Monday, 30 July 2012

Ramadhan Buffet PROMOTION @ NOVOTEL HOTEL, KOTA KINABALU SABAH

Let's grab!!

Ni aku copy cat kot2 korang malas klik link tu. ;p


Highlights
  • Ramadhan buffet dinner at Novotel Kota Kinabalu 1Borneo hotel.
  • Wide variety of Terengganu Malay dishes.
  • Feast on roast lamb, nasidagangkurma daginglaksa,percik ayamrojak, satay, and more.
  • Wide variety of desserts including bread and butter pudding, mousse cake, roti jala, and more.
  • Cooked by celebrity chef, Chef Zam from Jul 28, 2012 – Jul 29, 2012.  (chef zam masterchef malaysia tu katanya....)


Fine Print
  • Redemption period: Jul 28, 2012 – Aug 18, 2012.
  • Bookings must be made between Jul 27, 2012 – Aug 17, 2012.
  • Min. 1 day prior booking required. Bookings subject to availability.
  • Rescheduling must be made at least 6 hours prior to original booking or Groupon will be forfeited.
  • Valid 6.30pm – 10.30pm daily (including public holidays).
  • May buy and use many.
  • Max. 182 Groupon customers per night.
  • Dine-in only.
  • Sharing not allowed.
  • Halal restaurant.
  • Children aged 5 – 12 dine at RM45.20 per head.
  • Service charges and Government tax included.
  • Printed Groupon voucher required upon redemption.
  • Valid at The Square Restaurant, Novotel Kota Kinabalu 1Borneo: 088-529 888 ext 1703 (Call 6am – 11pm daily).
  • See the rules that apply to all deals



Macam best je kan. sebab murah kah? hehe
Sebab member aku cakap normal price RM78/Person. 
So sape-sape yang belum lagi ada tempat berbuka yang belum dijelajahi bolehlah beli melalui groupon, ade less sikit. Semua orang suka less kan? Aku pon!!  ;P


~salam ramadhan~

Tuesday, 24 July 2012

SPP dah keluar!!!!


xde kaitan...hahaha

Kawan aku cakap SPPLLP dah keluar..
Pasal posting-posting anggota la..
aku bukan mengidam nak pindah..
aku eksaited sebab aku dengar...
ada orang tu beria-ria je cakap nama 
dia naik.. =p (Sembang A punya)
aku gumbira sangat kalau ko betul-betul dapat pindah..

At least takde lagi 'taiko' kat taman tu..
haha
dah ko bajet sangat diri ko tu taiko kan..
suke2 ati je g serang umah orang tu..
rumah orang ni..
ko rase ko hebat sangat ke..
buekkk

Tapi aku kesian..kalau-kalau nama laki ko tak naik..
Nama ko memang la confirm x naik..(ko ape ade?)
menggigit jari lah ko kan..
kawan-kawan ko yang datang sabah lagi lewat dari ko dah dapat pindah
balik semenanjung awal lagi dari ko..
ko je yang lambat...kesiannn,,
apesal ek...ko x pk ke nape?

Allah tu maha adil..

kalau kita ni selalu berhasad dengki ngan orang
dok cemburu..irihati..busuk hati kat orang...
fitnah tu fitnah ni..sedangkan ko tak tau betul @ tak..
so ko dapat lah bahagian ko..

Cepat atau lambat je..
Insyaallah..


< o_O >



Monday, 23 July 2012

Nasi air (versi kelate)

Sedap tak.?.sedap tak..?hehe
Resepi nasi air

* Resepi nasi air ni aku berguru ngan my BFF iaitu kak ika.. thanks dear.. :)


A) Untuk nasi 
  • masak nasi macam biasa cuma lebihkan air dalam 1-2 pot 
  • dekat2 nak masak nasi tu kena bukak tudung dan kacau2 beras bagi hancur
  • tutup tudung dan dekat2 betul2 nak masak buka lagi sekali kemudian kacau2 lagi sampai nasi tu betul2 hancur 
  • Lenyek2kan pun boleh...kemudian tutup tudung periuk dan biarkan nasi masak dengan semasak2nya.. :)

B)   Sup ayam 
  • 1/2 ekor ayam (ikut suka)
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • seinci halia
  • set sup (yang sup tulang punye) -aku pakai brand adabi
  • perencah sup siam -sama gak..aku pakai brand adabi (plastik kaler purple)
  • secubit garam
C)   Perasa Sampingan  (wajib ade)
  • daun sup
  • ikan bilis goreng (rangup)
  • telur rebus
  • serbuk lada siam
  • kacang yang telah dikisar
  • lobak jeruk
Cara-caranya:

1) Pertama sekali sediakan bahan A. Kemudian sediakan bahan2 B, potong ayam kecil2 dan bersihkan..
2) Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan dalam masa yang sama masukkan rempah 4 beradik yang ada dalam set sup tulang tu
3) Bila bawang dah kekuningan, masukkan air dan sup bunjut adabi..kemudian tuangkan set perencah sup siam..
4) masukkan ayam dan biarkan masak dengan api yang sederhana.bila sup dah siap, hidangkan sewaktu panas baru sedap.. :)




selamat mencuba...!!






