Tuesday, 14 February 2012

Lamb cHop dan chicken ChoP sedap

Kat Kota Kinabalu ni susah nak cari tempat makan yang kena dengan tekak aku ni.
Kawan-kawan lain pun cakap macam tu jugak.
Ada jugak tempat yang sedap, tapi kena cari betul-betul.

Ahad haritu aku dan hubby singgah makan di Restoran Sri Juara, Kingfisher.
Restoran ni berada di Kingfisher Plaza, Kuala Inanam.
Dekat dengan Hospital Likas dan juga Giant Kingfisher. Restoran ni bersebelahan dengan Restoran Mawie.
Bukan Mawi penyanyi tu ok. Huhu.
Dulu ofis aku kat Kingfisher Riverside sebelah tu je. 
Selalu la pegi makan restoran-restoran kat sini. 

Bercerita mengenai Restoran Sri Juara ni. Dahulunya dikenali sebagai Restoran Juara je. Lepas pindah pejabat (hujung tahun 2010) aku memang tak pernah menjejakkan kaki ke restoran ni. Pada bulan 1 baru-baru ni aku dan kawan-kawan pejabat ke Hospital Likas melawat seorang pegawai kami yang baru bersalin. Aku terkejut bila tengok restoran ni dah bertukar jadik lebih besar dan kelihatan lebih menarik. Lunch kami di restoran ni la. Aku try Lamb Chop. Sedapppp.. 

Menu yang paling famous kat sini adalah nasi ayam dan roti pau. Sedap juge.... 
Malam tu aku try chicken chop with blackpaper sos plk. Hubby nak try lamb chop yang aku cakap kat dia tu sedap so dia nak rasa la betul ke sedap. 
Last skali baru dia percaya huhu.


Total : RM 30.10 [ada gak 10 sen tu]
Hubby cakap mahal. Aku pun cakap mahal. 
Tapi sedap. Boleh la tu kan? [ayat sedapkan ati]



Muncung mulut..haha. 



2 comments:

Ameh Wahab said...

OK kot harge macam tu kalo kat KL ni cm susah jgak nk dapat harge macma tu dgn rase yang memuaskan... =)

Zana Adieyza said...

nampak sedap... yummy2!! mahal xpe, janji sedap!

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016