Wednesday, 18 July 2012

Air Terjun Mahua, Tambunan

Baru-baru ni aku ngan member-member opis plan nak ber-picnic kat air terjun ni pada hari sabtu tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Nak dijadikan cerita, pagi sabtu tu aku bangun macam biasalah kalau hari cuti, kemudian masak-masak, basuh baju dan kemas-kemas umah.

Bila hubby bangun tidur dia cakap "abang mimpi mandi kat air terjun tu la yang.." wah, kesian kat hubby..eksaited nak mandi sampaikan termimpi-mimpi. Aku pun eksaited gak tapi tak sempat masuk dalam mimpi coz aku tak pernah pegi lagi air terjun mahua ni. Hubby dah pernah pegi ngan member-member dia masa bujang dulu.

Aku tanya la hubby kot-kot dia nak pegi jugak walaupun member-member pejabat tak jadi pegi, hubby cakap tak nak, nak lepak je kat umah. Dalam hati aku frustnye..ingatkan nak ajak aku g jenjalan ke ape ke... ;(

Lepas makan, dalam pukul 1.30 petang.
hubby : jom siap..
aku : nak g mana? kata nak lepak umah je..
hubby : kita g pusing-pusing je..
aku : ok.. :D

zassssss...laju je pegi bersiap..dalam hati hubby memang suka wat surprise.terbayang-bayang makan pop corn kat 1Borneo hehe..(perasan hubby nak bawa aku tengok wayang)

Dalam kete.aku tanye hubby lagi nak g mana kita ni..dia cakap..ade lah...
Tension aku..malas tanya lagi..
Lepas je traffik light tebobon tu, hubby pegi straight je..kalau nak pegi 1 Borneo kena belok kanan..
Bertambah-tambah frust ..

Aku sedapkan hati..ahh tak kisah lah pegi mana..janji dapat ambik angin ..lagipun bosan gak duk umah tengok tv je.. Sampai kat Inanam, hubby ikut jalan pintas penampang..Aku dah terbayang-bayang kat zoo lok kawi...ehh hubby nak bawa aku g tengok binatang ke..hehe..suspens ni..bila dah ikut jalan ke Motung-lotung, aku tanye lagi..kalau hubby tak kasitau nak g mane aku nekad nak merajuk..dia pun terpaksa cakap..rupanya dia nak bawak gak aku g Tambunan kat air terjun tu..

Yuhuuu..kan dah cakap..hubby memang suka wat surprise kat aku..ngeeee...tak payah mengamuk ke hape dia memang tau..hehe..senang..aku terkejut la..kalau tau awal-awal, boleh aku bungkus nasi boleh la pegi makan kat sana nanti..Aku ngan hubby ni jenis kalau nak g mana-mana senang je..tak payah nak menyusahkan orang. Kalau rasa nak pegi..pegi je..sama gak masa g sandakan bulan 4 baru-baru ni.. :)

Ok jom aku cerita pasal tambunan - Mahua waterfall..

Perjalanan dari penampang ke Tambunan mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana jalan yang terpaksa dilalui adalah mendaki bukit.Kami bertolak jam 2 petang.. hati-hati sewaktu perjalanan kerana adanya jalan yang selekohnya agak tajam.

Sebelum sampai ke tempat yang ditujui, terdapatnya permandangan yang cantik-cantik.. Ada tempat rama-rama, pusat penerangan rafflesia, dan air tejun masakob..semua tempat ni senang dilihat kerana sebelah jalan je..Boleh berhenti untuk masuk ke tempat tu, tapi kami tak berhenti takut tak sempat balik sebelum malam.

Ni antara gambar-gambar yang sempat kami snap (guna fon kecik aku ni je.. :)

yuran

pintu masuk

comel tulisan tu... :)
 oh ya..lupa nak bagitau, dari pintu masuk utama sehinggalah jumpanya air terjun tu kena jalan tau,.dalam 500m ,jalan ikut jalan yang dah disediakan. Rujuk gambar hubby aku kat bawah ni kena lalu atas jambatan tu la...sebelah kiri ada hutan, poko besar-besar..masa kami sampai dekat pukul 4 ptg, agak menyeramkan hehe (aku kan penakot...) lainkali kena plan betul-betul supaya suasana lebih best.. :)

laluan ke air terjun
Dalam perjalanan tu jgk ada batu misteri...Gambar 'batu misteri' tak sempat aku snap..takut punya pasal. Kat batu tu ada sign board 'LOOK AT ME' ..sape tak takut..dah la aku berdua je ngan hubby masa tu..cepat-cepat aku ajak hubby jalan ke depan kejar ada satu family yang baru jgk sampai.. hehe

Indahnya ciptaan-Mu ya Allah
 Alhamdulillah...lega...dah sampai ke tempat yang sangat cantik ni..
Insyaallah ada masa aku nak pergi lagi kat sini..
Nak mandi...
Nak rasa camne sejuknye air kat sini...hehe
Kalau nak tau kat sini sejuk sangat...Tambunan ni dekat dengan ranau dan kundasang...so faham-faham la suhu kat sini camne.. :P


comot pun comotlah.. ;P

phewww...

tak tau ape motif?

tempat tukar pakaian
kasian....
 Jalan kat sini teruk jugak lah sebab dekat nak sampai kat tempat ni ada kerja-kerja pembaikan lereng bukit..jalan berhabuk dan debu berterbangan merata-rata...Tapi ni sementara je kot..dah nak siap pun kerja-kerja diorang...next time datang lagi harap-harap semua dah siap..

Perjalanan balik mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit mungkin kurangnya jumpa lori-lori kayu balak, jalan pun menurun je alhamdulillah semua selamat takde apa-apa yang tak diingini berlaku.Selamat sampai di rumah pukul 6.20petang..

p/s : Kalau pergi ramai-ramai best ni...baru lagi meriah....jom...sape nak ikut.... :)


1 comment:

Anonymous said...

Awop...sy g doh sini..memey comey sgt air terjun die kan..hehe ~clah

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016