Friday, 10 August 2012

sakit mata




Aduh...puasa-puasa ni lah mata aku ni nak sakit.
Ni nama die ketumbit kan?
pagi-pagi je ada nanah keluar
bertaik je mata aku ni..
Dah la pedih je rasa mata..
Nak solat pun sama, senak-senak je rasa. huhu

Dugaan di bulan ramadhan.
Orang cakap, kalau allah turunkan sakit kat kita tu tanda allah sayang kat kita..
kan.

Sabar je lah..huhu..


Sunday, 5 August 2012

Koleksi Fridge Magnet aku..

koleksi aku stakat ni

Kalau cakap pasal fridge magnet (FM) ni memang boleh dikatakan ramai wanita-wanita kat luar sana yang minat, sama gak ar cam aku..
tapi aku minat pun biase2 je belum lagi dikategorikan peminat fanatik..
eh yeker..? huhu...fanatik gak la, tp kne kontrol ckit minat aku ni cz bila x dikontrol
akan sampai ke satu tahap boleh menyusahkan aku sdri gak.. ngeee~

hubby pn slalu gk perli-perli aku..die ckp cam budak-budak men bnda kecik camni..
cute ok?
ni koleksi aku start kumpul mase mula2 kawen..ada yang dah rosak,
pecah, tertanggal magnetnye, kadang2 disebabkan kecuaian aku sdri...
kadang2 aku x tau mane aku simpanlepas aku lap ngan tisu basah..(nyanyuk)

memang susah nak penuhkan satu peti ais yang cenonet ni..
apetah lagi kalau yang peti besar,,(bagi aku la.)
dapat kumpul bangyaj ni pun dah kire bersyukur...
kbanyakan FM yang aku ada ni aku beli on9..dan juga adik2, sdara or kwn2 yang bg sbagai souvenir,,..

kat sabah ni bukan senang
nak jumpa FM yang comel2.. lagipun aku ni jarang sgt ar shoping..kalau shoping
pun aku just cari yang penting2 je kalau nak cari barang dapur aku
takkan melencong cari barang lain dah..bukan hape..kalau tak kontrol mcm ni, tangan aku
laju je sambar barang yang tak sepatutnya..aku ni boros..boros tahap gaban...
sabarrrr jelah....


woootttt...wooottttt.......ada tak sape2 nak bagi free FM kat aku? heheh ;P









Pedoman~

Sesiapa yang menceritakan AIB ORANG LAIN kepadamu, ia berpotensi besar pula menceritakan AIBMU kepada orang lain. Sesiapa yang BERLEBIHAN memujimu di ketika dia bersetuju denganmu, berpotensi besar pula untuk berlebihan mencelamu di kala dia membantahmu. Justeru, telitilah teman yang layak untuk kamu rapati.




sumber : Zaharuddin.net

Saturday, 4 August 2012

Resepi Kek Puding Karamel

hantaran hubby kpd aku masa bertunang...6.12.2010

Assalamualaikum..slmt malam...

Baru-baru ni hubby belikan aku oven dan mixer. Dah lama aku duk berbunga-bunga nak oven, yang tak boleh blahnye siap demand nak complete set ngan mixer skali..muehehe..Alasan nak buat biskut raya. Insyaallah akan menyusul. (mampukah aku? huhu -tangan keras.)

Aku memang minat baking2 ni.(sedap ke tak aku tak peduli, janji aku leh cuba buat sesuatu yang aku tak pandai dan ingin jgk walaupun hanye mencuba..) Sebelum ni aku hanye buat kek dengan pengukus biasa je..tapi setakat minat kosong je la..wat isi masa lapang..lagipun keje kan, mana sempat nak pk bisness2 ni. Tu skarang, esok2 wallahuallam.. :)

Masa kat kampung akak ipar aku ada buat kek ni..sedap sangat..ni 2nd time aku makan, first time aku makan masa aku bertunang..macam gambar kat atas skali tu..

So mak mrtua aku sruh aku belajar buat kek ni sebab hubby suka sangat kan..aku pon suka gak. :) 


Ni aku sertakan resepinya..kot-kot ada yang nak mencuba.. Good luck ok.. :)



Firstly...sediakan..
Untuk Gula hangus (dalam Loyang bulat)
-  3 sudu gula *cairkan gula sampai keperang-perangan..biarkan seketika sehingga sejuk, sementara tu buat bahan berikut :-

Bahan A (caramel)
-6 biji kuning telur (gred A)
-1 tin susu cair
-100 gram gula castor
-Satu tudung esen vanilla
*kacau-kacaukan sampai sebati (jangan kacau kuat sangat..jangan sampai berbuih-buih tu)

Bahan B (bahan kek)
3 biji kuning telur (gred A)
- 140 gram tepung blue keys (superfine)
- 1 cawan air masak sejuk
- 65 gram gula castor
65 gram minyak jagung daisy
- ½ sudu baking powder
- Satu tudung esen vanilla
*kacau-kacaukan sampai sebati

Bahan C (meringue)
- 9 biji putih telur (lebihan bahan A dan B)
- 65 gram gula castor
-  ½ sudu cream of tar tar
- Satu tudung esen vanilla
*putar dengan mixer sehingga kembang selama 10 minit. Putar sampai buih jadi pekat (jika di angkat buihnya tidak jatuh)

Cara-caranya :

  •  Masukkan Loyang bulat (yang ada gula hangus) ke dalam Loyang 4 segi (saiz lebih besar) yang berisi air kosong sebanyak separuh loyang 4 segi tu). Macam gambar kat bawah ni..

xde loyang 4 segi..loyang bulan pn x pe janji lebih besar saiznya
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan C dan kacau sampai sebati kemudian bahagikan kepada 2 @ 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan korang..
  • Masukkan  bahan A ke dalam Loyang.
  • Masukkan pula bahan bahan B dan C yang telah dicampur tadi secara berselang seli mengikut warna yang korang pilih.
  • Sebelum tu, panaskan oven pada suhu 180’ selama 10 minit. Gunakan api atas bawah.
  • Bakar selama 1 jam dengan api bawah sahaja. 10 minit sebelum masak tukar kepada api atas bawah pula.

dah nak masak..
  
my first trial - sukses , walaupun agak comot..hehe 

        Practise makes perfect kan???



Selamat mencuba!!


Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016