Sunday, 12 February 2012

Menu di Sabah

Petang-petang macam ni aku takde buat ape, saja nak share gambar makanan yang dah lama terperuk di dalam folder laptop hubby. Buat menyemak je lama-lama kan. Tu yang aku terpikir nak tempek kat blog cabuk ni. 

Ni menu yang aku makan kat Food Court Giant Kolombong, masa lunch dalam bulan 10-11 tahun lepas. 
Harga nasi : RM4.50
Harga air : RM3.50

1) Isi ikan, aku pun tak tahu apa nama masakan ni. Tapi macam manis+ masam+ pedas yang tak berapa pedas sangat. Bolehlah.

2) Latok - merupakan salah satu hidangan tradisional masyarakat Bajau di Sabah. Latok ni juga dikenali sebagai rumpai laut yang mempunyai khasiatnya tersendiri termasuk menjadikan pemakannya sentiasa awet muda, dan dari segi perubatan pula menunjukkan rumpai laut mempunyai banyak iodin dan boleh mengatasi masalah kanser tiroid. Rumpai laut banyak mengandungi kalsium, magnesium dan zat besi untuk membantu memelihara kesihatan darah, tulang, otot, dan fungsi saraf.info : http://salamisimon1.blogspot.com . 

----> Yang ni aku surrender. Tak boleh telan. Semacam je aku rasa. Tapi hubby aku suka. Sebab nak makan "anggur laut" ni ada caranya jugak. Bukan boleh makan mentah-mentah macam aku makan ngan nasik ni. Sebenarnya kena gaul bersama buah mangga [masam] , cili padi, perah limau kasturi dan makan bersama ikan bakar. Kalau jalan kat pasar malam philipin tu banyak gerai-gerai makanan laut yang jual hidangan ni. Bagi aku ni lah pertama kali aku mencuba rumpai laut jenis ni dan ternyata tekak aku tak boleh menerimanya. Huhu. Mungkin bagi peminat-peminat asam-asam ni boleh mencubanya. 

3) Sambal belacan tumis. Sedap.......Aku suka...

4) Air carrot - sedap dan fresh...............

Tu je yang aku nak citer..Kalau salah info harap diberi teguran.. hehe..
.
.
.
.
.


No comments:

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016