Saturday, 4 August 2012

Resepi Kek Puding Karamel

hantaran hubby kpd aku masa bertunang...6.12.2010

Assalamualaikum..slmt malam...

Baru-baru ni hubby belikan aku oven dan mixer. Dah lama aku duk berbunga-bunga nak oven, yang tak boleh blahnye siap demand nak complete set ngan mixer skali..muehehe..Alasan nak buat biskut raya. Insyaallah akan menyusul. (mampukah aku? huhu -tangan keras.)

Aku memang minat baking2 ni.(sedap ke tak aku tak peduli, janji aku leh cuba buat sesuatu yang aku tak pandai dan ingin jgk walaupun hanye mencuba..) Sebelum ni aku hanye buat kek dengan pengukus biasa je..tapi setakat minat kosong je la..wat isi masa lapang..lagipun keje kan, mana sempat nak pk bisness2 ni. Tu skarang, esok2 wallahuallam.. :)

Masa kat kampung akak ipar aku ada buat kek ni..sedap sangat..ni 2nd time aku makan, first time aku makan masa aku bertunang..macam gambar kat atas skali tu..

So mak mrtua aku sruh aku belajar buat kek ni sebab hubby suka sangat kan..aku pon suka gak. :) 


Ni aku sertakan resepinya..kot-kot ada yang nak mencuba.. Good luck ok.. :)



Firstly...sediakan..
Untuk Gula hangus (dalam Loyang bulat)
-  3 sudu gula *cairkan gula sampai keperang-perangan..biarkan seketika sehingga sejuk, sementara tu buat bahan berikut :-

Bahan A (caramel)
-6 biji kuning telur (gred A)
-1 tin susu cair
-100 gram gula castor
-Satu tudung esen vanilla
*kacau-kacaukan sampai sebati (jangan kacau kuat sangat..jangan sampai berbuih-buih tu)

Bahan B (bahan kek)
3 biji kuning telur (gred A)
- 140 gram tepung blue keys (superfine)
- 1 cawan air masak sejuk
- 65 gram gula castor
65 gram minyak jagung daisy
- ½ sudu baking powder
- Satu tudung esen vanilla
*kacau-kacaukan sampai sebati

Bahan C (meringue)
- 9 biji putih telur (lebihan bahan A dan B)
- 65 gram gula castor
-  ½ sudu cream of tar tar
- Satu tudung esen vanilla
*putar dengan mixer sehingga kembang selama 10 minit. Putar sampai buih jadi pekat (jika di angkat buihnya tidak jatuh)

Cara-caranya :

  •  Masukkan Loyang bulat (yang ada gula hangus) ke dalam Loyang 4 segi (saiz lebih besar) yang berisi air kosong sebanyak separuh loyang 4 segi tu). Macam gambar kat bawah ni..

xde loyang 4 segi..loyang bulan pn x pe janji lebih besar saiznya
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan C dan kacau sampai sebati kemudian bahagikan kepada 2 @ 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan korang..
  • Masukkan  bahan A ke dalam Loyang.
  • Masukkan pula bahan bahan B dan C yang telah dicampur tadi secara berselang seli mengikut warna yang korang pilih.
  • Sebelum tu, panaskan oven pada suhu 180’ selama 10 minit. Gunakan api atas bawah.
  • Bakar selama 1 jam dengan api bawah sahaja. 10 minit sebelum masak tukar kepada api atas bawah pula.

dah nak masak..
  
my first trial - sukses , walaupun agak comot..hehe 

        Practise makes perfect kan???



Selamat mencuba!!


4 comments:

Nor Suhaiza said...

pasni leh la wt bsness biskut raya..hik3....tliur tgok pic last skali tu... ;)

amal said...

peh! jelessss haha.. wani pun laaaama dah nak ada oven ngn mixer huhuhuh... tah bile leh dapat. sdapnye kek karamel tu huhuhuh... pandai emy :)
mesti hubby koho syg hehehe

eamy milea said...

@Nor Suhaiza : xde maknanya nak wat bisness,rutin harian pun berkejar2 nak buat haha. :P .. ala terliur lak, nnti sy buat lg sy pos kat umah awk ckit ea. :)

@amal : huhu, jgn la jeles.nnti abg wani beli gak tu.. :) ni copy resepi bulat2..insyaallah jadi walaupun x pernah buat.. :)

ct N honey said...

cantik,rasanya mesti sedap

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016