Sunday, 22 July 2012

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

CERITA 1

Khamis lepas, masa kat opis aku dapat hadiah sepasu bunga dari rakan pejabat aku. (betulke penggunaan sepasu?maaf kalau salah) Aku dapat pun secara tak sengaja waktu aku ke bilik pejabat beliau, aku bertanyakan pasal pasu ni duk bertenggek je kat  depan pintu tu. Biasanya kalau pasu bunga yang pejabat kami punya, kedudukan pasu bunga tu aku dah biasa lihat sebab aku jgk yang jaga bahagian aset pejabat ni.

So aku tanya la mana datangnya pastu staff tu jawab ni yang dia punya pastu dia pun terus offer kat aku nak ke? (mungkin muka aku masa tu macam nak kot hahaha). Mula-mula aku segan lah aku cakap x pelah pastu dia pun macam bersungguh-sungguh nak kasi. Katanya dia pun bawa balik dari Sandakan masa pindah baru-baru ni, banyak sangat sampai simpan kat opis la kot? (anggapanku) .. Tapi dalam perjalanan balik tu aku dah terpikir-pikir nak bayar kat staff tu segan lah ambik free je. Tunggu gaji lah..hehe..

Masa aku naik tanga nak naik rumah, aku terserempak dengan jiran aku, kak lia yang rumah dia tingkat 1, aku plk tingkat 3. Dia cakap cantik bunga ni, orang cina suka bunga ni diorang cakap 'ada ong' , macam bawa tuah.. Tak kisahlah kan, dah jadi rezeki kita terima je la dengan hati yang terbuka. ;)
Harap kamu semua sentiasa sihat ye
p/s : bunga baru dapat: pasu besar sekali tu.
Tahun lepas masa mula-mula masuk kuarters ni aku dah beli 1 pasu bunga yang kat tengah-tengah tu. Masa mula-mula beli kecik cenonet je, masuk tahun kedua dah besar sikit. Baru-baru ni aku dah beli pasu yang besar sebab aku tengok bunga tu dah macam terbantut pembesaran dia dengan pasu yang kecik tu. Tapi sampai ke hari ni aku tak tukar-tukar lagi bunga tu kat pasu baru sebab tak sempat lagi beli tanah kat pasar tamu. Insyaallah minggu depan aku g beli. (alasan) ;) ..

Oh ye pasu yang ada air tu pulak aku ambik je bowl yang hubby isi baby cristal (masa dia bujang dulu). Hubby aku ni bukan main lagi tau masa bujang, mengalahkan aku dia punya deco-deco tu. Bunga plk aku ambil kat opis, sebabnye bunga dah besar sangat so terpaksalah gunting daun-daun die. Ada jgk staff yang ambil dan isi baby kristal dalam mangkuk kemudian letak atas meja buat hiasan, tapi aku ambik 2-3 batang je yang mak cik cleaner nak buang dah. Tak pe kot.. hehe..

Ketiga-tiga pasu ni aku letak depan pintu kuarters kami je sebab penghuni rumah ni yang sebelum ni pun letak kat situ pasu bunga dia kot tu yang ada bintik-bintik macam tu kat dinding. Aku dah pernah sental dengan sabun tapi tak nak keluar bintik-bintik tu, hubby cakap kena cat balik tapi tu lah rumah ni ada owner sendiri so tak berani lah nak buat macam-macam kat rumah dia.

CERITA 2

Nasi minyak, kari ayam, sambal belacan dan acar timun.
Tadaaa!!! Ini kawan baik aku, kak ika yang bagi hari jumaat malam tu. Segan aku, dia selalu masak yang best-best pastu kasi kat aku. Semoga kak ika sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia di samping insan tersayang iaitu suami, anak dan family beliau. 

Saturday, 21 July 2012

Kerana sayang, terpaksa ku lepaskan kau pergi



Ini
Dulu.. 
lama simpan ni tau
2009 - 2012
baru je dapat panjang ni
sebab tiap2 bulan trim hujung rambut
tapi pergerakan rambut aku memang slow..
dah la selalu gugur..
sungguh tak sihat..
lebih kurang panjang ni la rambut aku.



Pilihan terbaik...
Potong pendek..
dan sekarang...
Macam ni lah lebih kurang
gaya rambut baru..
Tapi bukan kaler ni okeh..
huhu
hubby yang pilih pattern ni,
mula2 dia yang gunting rambut aku
lepas pendek sikit tu, dia bawa aku g betulkan balik
kat salon di taman putera jaya, telipok..

Not bad la...huhu

takdelah sebijik macam ni
kekekeke
tapi ok la...
yang penting
senang nak urus.,
 :P








salam ramadhan to all blogger

assalamualaikum..selamat petang..
Niat dan doa
(creadit to blog semanisepalhijau)

Firstly, aku nak mohon maaf kat semua yang mengenali aku dan suami samaada secara x sengaja ataupun juga secara alam maya. Mungkin ada tulisan, kata-kata ataupun perbuatan kami yang telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Semoga ramadhan kali ni akan memberi sejuta kerahmatan buat kita semua.

Alhamdulillah, ramadhan kali ni merupakan ramadhan yang ke-4 aku menyambutnya di bumi yang sungguh indah iaitu kota kinabalu, sabah. Insyaallah syawal yang kedua di sini..memandangkan tahun ni aku dan hubby dah membuat keputusan untuk menyambutnya di sini kelak (aku pasrah). Bukan kerelaan hati kami pun, cuma anggota beruniform macam kami, suka atau tak kenalah bergilir-gilir bila bercuti. Insyaallah juga kami akan balik kampung bagi merayakan aidiladha. Insyaallah.







Thursday, 19 July 2012

Lirik - Harapan (Hyper Act)

Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Dipinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Solo. C/O

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya

Wednesday, 18 July 2012

Air Terjun Mahua, Tambunan

Baru-baru ni aku ngan member-member opis plan nak ber-picnic kat air terjun ni pada hari sabtu tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Nak dijadikan cerita, pagi sabtu tu aku bangun macam biasalah kalau hari cuti, kemudian masak-masak, basuh baju dan kemas-kemas umah.

Bila hubby bangun tidur dia cakap "abang mimpi mandi kat air terjun tu la yang.." wah, kesian kat hubby..eksaited nak mandi sampaikan termimpi-mimpi. Aku pun eksaited gak tapi tak sempat masuk dalam mimpi coz aku tak pernah pegi lagi air terjun mahua ni. Hubby dah pernah pegi ngan member-member dia masa bujang dulu.

Aku tanya la hubby kot-kot dia nak pegi jugak walaupun member-member pejabat tak jadi pegi, hubby cakap tak nak, nak lepak je kat umah. Dalam hati aku frustnye..ingatkan nak ajak aku g jenjalan ke ape ke... ;(

Lepas makan, dalam pukul 1.30 petang.
hubby : jom siap..
aku : nak g mana? kata nak lepak umah je..
hubby : kita g pusing-pusing je..
aku : ok.. :D

zassssss...laju je pegi bersiap..dalam hati hubby memang suka wat surprise.terbayang-bayang makan pop corn kat 1Borneo hehe..(perasan hubby nak bawa aku tengok wayang)

Dalam kete.aku tanye hubby lagi nak g mana kita ni..dia cakap..ade lah...
Tension aku..malas tanya lagi..
Lepas je traffik light tebobon tu, hubby pegi straight je..kalau nak pegi 1 Borneo kena belok kanan..
Bertambah-tambah frust ..

Aku sedapkan hati..ahh tak kisah lah pegi mana..janji dapat ambik angin ..lagipun bosan gak duk umah tengok tv je.. Sampai kat Inanam, hubby ikut jalan pintas penampang..Aku dah terbayang-bayang kat zoo lok kawi...ehh hubby nak bawa aku g tengok binatang ke..hehe..suspens ni..bila dah ikut jalan ke Motung-lotung, aku tanye lagi..kalau hubby tak kasitau nak g mane aku nekad nak merajuk..dia pun terpaksa cakap..rupanya dia nak bawak gak aku g Tambunan kat air terjun tu..

Yuhuuu..kan dah cakap..hubby memang suka wat surprise kat aku..ngeeee...tak payah mengamuk ke hape dia memang tau..hehe..senang..aku terkejut la..kalau tau awal-awal, boleh aku bungkus nasi boleh la pegi makan kat sana nanti..Aku ngan hubby ni jenis kalau nak g mana-mana senang je..tak payah nak menyusahkan orang. Kalau rasa nak pegi..pegi je..sama gak masa g sandakan bulan 4 baru-baru ni.. :)

Ok jom aku cerita pasal tambunan - Mahua waterfall..

