Friday, 24 February 2012

Merempit seTelaH sekiaN kaLinya

Petang tadi aku balik keje lambat sikit kul 4.45 baru kuar dr opis sebab banyak sangat keje yang tak siap. Tu la.

Urutan kaki di Feels Good Reflexology kat 1 Borneo lama sangat, kalau tak, takde lah kami lewat sampai kat pejabat. Yang keje pun satu, sibukkk je nak ada. Bila aku free..macam makan gaji buta pun ada, tapi bila sibuk. Nak berenti time tu jugak pun ada. Isk.Isk.Isk. Salahkah aku? [tak pasal2 lak ko..]


Sesampainya kat traffik light tiga, [traffik light pertama selepas keluar dari apartment bandar sierra menuju ke k.kinabalu] hubby call.

hubby : kat mana yang?
aku : Traffik light tiga, jap ek.
hubby : eem. Kelas tu minggu depan kan? [lain je nada suare.sindir aku leetteeww.]
aku : tak lah, hari ni la yang,.sorry la tadi ade keje sikit kat opis..
hubby : emm yelah. Drive leklok.

p/s : takpe jawab phone dlm kete..pakai blutooth la.. :)

Aku tengok jam dah pukul 5.12ptg. Mau tak hubby bising. Kelas start kul 6 kat AMC The School of Business. Kalau dekat takpe lah, ni kena harungi jem lagi waktu-waktu kemuncak macam ni.

Lepas park kete, aku dengar ada orang sound nama aku. Rupanya p.o Muktadir,suruh aku tunggu jap. Pastu dia bagitau ambil duit ngan anak dia. Tengok-tengok anak dia lari menuju ke arah aku. Fuhh,.kalau bukan pasal duit aku tak tunggu dah tu. Dia kasi duit kutu kat aku. Bulan ni aku dapat. Hehe. Lupa lak, dah membazir masa dekat 2 minit dah. Caboot....lari....

Adehh..ada lagi, kak ika lak panggil. Sebelum aku terlupa yang barang-barang dapur yang aku syoping waktu tengahari tadi aku tinggal dalam kete dia, tapi dia dengan baik atinya telah angkut naik ke rumahnya. Nasib baik rumah dia kat ground floor tu je. Malu aku, dah la tumpang barang dalam kete dia, tup-tup siap dia angkut naik lagi. Thanks awak..!

Tak boleh lepak lama-lama kat umah kak ika, nanti makin lewat aku. Dengan sepantas kilat aku melakukan pecutan lari naik rumah. Bayangkan dengan kiri kanan tangan aku bawak plastik, dengan berbaju kurung, handbag n heels lagi, naik tingkat 3 dan sampai depan pintu basah kuyup dengan peluh. Terus letak barang kat atas meja dan berlari mandi n solat asar. Siap je solat hubby baru nak ambil wuduk. Lega sikit ati aku ingatkan dia dah siap nak pegi dah. Then aku pegi dapur, nak kemas barang yang aku beli tu nak simpan kat mana patut, tapi tengok-tengok dah clear. Ayam dah disimpan dalam ice box, sayur pun dah. Susu dan roti pun dah disimpan kat tempat yang sepatutnya. Tengok kat ampaian baju pun dah siap dibasuh dan dijemur. Ada satu mesin lagi aku tengok ada uniform aku dan dia, baru nak berputar. Hubby tak keje hari ni. Mungkin dia kesiankan aku, hehe. Aduh terharu betul aku. Thanks sayang. .

Lepas hubby solat, Sempat lagi aku cakap ngan dia..
"kita pegi ngan moto je la bang..takut lewat lagi macam haritu.." - aku
"takut ujan je yang.." - hubby
"tak..kot..tadi ayg tengok langit cerah je..." - ayat sedapkan ati aku. Padahal aku dah rasa bersalah dah. hUhu..sorry sayang.

10 minit sebelum pukul 6 kami bergerak. naik ex5. Hubby cakap naik nouvo lambat, slow macam kura-kura. Hehe. [Lama rasanya aku tak merempit ngan hubby}. sesampainya kat jalan berdekatan dengan opis aku tu, punyalah jem nak mampos. Alhamdulillah, nasib baik naik moto, kalau tak memang lewat lagi la. Bersyukur gak sebab tak hujan.

Sampai je kat kelas, ada 2 orang je student yang dah sampai. Yang lainnye lewat lagi dari kami. [tadi kami lewat 10 minit je]. Laju laki aku bawak moto tadi, aku pejam mata jee takooottt..nak marah x berani dah sebab aku la yang jadik lewat tu..mueheheeee

Hari ni kelas last dah. PC Maintainance part II. Next nak ambil kursus lain plk. Lepas cuti lah kot.?


gambar hiasan...sorry..pinjam kat pak google..Sexy la you!

No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts