Tuesday, 28 February 2012

~Baju + Video kamu karaoke~

Entrieeee.....Entri..........entri.........

Baju :
Dari semalam dan malam ni, mujurlah ada sehelai baju hubby yang tak dibasuh lagi. Tu pun jumpa di balik bakul kain yang nak dibasuh. Mungkin baju tu saje je nak menyorok. Baik betul kan ko ni baju. Kalau ko tak de, susah lah aku nak lelapkan mata. Baju oh baju.

Video:
Terima kasih juga rakaman video di telepon. Boleh buat peneman tidur. Dapat dengar suara dan cium baju ok lah kan. Nasib isteri pelaut. Bila dah kat laut, susah dapat line.



Disember 2011..The Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau Kudat, Sabah.


p/s : Rindu gilerr kat awak.... Fuhh..Nasib baik besok dah boleh jumpa. 

Monday, 27 February 2012

Misi mencari buah tangan di Pasar Tamu Kota Belud

Minggu depan (8 Mac 2012) aku dan hubby akan balik kampung. Eksaited giler. Dah dekat 5 Bulan aku tak jumpa mak n ayah aku. Rindu tau. Hubby ajak ke Kota Belud (KB). saje jalan-jalan cari buah tangan nak buat balik kampung.

Ni kali ke-2 kami ber'dating' ke sana, kali pertama pegi 8 Januari 2012. Kalau urusan kerja, aku dah pernah pegi beberapa kali jugaklah. Perjalanan ke KB mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kali ni aku yang drive disebabkan hubby penat kesian pula dia baru balik dari duty malam sebelumnya. Tapi kalau hubby yang drive kejap je dah sampai. =)
cian hubby penat..abaikan aku yang membulat tu.
Pasar Tamu Kota Belud ni ada pada pagi ahad setiap minggu je. Aku dah bagitau hubby pergi next week pun boleh tapi die takut kelam-kabut pulak sebab khamis tu dah nak balik kan. Tapi hubby nak pegi jugak so aku ikut je lah.. :)  Berdasarkan gambar kat atas tu aku bukan saja-saja nak bergaya bila pakai spek tau.. tapi disebabkan cuaca semalam memang panas. Aku ni kalau panas sangat aku memang akan mudah sakit kepala. So daripada aku sakit kepala baik la aku pakai spek ni huhu.
boleh rasa tak kepanasan cuaca ..huhu
Sampa je kat pasar tamu, tanpa membuang masa kami terus mencari barang-barang yang diperlukan. Sesudah menjumpainya terus kami balik sebab tak tahan dengan keramaian dan kepanasan kat situ huhu..

Gitar comel. Cute. 

Masa kat KB tak sempat nak berposing sangat, kamera aku lupe bawak. Yang ada hanyalah kamera handphone je. Layan je lah gambar yang tak seberapa ni ye. :)


Aku beli rantai manik jenis ni buat adik ipar aku.

Pose sikit...[mata bengkak..tido tak cukup..huhu]

Ni aku snap masa dah sampai kat umah. Benda ni la aku beli tadi. makcik yang jual ni cakap nama die tudung saji. Dari sebesar-besar saiz sampai lah ke kecik-kecik saiz. Tapi boleh jugak ni buat letak gula-gula kat atas meja kat opis ke..buat isi kacang ke..keropok ke...ok la jugak kalau buat buah tangan..Comel. Aku beli ni sepuluh bijik pelbagai saiz tapi yang kecil2 je. Tapi tak decide lagi nak bagi kat sape. Yang pastinya kat mak dan mak mertua aku lah dulu.. :)  Harga dalam RM3 sehingga RM13 je..

Benda pertama yang dikehendaki kalau ke Kota Belud. Parang Handmade. Satu Rm50. 


Halus kan die punya ukiran tu. Sarung pun cantik. Yang ni nak bagi kat abah aku, abah mertua aku, abang ipar aku, dan satu lagi tak decide lagi nak bagi kat sape.... :)

Tapi kan...sebenarnya parang ni mane boleh bawak naik flight..
so aku tak tau lagi camne nak bawak balik..hehe..beli je beria2..
Tapi..kapal hubby aku nanti nak ke Johor Shipyard. 
Mungkin la dia akan kirim kat kawan-kawan yang ikut belayar nanti.. :)

.
.
.
Wahhh...x sabahrnya nak balik kampung...
.
.
.
p/s :- barang dah letak kat satu tempat [dalam bilik stor, tinggal nak packing je..] 








Tak sanggup walaupun hanya seketika

Pagi-pagi lagi aku bangun harini. Bukan bersemangat. Tapi disebabkan hubby dah siap mandi dan aku masih bergolek tidur. Malu la u. Hari ni aku tak kerja. Off-duty semalam. Tapi aku kena g hantar hubby kat Sepanggar. Hubby kena belayar setelah sekian lamanya dia tak belayar disebabkan kapalnya rosak. Mungkin ini pelayaran terakhirnya kerana lepas bulan 3 ni hubby kena duk pejabat, satu pejabat lah dengan aku nanti.

Lamakah? entahlah. katanya kalau tak ada apa-apa, 3 hari je, tapi hari dia balik tu katanya dia kena duty pulak. Makanya paling awal pun hari Jumaat ni baru aku dapat jumpa hubby. Really miss him. Paling lama aku pernah berpisah sekejap dengan hubby selama 5 hari. Tu pun sebab aku berkursus di KL. Rindu gila time tu rasa tak nak pergi je tapi apakan daya kerja harus diutamakan juga.