Perjalanan dari penampang ke Tambunan mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana jalan yang terpaksa dilalui adalah mendaki bukit.Kami bertolak jam 2 petang.. hati-hati sewaktu perjalanan kerana adanya jalan yang selekohnya agak tajam.

Sebelum sampai ke tempat yang ditujui, terdapatnya permandangan yang cantik-cantik.. Ada tempat rama-rama, pusat penerangan rafflesia, dan air tejun masakob..semua tempat ni senang dilihat kerana sebelah jalan je..Boleh berhenti untuk masuk ke tempat tu, tapi kami tak berhenti takut tak sempat balik sebelum malam.

Ni antara gambar-gambar yang sempat kami snap (guna fon kecik aku ni je.. :)

yuran

pintu masuk

comel tulisan tu... :)
 oh ya..lupa nak bagitau, dari pintu masuk utama sehinggalah jumpanya air terjun tu kena jalan tau,.dalam 500m ,jalan ikut jalan yang dah disediakan. Rujuk gambar hubby aku kat bawah ni kena lalu atas jambatan tu la...sebelah kiri ada hutan, poko besar-besar..masa kami sampai dekat pukul 4 ptg, agak menyeramkan hehe (aku kan penakot...) lainkali kena plan betul-betul supaya suasana lebih best.. :)

laluan ke air terjun
Dalam perjalanan tu jgk ada batu misteri...Gambar 'batu misteri' tak sempat aku snap..takut punya pasal. Kat batu tu ada sign board 'LOOK AT ME' ..sape tak takut..dah la aku berdua je ngan hubby masa tu..cepat-cepat aku ajak hubby jalan ke depan kejar ada satu family yang baru jgk sampai.. hehe

Indahnya ciptaan-Mu ya Allah
 Alhamdulillah...lega...dah sampai ke tempat yang sangat cantik ni..
Insyaallah ada masa aku nak pergi lagi kat sini..
Nak mandi...
Nak rasa camne sejuknye air kat sini...hehe
Kalau nak tau kat sini sejuk sangat...Tambunan ni dekat dengan ranau dan kundasang...so faham-faham la suhu kat sini camne.. :P


comot pun comotlah.. ;P

phewww...

tak tau ape motif?

tempat tukar pakaian
kasian....
 Jalan kat sini teruk jugak lah sebab dekat nak sampai kat tempat ni ada kerja-kerja pembaikan lereng bukit..jalan berhabuk dan debu berterbangan merata-rata...Tapi ni sementara je kot..dah nak siap pun kerja-kerja diorang...next time datang lagi harap-harap semua dah siap..

Perjalanan balik mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit mungkin kurangnya jumpa lori-lori kayu balak, jalan pun menurun je alhamdulillah semua selamat takde apa-apa yang tak diingini berlaku.Selamat sampai di rumah pukul 6.20petang..

p/s : Kalau pergi ramai-ramai best ni...baru lagi meriah....jom...sape nak ikut.... :)


Thursday, 12 July 2012

Kursus ePerolehan dan Seminar Pemahaman Wasatiyyah

purple hubby punya
Hijau aku punya


Hari ni aku kena pegi kursus kat Kompleks pentadbiran kerajaan persekutuan negeri sabah, kat mini putrajaya..kursus berkaitan kerja je..bosan..nasib baik cepat habis..Hubby lak kena pegi dengar seminar kat Wisma Muis, Sembulan. So terpaksalah aku drive sendiri tadi..Hubby pegi ngan pegawai dia..


Dalam dewan tadi banyak kali aku terpaksa keluar dari dewan sebab batuk yang sungguh memalukan (batuk berkahak)..ditambah pulak ngan kesejukan aircond..Bila lah nak hilang batuk ni..cuaca yang tak menentu aku pulak suka minum ais..nasib lah badan ...


Balik ptg td, hujan lebat lagi...niat di hati nak ke rumah wani tengok baby shaheem..tapi apakan daya,banjir pulak kat jalan nak pegi umah wani tu..lain kali auntie eamy pegi ye shaheem... :)


Penat ..lewat lak aku tido malam ni..esok dah la banyak keje nak kena set up tempat untuk majlis penerimaan bot baru...lusa pun bizi ada program memancing anjuran pejabat aku..


Good night..walaupun xde orang baca...aku x kisah pun sbb blog ni bukan untuk promosi ape2 pun just suka2 je..Tp TQ gak kpd yang terbaca or mmg btul2 sudi baca hehehe.... :) 



About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts