Tuesday, 7 February 2012

aNnivErsaRy HoneyMooN~Part I

Hari Sabtu baru-baru (4/2/2012) ni aku dan hubby ke Kundasang untuk celebrate First Anniversary kami. 
Pada mulanya kami bercadang untuk ke mana-mana pulau kat KK ni tapi cuaca pulak tak menentu. 
So plan tu ditangguhkan buat sementara waktu,tunggu cuaca ok sikit baru pegi lagi. 
Anytime je kan bukan jauh pun. :) 
So kami bersepakat pegi bermalam di Kundasang lagipun selama kami kawen 
ni belum pernah lagi kami bermalam kat sana.
 Zaman bujang dulu pun sama xpernah jugak. 

Lepas subuh kami sambung tidur lagi gara-gara balik lewat malam sebelumnya 
coz kami keluar jalan-jalan. :)
Dekat pukul  9 am baru terjaga balik. Ish buruk betul la kan. Hehe. 
Bangun tu terus mandi dan kemas-kemas barang yang nak bawa. 
Kami bawa 1 beg galas dan 1 paper bag buat isi kasut dan baju kotor je. 
Ala pegi pun bukan lama just semalaman je pun. 
Kalau ikutkan satu hari pun dah cukup tapi kami memang dah plan nak merasa kesejukan tido kat sana.

Kami bertolak pukul 11 pagi dan kami singgah breakfast kat Taman Petra Jaya [PJ]...[errr..dah lunch kot..]
Lepas tu perjalanan diteruskan dan berhenti kejap di stesen minyak Petronas, Tuaran. Hubby isi minyak RM50 sebelum tu minyak dah ada dalam 3 bar, so dah fullbar. Isi siap-siap tak payah nak isi lagi dah. Kemudian kami bertolak lagi pada jam 11.30 lepas beli jajang dan air buat bekal pejalanan.

Cuaca hari tu baik je alhamdulillah kami selamat sampai di Pekan Nabalu dalam pukul 12.35 tengahari. 
Singgah sini kejap saje jalan-jalan jelajah tempat yang belum pernah kami selidik betul-betul. Sebelum ni pernah datang tapi just singgah kat kedai yang depan tu je. So kali ni spent banyak masa untuk jalan ke semua gerai kat sini.

Gambar ni kat atas menara pemerhati. Dari menara ni boleh nampak permandangan yang cantik sangat.

Ciku-cak. kat bawah tu macam rumah panjag tu adalah kedai-kedai cenderahati.

Posing jangan tak posing.


Ni la kedai yang aku maksudkan. err...kedai ke? hehe

Ni menara yang kami naik tadi. Tinggi jugak ni. Xsempat plk nak g posing sebelah nenas tu. 

Ni kraftangan Welcome to Pekan Nabalu. Kalau tak silap aku yang ni RM15 satu. [mahal] huhuhu

Buah rambutan. Best ni manis sangat. Bulu-bulu die panjang x macam buah kat kampung aku. RM5 sekilo.


Perjalanan diteruskan mencari hotel untuk di check in. Ni kerja last minit punya. Booking ape pun tak. So terpaksa lah cari dulu. Pada mulanya hubby nak bermalam di Strawberry Garden Hotel. Tapi penuh pula, terpaksa lah kami menjelajah hotel lain dan antaranya yang kami dah pegi Kinabalu Pines resort, The Cottage Hotel, Zen garden, Dream World Resort, U-Merlin Resort...dan kesemuanya tak lulus ada yang terlalu mahal [x mampu] dan ada juga yang teruk sangat disamping ada juga yang dah full-booking...

Haha ambik kau..hihihi..lain kali booking awal-awal ye..
tanpa memikirkan lagi tempat menginap kami malam tu, perjalanan kami diteruskan ke
Desa Dairy Farm Mesilau, Kundasang. Nak tengok lembu tenusu..nanti aku citer kat entri lain la entri ni dah panjang sangat..boring gile dah ni..hihi..

Last sekali kami singgah Kinabalu Rose Cabin...alhamdulillah nasib baik ada..harga bilik agak mahal bagi yang x berapa mampu macam aku ni..tapi disebabkan kami tertarik dengan hotel tu terus ambik lagipun dah nak malam dah buatnya takde bilik balik rumah gak hehe....Cite pasal hotel ni nanti la kalau aku rajin aku citer hihihi....

2 comments:

amal said...

hee syok kan dok kundasang. sejukkk hikhik.. masa mak saya datang dulu pn kitorang igt nak duduk kat Kinabalu Rose Cabin tu. nak amik 2 bilik cam mahal je.. last2 kitorang sewa homestay tu, murahla ehe..homestay tu dkat dgn kinabalu pine resort tu..

teringin jugak nak pegi lagi. tp tunggu baby keluar dulu lah :D

oh happy anniversary!!

eamy milea said...

sejukk sgt waNie...beshh tido nyenyak je...lps ni kena g lagi..:) tq wanie...:).

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016