nak menjawabnye. Lagipun aku malas nak ambik m.c ..lagipun badan aku agak kuat (ecveccecee).. :P petang tu lagi skali en suami beli durian. dengan beras pulut sekali. Ktanya nak makan pulut durian. Aku pun join sekaki terliur punye pasal. Demam dan diet diketepikan haahhahaaa...

Jumaat - batuk dan demam masih berleluasa. Aku nekad malam tu x leh dah makan durian,Kang nanti makin lemah badan aku ni kalau x makan ubat. Malam tu terus makan ubat panadol, antibiotik ngan ubat batuk. Ubat2 tu ambik yang en suami punye. Die baru je lepas deman minggu lepas.

Start hari selasa-ahad (2/12/2012) aku memang ambil nasi dan air yang bergula. Cuma aku kurangkan kuantitinye. tu pun berat aku masih naik dengan jayanya. Dari 64.9kg - 66.5kg (AGAINNN) ..

Aku tension balik ngan berat aku tu. aku kembali positifkan minda aku, diet ni takkan menjadi kalau aku tak bukak group fb Kelab Diet Atkins (KDA) tu. So hari-hari dan boleh dikatakan aku memotivasikan diri aku dengan geng2 kelab tu.

Alhamdulillah aku dah start balik diet aku semalam dan hari ni. Harap-harapnye aku berjaya. Target aku kali ni aku nak score 60kg dalam masa 10 hari. berat aku pada mulanya 66.5kg pada isnin (3/12/2012)..agak2 berjaya tak..insyaallah..doakan aku ye.. :)


  
Aku punye result



ok bai.... :)










Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016