Sunday, 22 July 2012

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

CERITA 1

Khamis lepas, masa kat opis aku dapat hadiah sepasu bunga dari rakan pejabat aku. (betulke penggunaan sepasu?maaf kalau salah) Aku dapat pun secara tak sengaja waktu aku ke bilik pejabat beliau, aku bertanyakan pasal pasu ni duk bertenggek je kat  depan pintu tu. Biasanya kalau pasu bunga yang pejabat kami punya, kedudukan pasu bunga tu aku dah biasa lihat sebab aku jgk yang jaga bahagian aset pejabat ni.

So aku tanya la mana datangnya pastu staff tu jawab ni yang dia punya pastu dia pun terus offer kat aku nak ke? (mungkin muka aku masa tu macam nak kot hahaha). Mula-mula aku segan lah aku cakap x pelah pastu dia pun macam bersungguh-sungguh nak kasi. Katanya dia pun bawa balik dari Sandakan masa pindah baru-baru ni, banyak sangat sampai simpan kat opis la kot? (anggapanku) .. Tapi dalam perjalanan balik tu aku dah terpikir-pikir nak bayar kat staff tu segan lah ambik free je. Tunggu gaji lah..hehe..

Masa aku naik tanga nak naik rumah, aku terserempak dengan jiran aku, kak lia yang rumah dia tingkat 1, aku plk tingkat 3. Dia cakap cantik bunga ni, orang cina suka bunga ni diorang cakap 'ada ong' , macam bawa tuah.. Tak kisahlah kan, dah jadi rezeki kita terima je la dengan hati yang terbuka. ;)
Harap kamu semua sentiasa sihat ye
p/s : bunga baru dapat: pasu besar sekali tu.
Tahun lepas masa mula-mula masuk kuarters ni aku dah beli 1 pasu bunga yang kat tengah-tengah tu. Masa mula-mula beli kecik cenonet je, masuk tahun kedua dah besar sikit. Baru-baru ni aku dah beli pasu yang besar sebab aku tengok bunga tu dah macam terbantut pembesaran dia dengan pasu yang kecik tu. Tapi sampai ke hari ni aku tak tukar-tukar lagi bunga tu kat pasu baru sebab tak sempat lagi beli tanah kat pasar tamu. Insyaallah minggu depan aku g beli. (alasan) ;) ..

Oh ye pasu yang ada air tu pulak aku ambik je bowl yang hubby isi baby cristal (masa dia bujang dulu). Hubby aku ni bukan main lagi tau masa bujang, mengalahkan aku dia punya deco-deco tu. Bunga plk aku ambil kat opis, sebabnye bunga dah besar sangat so terpaksalah gunting daun-daun die. Ada jgk staff yang ambil dan isi baby kristal dalam mangkuk kemudian letak atas meja buat hiasan, tapi aku ambik 2-3 batang je yang mak cik cleaner nak buang dah. Tak pe kot.. hehe..

Ketiga-tiga pasu ni aku letak depan pintu kuarters kami je sebab penghuni rumah ni yang sebelum ni pun letak kat situ pasu bunga dia kot tu yang ada bintik-bintik macam tu kat dinding. Aku dah pernah sental dengan sabun tapi tak nak keluar bintik-bintik tu, hubby cakap kena cat balik tapi tu lah rumah ni ada owner sendiri so tak berani lah nak buat macam-macam kat rumah dia.

CERITA 2

Nasi minyak, kari ayam, sambal belacan dan acar timun.
Tadaaa!!! Ini kawan baik aku, kak ika yang bagi hari jumaat malam tu. Segan aku, dia selalu masak yang best-best pastu kasi kat aku. Semoga kak ika sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia di samping insan tersayang iaitu suami, anak dan family beliau. 

2 comments:

Adry@Daun said...

As salam eamy,
Eamy ni ore Kelate ye. Igt kot Sabahan sbb tgk lokasi di sana. Pkk yg eamy dpt dlm pasu besar tu namanya Zamia Furfuracea atau lbh dikenali dgn nama pokok zamia dan Cardboard Palm. Org Cina suka tnm pkk ni sbb kata diorg ada ong. Pokok ni kaler hijau keseluruhannya sama dgn hijau batu jed.

eamy milea said...

wslm..@adry Daun

yer eamy ore kelate..kijo jah sabah.. :) ..
owh yeke..tq,,ore x kenal pokok bunga tu nama gapo..hihi..nampak comel,.owh betul la kata jiran ore tu... insyaallah nk jaga pokok ni molek2.. thanks deh.. :)

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016