Monday, 27 February 2012

Misi mencari buah tangan di Pasar Tamu Kota Belud

Minggu depan (8 Mac 2012) aku dan hubby akan balik kampung. Eksaited giler. Dah dekat 5 Bulan aku tak jumpa mak n ayah aku. Rindu tau. Hubby ajak ke Kota Belud (KB). saje jalan-jalan cari buah tangan nak buat balik kampung.

Ni kali ke-2 kami ber'dating' ke sana, kali pertama pegi 8 Januari 2012. Kalau urusan kerja, aku dah pernah pegi beberapa kali jugaklah. Perjalanan ke KB mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kali ni aku yang drive disebabkan hubby penat kesian pula dia baru balik dari duty malam sebelumnya. Tapi kalau hubby yang drive kejap je dah sampai. =)
cian hubby penat..abaikan aku yang membulat tu.
Pasar Tamu Kota Belud ni ada pada pagi ahad setiap minggu je. Aku dah bagitau hubby pergi next week pun boleh tapi die takut kelam-kabut pulak sebab khamis tu dah nak balik kan. Tapi hubby nak pegi jugak so aku ikut je lah.. :)  Berdasarkan gambar kat atas tu aku bukan saja-saja nak bergaya bila pakai spek tau.. tapi disebabkan cuaca semalam memang panas. Aku ni kalau panas sangat aku memang akan mudah sakit kepala. So daripada aku sakit kepala baik la aku pakai spek ni huhu.
boleh rasa tak kepanasan cuaca ..huhu
Sampa je kat pasar tamu, tanpa membuang masa kami terus mencari barang-barang yang diperlukan. Sesudah menjumpainya terus kami balik sebab tak tahan dengan keramaian dan kepanasan kat situ huhu..

Gitar comel. Cute. 

Masa kat KB tak sempat nak berposing sangat, kamera aku lupe bawak. Yang ada hanyalah kamera handphone je. Layan je lah gambar yang tak seberapa ni ye. :)


Aku beli rantai manik jenis ni buat adik ipar aku.

Pose sikit...[mata bengkak..tido tak cukup..huhu]

Ni aku snap masa dah sampai kat umah. Benda ni la aku beli tadi. makcik yang jual ni cakap nama die tudung saji. Dari sebesar-besar saiz sampai lah ke kecik-kecik saiz. Tapi boleh jugak ni buat letak gula-gula kat atas meja kat opis ke..buat isi kacang ke..keropok ke...ok la jugak kalau buat buah tangan..Comel. Aku beli ni sepuluh bijik pelbagai saiz tapi yang kecil2 je. Tapi tak decide lagi nak bagi kat sape. Yang pastinya kat mak dan mak mertua aku lah dulu.. :)  Harga dalam RM3 sehingga RM13 je..

Benda pertama yang dikehendaki kalau ke Kota Belud. Parang Handmade. Satu Rm50. 


Halus kan die punya ukiran tu. Sarung pun cantik. Yang ni nak bagi kat abah aku, abah mertua aku, abang ipar aku, dan satu lagi tak decide lagi nak bagi kat sape.... :)

Tapi kan...sebenarnya parang ni mane boleh bawak naik flight..
so aku tak tau lagi camne nak bawak balik..hehe..beli je beria2..
Tapi..kapal hubby aku nanti nak ke Johor Shipyard. 
Mungkin la dia akan kirim kat kawan-kawan yang ikut belayar nanti.. :)

.
.
.
Wahhh...x sabahrnya nak balik kampung...
.
.
.
p/s :- barang dah letak kat satu tempat [dalam bilik stor, tinggal nak packing je..] 








No comments:

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016