Tuesday, 27 November 2012

MENU ATKINS DIET


Antara makanan2 yang halal DALAM ATKINS DIET..


MENU PALING SELAMAT (MAKAN SAMPAI PENGSAN PUN BOLEH..HEHE)


  1. TELUR
  2. IKAN
  3. AYAM
  4. LEMBU
  5. KAMBiNG
  6. PUYUH
  7. UNTA
  8. UDANG
  9. MINYAK SAWIT
  10. AIR KOSONG SETIAP 25KG BERAT = 1 LITER [kalau aku, 67.8kg = kene minum dalam 4liter sehari]
  11. BUTTER
  12. MAYONIS(CARB PALING LOW, 1 SUDU SEHARI SUDAH) (oo..baru aku tau..hehe)
  13. SATE BUATAN SENDIRI(NO SUGAR) 
  • MENU KENA HATI-HATI(BOLEH MAKAN)
  1. SAYUR
  2. GARAM
  3. BAWANG
  4. KUNYIT
  5. CILI
  6. SANTAN ORIGINAL
  7. REMPAH BELI KAT KEDAI (SANGAT TAK DIGALAKKAN)

TIDAK DIGALAKKAN(SLOW KAN PENURUNAN)
  1. SEGALA JENIS FAST FOOD, PROCES FOOD



PALING TAK SELAMAT(HANCUR KETOSIS)
  1. SATE BELI KAT KEDAI
  2. GULA
  3. TEPUNG
  4. NASI
  5. BUAH
  6. SOS
  7. SUSU


KALAU NAK SELAMAT...IKUT YG PALING SELAMAT...

Monday, 26 November 2012

Atkins Diet - Cara paling berkesan untuk kurus dengan cepat dan percuma



Alhamdulillah, dengan ini aku mengisytiharkan bahawasanya aku adalah seorang pengamal DIET ATKINS. :) . Mungkin ramai orang mencebik, dan mengutuk aku, tak kurang juga yang merendah-rendahkan aku, tapi.. (ade aku kisah?) namun buat ape aku nak pedulik. Yang penting aku sedar sape diri aku. Aku nak sihat. Nak lebih bertenaga. Dan yang paling penting, nak balik seluar keje akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...huhuhu...

YERRRRR,,,..tu lah masalah besar yang aku hadapi sekarang. Orang yang tak tahu boleh lah cakap, ala..ko bukan gemuk sangat..bukan obesiti pun..watpe susah2 diet.. [tak kisah lah ko nak bermuka2 ngan aku pun] ...Janji aku dapat pakai seluar keje aku tu dengan selesa balik..

Serius..seluar keje aku memang ngam2 ngan pinggang aku. Seluar tu jenis ade getah, masalahnye dah penat aku tarik2 bagi longgar, tapi malangnye seluar aku pon berlagak ngan aku. Jadi sekarang ni bila aku nak pakai seluar, aku terpakse bukak sedikit zip tu..(sungguh memalukan..isk3x)

Nak tak nak, aku terpakse lah kurangkan berat badan aku ni dengan bersungguhsungguh..Tanpe mengharapkan mane2 produk. Aku bukan cerewet memilih..Cume aku dah tak percaye kat mane2 produk pun (buat mase ni)..Harap2nye berpanjangan lah. Sebelum ni aku pernah cuba beberapa produk untuk kurus, namun semuanye hampeh je.. Merugikan.

Apa itu DIET ATKINS..??

Ni jawapannye..korang baca lah sendiri.. Malas aku nak copy n paste. :D

Gambar kat bawah ni result cabaran 10 hari yang aku join dengan member2 ATKINS..
Alhamdulillah..aku bersyukur.. :)

Walaupun x turun dengan banyak, tapi aku tetap bangge cz selama ni aku nk turun, x penah2 turun..naikk je keje ko ni berat..hehe..


klik untuk tumbesaran

Lepas tengok jadual kat atas tu, kalau korang nak tau selame 8 hari lah aku x makan nasik..hehee...
Percaya atau tak...jangan la pecaye sangat..hehe..coz aku dah ter-durhaka iaitu telah memakan dalam 10 sudu nasi pada hari jumaat baru-baru ni secara tak sengaja..Tu sebab nak ambik hati mak kawan aku sbb dia jemput aku makan..huhu.. :( ..dan sebagai backup balik,, aku terpaksa jogging kat kompleks sukan likas sebanyak 2 round..dan keesokkan harinye aku berenang selama lebih kurang 1 jam lebih..Kalau x mampos ....huhu..kalau korang peratikan jadual aku kat atas tu ade yang berat aku naik sebanyak 0.1 gram pade 24 nov 2012...haa yang tu la effect dr aku termakan nasi sebanyak 10 sudu tu..Menyesal...huhu...

