Monday, 27 February 2012

Tak sanggup walaupun hanya seketika

Pagi-pagi lagi aku bangun harini. Bukan bersemangat. Tapi disebabkan hubby dah siap mandi dan aku masih bergolek tidur. Malu la u. Hari ni aku tak kerja. Off-duty semalam. Tapi aku kena g hantar hubby kat Sepanggar. Hubby kena belayar setelah sekian lamanya dia tak belayar disebabkan kapalnya rosak. Mungkin ini pelayaran terakhirnya kerana lepas bulan 3 ni hubby kena duk pejabat, satu pejabat lah dengan aku nanti.

Lamakah? entahlah. katanya kalau tak ada apa-apa, 3 hari je, tapi hari dia balik tu katanya dia kena duty pulak. Makanya paling awal pun hari Jumaat ni baru aku dapat jumpa hubby. Really miss him. Paling lama aku pernah berpisah sekejap dengan hubby selama 5 hari. Tu pun sebab aku berkursus di KL. Rindu gila time tu rasa tak nak pergi je tapi apakan daya kerja harus diutamakan juga.

Ni lah aku, tak boleh berpisah lama-lama. Kalau bagi yang dah biasa tak pe lah, Tapi aku ni jarang sangat berjauhan dari mula-mula kenal dulu dia memang sentiasa ada di sisi aku tatkala susah mahupun senang. I Love Him so Much.

Tapi dalam masa yang sama aku jugak kena belajar untuk terima perjalanan hidup ni. Mungkin esok-esok kami kena berjauhan disebabkan tugas kerja luar. Siapa tahu kan? So aku perlu persiapkan diri dan mentaliti aku sewajarnya sebab tak mahu la nanti besok2 boleh jadi mental down bila dah kena berjauhan dengan hubby. [mintak jauhlah kan]

on the way balik..kacamata tu nak cover sesuatu...:(

No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts