Monday, 23 July 2012

Nasi air (versi kelate)

Sedap tak.?.sedap tak..?hehe
Resepi nasi air

* Resepi nasi air ni aku berguru ngan my BFF iaitu kak ika.. thanks dear.. :)


A) Untuk nasi 
  • masak nasi macam biasa cuma lebihkan air dalam 1-2 pot 
  • dekat2 nak masak nasi tu kena bukak tudung dan kacau2 beras bagi hancur
  • tutup tudung dan dekat2 betul2 nak masak buka lagi sekali kemudian kacau2 lagi sampai nasi tu betul2 hancur 
  • Lenyek2kan pun boleh...kemudian tutup tudung periuk dan biarkan nasi masak dengan semasak2nya.. :)

B)   Sup ayam 
  • 1/2 ekor ayam (ikut suka)
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • seinci halia
  • set sup (yang sup tulang punye) -aku pakai brand adabi
  • perencah sup siam -sama gak..aku pakai brand adabi (plastik kaler purple)
  • secubit garam
C)   Perasa Sampingan  (wajib ade)
  • daun sup
  • ikan bilis goreng (rangup)
  • telur rebus
  • serbuk lada siam
  • kacang yang telah dikisar
  • lobak jeruk
Cara-caranya:

1) Pertama sekali sediakan bahan A. Kemudian sediakan bahan2 B, potong ayam kecil2 dan bersihkan..
2) Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan dalam masa yang sama masukkan rempah 4 beradik yang ada dalam set sup tulang tu
3) Bila bawang dah kekuningan, masukkan air dan sup bunjut adabi..kemudian tuangkan set perencah sup siam..
4) masukkan ayam dan biarkan masak dengan api yang sederhana.bila sup dah siap, hidangkan sewaktu panas baru sedap.. :)




selamat mencuba...!!






7 comments:

Nor Suhaiza said...

mcm sedap je....
;)

eamy milea said...

;)

mizieyka said...

aduhhh.. mecabar keimanan sungguh.. tp bulan posa ni tak berbaloi plak nk buat

eamy milea said...

nnti saya buat sy hantar umah awk ek... :) malu saya...

mizieyka said...

bile tu? isk isk isk.. tak berbaloi la bulan posa ni.. ape kate raya awak buat ni? hahahah

mizieyka said...

bile tu? isk isk isk.. tak berbaloi la bulan posa ni.. ape kate raya awak buat ni? hahahah

eamy milea said...

raya ni nak try buat nasi plk kot awk..kenyang sikit guest2 yang dtg..hihi.. (angan2 je dlu..muehehehe)

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016