Sebenarnye target aku nak turunkan berat daripada 67.8kg kepada 65 kg pun dah ok kot.tapi hari ni hari ke-8 aku dah turun sampai 65.3kg..tinggal 2 hari lagi nak habiskan cabaran ni...memang tulah pencapaian terbaik aku dalam sesi diet-mendiet ni hehe...

Next entry aku citer balik ape menu2 diet yang aku makan. :)..insyaallah..


:)










Thursday, 22 November 2012

Khasiat TELUR - WAJIB BACA [from FB ATKINS]

Info yang sangat berguna..Aku copy bulat2 dari fb ATKINS.Semoga bermanfaat.. :)


khasiat telur


Sebiji telur juga mengandungi :

  • 0.7 mg zink
  • 1.2 mg besi
  • 5.5 mg magnesium
  • 16 mg inositol
  • 27 mg kalsium
  • 76 mg potassium
  • 253 mg choline
  • 100 mg fosforus
  • 590 unit vitamin A



Selain daripada yang disebutkan di atas, telur juga mengandungi :
  • lecithin,
  • tryptophan,
  • pyridoxine (B6),
  • biotin,
  • asid folik,
  • riboflavin (B2),
  • thiamin (B1),
  • asid pantotenik (B5),
  • selenium,
  • asid amino,
  • methionin
  • cystin.

Telur ayam adalah satu-satunya makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, whey dan soya.
Sebab inilah, telur boleh dianggap sebagai makanan yang ideal untuk setiap orang. Sumber-sumber proteinnya mencukupi dan nisbah sumber-sumber galiannya juga telah cukup sempurna untuk tumbesaran.


Kita sering mendengar tentang hubungan kolesterol jahat dengan telur. Adalah diakui bahawa kandungan kolesterol di dalam sebiji telur sangat tinggi, iaitu 275 mg. Tubuh badan kita memerlukan kira-kira 800 mg kolesterol sehari. Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolesetrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung.


Seseorang yang tidak memakan telur atau daging mungkin akan mengambil kira-kira 200 mg kolesterol sehari. Jika dia mengambil susu skim dan Margerin sayuran, jumlah pengambilan kolesterolnya rendah, iaitu antara 100-150 mg sehari. Jumlah kandungan kolesterol dalam telur belum dapat dibuktikan lagi mudaratnya. Tambahan pula, badan manusia akan membina kolesterol ini lebih kurang 1-2 mg sehari (kira-kira 4-8 biji telur). Semestinya, kolesterol (jika tidak diambil berlebihan) bukanlah bahan yang perlu ditakuti, tetapi sebagai sumber yang perlu untuk pertumbuhan badan dan membantu mengukuhkan lagi sistem ketahanan badan.


Makan telur semata-mata tidak akan menyebabkan kita sakit jantung tetapi kemungkinan besarnya adalah disebabkan oleh diet yang tidak seimbang atau tidak ketentuan kandungan dan masanya. Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur.
Zat-zat makanan seperti vitamin C, niasin, magnesium, zink, kromium, lecithin dan beberapa faktor lain seperti karbohidrat serta senaman yang kerap boleh mengekalkan tahap kolesterol pada kadar yang seimbang dengan menggunakan badan dan mengelakkan daripada penyakit atherosclerosis, di mana pembuluh darah tersumbat dan menimbulkan berbagai kesulitan.


Tahap kolesterol dalam darah menjadi tinggi mungkin disebabkan oleh diet yang kebanyakkannya terdiri dari makanan ringan yang telah diproses (refined junk food). Dari beberapa kes klinikal, didapati pesakit-pesakit ‘rheumatoid arthritis’ memerlukan dua biji telur sehari dan kebiasanya, pesakit-pesakit ini tidak suka makan telur. Mereka yang menghidap ‘hypoglecemia’ pula memerlukan lebih banyak telur sebagai pengalas perut.


Choline di dalam kuning telur juga diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak! Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.


Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah. Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur juga menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.


Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati :
Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini.
Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44%!


Tenaga tambahan
Bagi pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, terlebih dahulu harus diuji untuk mengetahui kandungan zink di dalam badan, lebihan kuprum dan spectrum lipid dalam darahnya. Pesakit ini adalah dinasihatkan supaya mengambil diet makanan yang bersesuaian. Orang yang tidak makan telur juga mungkin masih menghadapi masalah kolesterol kerana kolesterol masih boleh terbina dalam arterinya.


Oleh itu, makanlah sebiji atau dua biji telur sehari, sebagai sumber makanan yang seimbang dan murah, kecuali mereka yang menghadapi penyakit jantung yang berisiko tinggi. Selangkan 2-3 hari mengikut Menu Pusingan. Bagi mereka yang hanya makan sayur (vegetarian), telur merupakan sumber bagi vitamin B12 yang hanya boleh didapati daripada haiwan sahaja.


Bayi yang berumur 6 bulan juga boleh memperoleh dos zat besi dan sulfur daripada telur. Bayi memerlukan bahan-bahan ini kerana kandungan pada susu adalah sedikit. Walau bagaimanapun, terdapat bayi yang kurang 12 bulan mengalami alahan telur. Ibu-ibu boleh berikan sedikit telur sahaja kepada bayi untuk melihat sama ada bayi mempunyai alahan atau tidak. Sekiranya bayi/anak anda ada alahan telur:-
-Elakkan memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (walaupun kandungan telur adalah sedikit tetapi boleh menyebabkan reaksi yang teruk)
-Baca dengan teliti label makanan dan elakkan yang ada telur
-Rancang langkah kecemasan sekiranya mengalami reaksi alahan
-Bawa bersama ubat ‘EpiPen’ ke mana-mana, jika ada
-Pakaikan gelang yang ada ‘medi alert’ di pergelangan tangan anak
-Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak
-Minta nasihat doctor mengenai reaksi alahan apabila menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella).

Telur tidak boleh disimpan lama atau disimpan di tempat yang panas kerana sulfur yang terkandung di dalamnya akan menjadi rosak dan akhirnya busuk. Kita memerlukan sulfur dan bahan-bahan lain seperti selenium untuk membina kulit, rambut, kuku dan juga membina asid-asid amino dalam sel-sel otak dan untuk membina unsur-unsur garam sulfuric dalam sendi-sendi tulang.

Telur boleh dimakan semasa sarapan pagi dalam bentuk separa masak. Jika direbus keras, lechitin akan rosak. Menggoreng telur pula akan meningkatkan kalorinya dan merosakkan lecithin. Walau bagaimanapun, memakan telur masih merupakan satu cara yang baik dan murah untuk kita mendapatkan tenaga tambahan dan keupayaan berfikir.


Demikianlah dalil-dalil yang menunjukkan tentang kebaikan telur. Ia merupakan anugerah Allah yang istimewa kepada manusia.


Sharing is caring...[mula2 aku pun boring gak bace banyak2...tapi bila baca betul2..menarik rupenye info2 ni..]


Wednesday, 21 November 2012

Wordless Wednesday

Credit To : Budiey.com

Neelofa
Ni adik lofa..

Neelofa
Cantiknye Lofa... :)


 Angan2 ku..Nak badan cantik cam neelofa... :P .haha.. 

Impian... haruslah menggunung...

Bye!!


:)






Tuesday, 20 November 2012

TIPS MUDAH URUSKAN KAIN BAJU KAT RUMAH

FROM : GOOGLE

Aku bukan seorang yang rajin..tambah2 bab2 lipat melipat kain baju ni...so aku cuba lawan kemalasan aku tu dgn buat cara aku sendiri..Ni tips aku... kalau korang nak ikut..silakan..kalau x nak ikut pun x pe.. :)

Sebelum basuh pakaian

1) aku terbalikkan dulu agar bahagian dalam berada kat luar..[sume org buat kan..]
2) asingkan baju dan seluar. asingkan juga baju2 dan seluar2 kecik ko dan laki ko tu..[yang baju2 kecik ni basuh tangan je lepas mandi..bukan banyak pun kan.. :) ]
3) basuh seluar dulu..dah siap baru basuh baju..

Masa nak jemur 

1) Gunakan penyangkut baju (hanger) untuk mempercepatkan pengeringan..
2) susun elok2 , letakkan kain yang agak tebal kat depan baru cepat kering..

Masa nak angkat

1) Angkat satu2..Terbalikkan semula baju / seluar korang siap2..[supaye senang]
2) simpan dalam bakul..
3) gantungkan siap2 mana2 baju yang korang nak gantung dalam almari..[kalau aku, en suami x suka aku lipat baju2 t-shirt dia..dia suruh gantung je dalam almari pas basuh..kat rumah  aku memang banyaakk sangat hanger...kekekkekee] tapi baju jersy,futsal or bolasepak dia tu kena la lipat kan..

Masa nak lipat

1) Lipat pakaian en suami dulu..coz dia memang suka tanya mana baju tu. mana baju ni..so bila dah lipat siap2 senang la bila nak carinye..
2) Susun baju mengikut warna..
3) Susun baju mengikut jenis kain..
4) Baru la lipat baju kite sendiri..

Proses melipat kain yang telah diterbalikkan adalah lebih CEPAT dan lebih SENANG daripada melipat baju2 yang sedang berlonggok dan perlu diterbalikkan dulu...bagi aku, aku jadik lebih rajin melipatnye...konon2 ade mood la nak lipat cz x yah dah nk terbalikkan lagi..hehehheee...ni cara aku yang pemalas la...orang lain x tau lah...


Sorry gambar aku sendiri x de..

okeh...babai...

Monday, 19 November 2012

Kek puding caramel lagi



cantik tak....cantik tak? hihihi..
yang ni aku buat mase hubby takde bulan 9 lepas...skrg br sempat upload dlm ni..
kek ni aku guna resepi n step sama mcm resepi yang aku dah tempek sbelum ni..KAT SINI..
korang dah cuba ke belum?
cube la..mane tau berjaya..
aku doakan berjaya lah ye..

ape yang penting perlu diingatkan ,jangan kedekut ilmu yang ade..
insyaallah akan berjaya.. ;)
jangan jadi macam sesetengah orang tu,.
dah pandai buat kek n kuih cket...
terus je nak berlagak..
kalau sedap tak pe la,.
ye ye je dok puji diri sendiri...
cakap kek die sedap...huhu

OK lah..bye..wsalam... :)

Sunday, 18 November 2012

Nurul Anati Khalis

Alhamdulillah...pada 9 oktober yang lepas , mySIL dah selamat melahirkan anaknye yang pertama (post INI) dan telah diberi nama Nurul Anati Khalis Binti Khairul Adzwan.. Cantik kan nama..seindah maksudnya iaitu cahaya yang lemah lembut dan suci,,,kami laki bini pun ikut teruja dengan kehadiran keluarga baru dalam keluarga en suami. Lagi-lagi en suami..yang memang sukakan budak2..Nak tunggu baby sendiri belum ade rezeki lagi so tumpang baby kakak sendiri dulu la ye sayang.. huhu..

Ni beberapa pic Anati.

part aku paling geram...kat mata die...so cute.. :)

comel2...


mummy dan baba anati...

ni mase birthday baba anati..


  
Ni yang paling latest... 40 hari...aduiii geramnye che ngah tengok... :) 


Sorry kak...curi pic anati dan tempek kat dalam blog ni... :)

Pic Anati dalam fon Ayah ngah..
Tu che ngah copy dalam FB mummy anati je..
Mummy Anati x marah kan...
hik3x..

Sayang Anati...Muah3x.. <3







Saturday, 17 November 2012

Nak kurus..!!

Ceh...ko tulis banyak2 dalam ni kalau x de usaha mana nak jadi mek oi...
huhu....yela...aku tau aku gemok...dan bila dah gemok...memang susah la nak kurus balik..
Isk3x..tension giler...

Dulu ..(zaman anak dare)...berat badan aku ni susah sangat nak naik..kalau naik pun 1 kg je..dan kalau aku demam, or x lalu makan pun turun 1 kg jgk.. (jarang sangat x lalu makan..hehe..dasar kuat makan,) .Kalau aku makan nasi..memang orang tengok pun terkejut giler,,,Ade yang pernah cakap aku makan macam aku ni mem"bela" je huhu...seriusly aku memang suka makan..nak2 makan sekali adik beradik aku..4 kali tambah...(dengan muka ketat) ,,,bila diingat balik giler la aku if sekarang  aku masih amalkan makan dengan 4 kali tambah ..confirm2 berat aku mencecah 3 angka....(mintak jauhhh...huhu)

bulan 4 tahun 2007..masa ni sem 4..aku praktikal kat KADA K.bharu. ,pegi Cameron Highlands cz ada lawatan kerja kat sana..

Kurus x..? cekeding kan..masa ni 51-52kg..


Ni mase aku lepas habis latihan rekrut dengan TLDm, Hujung tahun 2008 , berat sebelum : 55kg, berat selepas : 53kg.

Punca berat badan x turun banyak sangat : penat sangat buat exercise, makan pun berselera la..huhu..
Jan 2009 , kat pusat latihan APMM kuantan..berat naik,,tp masih terkawal..55kg

Mula kerja..masuk unit baru..
April 2009, Ni mula2 aku duduk sabah..Festime dok cni so jejalan la cz jakun lagi...
Berat terkini : 57kg

April 2009, 57kg

2009, 58kg


Kawen...Februari 2011...dengan berat 60kg..

Bulan 7, 2012 ..berat?? 68kg...huhu

Siyes gemok.....menci.......huhu
Dah..dah..malas dah nak upload banyak2 pic gemok aku ni..
Tapi x pe..kegemukan ni mencabar aku supaya aku kembali kurus cam dulu2..huhu..
Dengan penuh semangat nak kurus (konon) aku google info2 menarik untuk kurus..kalau boleh aku nak cari yang KUrus TANPE menggunakan mane2 produk pelangsingan..

Yelah sekarang ni mcam2 ade susu kurus...losyen kurus...Kita x tau ape side effect nye kan..
so aku hanye pilih untuk diet tanpe produk..coz menjimatkan wang dan menyihatkan..Tapi
buat permulaan ni aku hanya minum teh herba orang kampung..teh ni kak ika yang bagi aku try..

teh ni ok la..tapi biase la, name pun teh herba..dah tentu2 lah x sedap kan..
Dan kesannye dapat dirasai selepas 6-8 jam..masa tu ko rase lah perut ko memulas,,,then legaaaaa...
Bagi aku, lepas minum teh herba,badan aku makin ringan..maksudnye sbelum ni macam2 aku rase..penat la...sakit urat la...biase lah kalau dah gemuk ni..toksin banyak kan..
Bila toksin tu keluar..baru lah lega...dan FYI, aku ni jenis susah nak uk2..asyik sembelit je memanjang walapun slalu minum air dan makan buah/sayur..aku pn x tau nape..

Dan yang paling menarik dan buat aku bertambah semangat nak diet bila aku jumpa satu group kat FB iaitu Kelab Diet Atkins [Malaysia] ....dan juga boleh refer kat blog ATKINS 
Banyak info2 yang berguna kat situ..

Kalau berdisiplin aku rase insyaallah berjaya...Masalahnye aku ni susah nak disiplinkan diri..huhu...xpe lah cuba dulu sedaya upaya aku kan...kekekekee.. :P











salam maal hijrah dan selamat pengantin baru

Khamis - 15/11/2012 -
cuti awal muharram..selamat tahun baru buat semua muslimin dan muslimat..pada hari baik dan bulan baik, rakan baik en suami iaitu shahidan (juga rakan aku) telah selamat di ijab kabulkan dengan pilihan hatinye Dayana.

Majlis akad nikah diadakan di rumah pengantin perempuan iaitu di putatan..sabah..majlis berlangsung sekitar jam 3 petang setelah tok kadi datang. yang x leh aku lupa pasal tok kadi tu yang lawak nak mampos..majlis meriah dengan lawak jenaka die je..huhu..ni aku sertakan beberapa gambar yang sempat disnap oleh en suami...kamera pink kami ada..tapi aku yang simpan dalam handbag.





Semalam-Jumaat-16/11/2012 ..
Sekitar majlis resepsi Shahidan..En suami jadi orang penting coz ditugaskan jadi pemandu pengantin..aku lak kene bawak dulang hantaran berisi handbag dan wallet carlo rino..Masa berjalan masuk ke rumah penantin, aku berdebar-debar coz jalan depan umah tu ada becak2,,so aku pegang kuat2 hantaran tu takut jatuh..alhamdulillah semuanya selamat.. :) Ni pic yang x seberapa sempat aku copy dari fb.. x sempat nak upload sangat coz aku ambik pic pun ngan fon en suami je. Pic dengan member lain ade banyak gak la..

Ni persalinan 1..Mamat yang berbaju melayu hijau tu kembar shahidan. Namanya shahidin. :)
Pic beramai2 ngan member2 keje en suami...err..gemok nye aku waaaaaaaaaaaaa

Cantik kan pengantin ni,,,Ni persalinan 2..

Ini lak bini azizul...namanya Fida.. cantik gak...putih melepak.. :)


Khas untuk pengantin baru...

"semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..."


aaminn..



:)




Tuesday, 13 November 2012

Happy Deepavali

Assalamualaikum dan selamat tengahari..

Wahh,..lama gila aku tak update blog aku ni. Malas punya pasal kalau rajin dah lama aku update kan? huhu.. Aaah tak kisah lah.bukan ade peminat pon blog aku ni.cuma kat blog ni la tempat aku meluahkan isi hati aku ni ..(konon..hahaha)..

Hari ni cuti sempena hari deepavali..selamat menyambut deepavali buat kawan2 dan pembaca yang menyambutnya. Masa raya puasa dan raya haji aku x sempat nak wish kat sini.. Almaklumlah kedua-dua raya tersebut aku berada kat kampung halaman..(jangan jeles..hik3x) so x dapatla aku nak bukak blog ni untuk update sikit sebanyak kisah hidup aku. ;p

Ekceli pagi ni en suami baru cakap nak ikut membe2 aku picnik kat moyog..pagi baru cakap nak ikut..then aku call diorang x dapat la kat sane line kureng..so tak jadi la ikut diorang..yelah ingat nak call dulu ntah diorg jadi ke x...ntah2 g tempat lain ke..xpela ,.xde rezeki kami picnic hari ni..huhu..

western breakfast...gambar pinjam kat google
Pagi tadi aku dan en.suami breakfast ala-ala western.sebenarnya aku baru tau rahsia menggoreng telur yang cantik, hahaha.. Lucu kan? Err ini tak bermakna aku baru belajar goreng telur ye.selama ni stakat nak goreng telur biasa-biasa je tu boleh la..cuma nak jadikan telur tu best dimakan waktu pagi memang tak jadi la mcm dalam pic kat atas tu..yang jadi mcm pic bawah ni..hehe..Sebenarnya kalau nak hasilkan telur cantik macam kat ats tu, kata kak ika, guna api kecik je..n minyak sikit je..n x yah terbalikkan telur tu...guna la kuali biasa pun boleh..xpakai cap mahal2 pun x pe..hehe..Bila dah cantik..masa makan pun cantiklah rasanya..xde lah keras semacam je,.
contoh telur goreng biasa yg aku maksudkan tu .. :)

Thanks to Kak Ika.hihi..selama ni malas nak cuba..Sedangkan senang je pun kan awk..En suami ckp, 'macam dok oversea pulak..hihi' ..Kalau tengok pic kat atas tu x sama ngan bekpas aku tadi..Aku tak de kentang goreng ngan tomato tu..Aku guna resepi sendiri je iaitu daging burger, nugget, sosej, filamen ketam, n telur je. Kacang? memang tak lah sebab en suami pantang makan kacang..Dia ada resdung yang sangat ketara. Aku pon ade gak tapi takde lah seteruk dia yang kalau makan kacang terus naik benjolan2 hebat yang amat besar..huhu..Tapi kadang-kadang ada gak dia skip pantang dia tu..lepas tu bising. :P

Siap bekpas kami layan cite yang dah di record kat astro beyond pvr..iaitu anugerah skrin tv3. Malam live tu aku malas tengok, buang masa je sebab banyak iklan tah pape. Senang citer mintak en suami record dan tolong dia buat assignment. Dia pun record gak citer kat chanel sport kot.. kickboxing..ni yang untung pakai astro beyond pvr..time bayar pun astro la yang untung hahaa...

Tengok part2 yang best2 je..time membebel tah pape kami cepatkan je..sama gak iklan pun haruslah di skip kan.. Oh ye sebelum tengok anugerah skrin kami tengok adam hawa episod 45. Semalam en suami booking tv awal-awal lagi dia nak tengok citer tinju2..sports n macam2 lg fav dia. Aku? x kuase nak tengok tv sangat..aku online je la cuci-cuci mata tengok barang2 Tupperware lagi bagus hhehhee...Tapi seriusly... Punya la best giler citer Adam Hawa ni.. Nyesal x langgan mustika HD awal2 huahuahua..tapi x pe aku dah ade softcopy episod 1 sampai 33.. episod 32 dan 33 kena tengok kat youtube xpun kat malaymoviesfull.(Tak tengok lagi).ep. 35 sampai 45(terkini) aku dah tengok kat mustika hd secara live n jugak recorded..

Penangan TV kan. X keluar tengok wayang pun x pe dah sekarang. Jimat duit sikit la kot..Kalau dulu aku n en suami selalu sangat keluar tengok wayang..makan confirm dah kat luar..n mase tengok wayang tu beli pop corn n keropok2 lagi..pendek kata kalau keluar tengok wayang..harus2 lah habis minimum Rm50 kn..bila kira2 balik katalah sebulan tu kami keluar 4 kali.. x ke dah rm 200 dah di spentkan untuk wayang je..tu x campur minyak kete, shopping2 yang x sepatutnye (kalau aku ni bahaya sikit..macam2 yang aku suke...hihi) ...So memang berbaloi langgan astro baru ni..Walaupun RM140 sebulan pun..puas hati..macam2 cerita leh tengok dengan paparan HD (macam kat wayang jgk)..(dah sah2 hobi kami laki bini ni tengok cite je kan..wakakkaaakakakakakkaa)...

So alasan nak keluar ngan en suami ntu tengok wayang dah x relevan dah dlm kamus hidup kami..(ecececeeh..) sekarang ni kalau pasal keluar je pegi beli barang dapur, syoping baju seluar sikit, makan2 kat luar (x selalu), main badminton, jogging, x pun pegi berenang...x pun teman en suami men futsal. Tapi yang futsal tu kureng sikit la coz boring x de wat pape..kalau badminton leh gak aku join skali skale kan..

Petang ni aktiviti aku tengok tv je..en suami dah keluar men badminton ngan member dia. Asalnye dia ajak aku ikut dia sekali,tapi malas pulak nak ikut coz aku nak jogging kat likas sport centre..tapi die x kasi g sorang2..dia suruh ikut dia men badminton pastu baru g jogging ngan die..tp last2 kami bincang yang aku pegi amik dia dalam kul 3 lebih kot..dia habis badminton kul 4..so dia cakap nak makan mcD...ntah jadi ke x aku jogging ni kalau dah kenyang makan mcD..alahaiii...cmne nak diet ni...huhuhu...

Ni lah kisah hidup orang yang x de anak lagi macam aku ni..isk3x..sedih ke? x pun.nak tak nak kena lah terima hakikat belum ada rezeki lagi wat kami..Kalau dah ada anak, banyak post pasal anak je kan memangjang..lumrah kehidupan.. :)

Errrkk...macam gelap je kat luar tu..nak hujan ni,,jawabnye x jadi la jogging...dah nk kul 3 lebih dah ni..aku kene siap2 nak keluar g amik en.suami dulu..Boleh je dia balik ngan member dia yg dtg amik td..tp saje je die nk makan mcD ngan bini dia yang makin chubby ni..dengan kata lain nak chubbykan bini dia lagi la ni..hehehe..



ok..bye2..







Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016