Ni lah aku, tak boleh berpisah lama-lama. Kalau bagi yang dah biasa tak pe lah, Tapi aku ni jarang sangat berjauhan dari mula-mula kenal dulu dia memang sentiasa ada di sisi aku tatkala susah mahupun senang. I Love Him so Much.

Tapi dalam masa yang sama aku jugak kena belajar untuk terima perjalanan hidup ni. Mungkin esok-esok kami kena berjauhan disebabkan tugas kerja luar. Siapa tahu kan? So aku perlu persiapkan diri dan mentaliti aku sewajarnya sebab tak mahu la nanti besok2 boleh jadi mental down bila dah kena berjauhan dengan hubby. [mintak jauhlah kan]

on the way balik..kacamata tu nak cover sesuatu...:(

Friday, 24 February 2012

Perlawanan Persahabatan (Bolasepak) - Sabah dan Malaysia

Tak sangka pulak aku malam ni ada friendly bolasepak sabah menentang Malaysia. Patutlah jalan jem giler masa kami 

                             Merempit seTelaH sekiaN kaLinya


Sebab kalau hari biasanya tak da lah sampai jem begini. 

Lepas je habis kelas kat AMC tu, terus lah kami menyinggah kat stadium ni. Tup-tup dapat plk masuk. Mungkin sebabkan friendly games kot? ataupun sebab game dah habis masa pertama. 

Sorry tak de kamera yang bagus-bagus.

Masa ni sabah dapat gol sebijik tapi sayangnya tak dikira, offsaid mungkin? Sebab seat kami belakang goal harimau malaysia. 

Ingatkan nak snap pic Safee Salie tu, sedih betul la dengan kamera fonku ini.

Keputusan perlawanan ni ialah :-
Sabah (0) dan Malaysia (1)

Jem gile dekat stadium. Nasib baik kami dengan motor..boleh celah-mencelah .
.Kalau tak..
Meleleh ayaq mata no..[ayat pak din]
'
'
'
'
bye~
'
'
'

Merempit seTelaH sekiaN kaLinya

Petang tadi aku balik keje lambat sikit kul 4.45 baru kuar dr opis sebab banyak sangat keje yang tak siap. Tu la.

Urutan kaki di Feels Good Reflexology kat 1 Borneo lama sangat, kalau tak, takde lah kami lewat sampai kat pejabat. Yang keje pun satu, sibukkk je nak ada. Bila aku free..macam makan gaji buta pun ada, tapi bila sibuk. Nak berenti time tu jugak pun ada. Isk.Isk.Isk. Salahkah aku? [tak pasal2 lak ko..]


Sesampainya kat traffik light tiga, [traffik light pertama selepas keluar dari apartment bandar sierra menuju ke k.kinabalu] hubby call.

hubby : kat mana yang?
aku : Traffik light tiga, jap ek.
hubby : eem. Kelas tu minggu depan kan? [lain je nada suare.sindir aku leetteeww.]
aku : tak lah, hari ni la yang,.sorry la tadi ade keje sikit kat opis..
hubby : emm yelah. Drive leklok.

p/s : takpe jawab phone dlm kete..pakai blutooth la.. :)

Aku tengok jam dah pukul 5.12ptg. Mau tak hubby bising. Kelas start kul 6 kat AMC The School of Business. Kalau dekat takpe lah, ni kena harungi jem lagi waktu-waktu kemuncak macam ni.

Lepas park kete, aku dengar ada orang sound nama aku. Rupanya p.o Muktadir,suruh aku tunggu jap. Pastu dia bagitau ambil duit ngan anak dia. Tengok-tengok anak dia lari menuju ke arah aku. Fuhh,.kalau bukan pasal duit aku tak tunggu dah tu. Dia kasi duit kutu kat aku. Bulan ni aku dapat. Hehe. Lupa lak, dah membazir masa dekat 2 minit dah. Caboot....lari....

Adehh..ada lagi, kak ika lak panggil. Sebelum aku terlupa yang barang-barang dapur yang aku syoping waktu tengahari tadi aku tinggal dalam kete dia, tapi dia dengan baik atinya telah angkut naik ke rumahnya. Nasib baik rumah dia kat ground floor tu je. Malu aku, dah la tumpang barang dalam kete dia, tup-tup siap dia angkut naik lagi. Thanks awak..!

Tak boleh lepak lama-lama kat umah kak ika, nanti makin lewat aku. Dengan sepantas kilat aku melakukan pecutan lari naik rumah. Bayangkan dengan kiri kanan tangan aku bawak plastik, dengan berbaju kurung, handbag n heels lagi, naik tingkat 3 dan sampai depan pintu basah kuyup dengan peluh. Terus letak barang kat atas meja dan berlari mandi n solat asar. Siap je solat hubby baru nak ambil wuduk. Lega sikit ati aku ingatkan dia dah siap nak pegi dah. Then aku pegi dapur, nak kemas barang yang aku beli tu nak simpan kat mana patut, tapi tengok-tengok dah clear. Ayam dah disimpan dalam ice box, sayur pun dah. Susu dan roti pun dah disimpan kat tempat yang sepatutnya. Tengok kat ampaian baju pun dah siap dibasuh dan dijemur. Ada satu mesin lagi aku tengok ada uniform aku dan dia, baru nak berputar. Hubby tak keje hari ni. Mungkin dia kesiankan aku, hehe. Aduh terharu betul aku. Thanks sayang. .

Lepas hubby solat, Sempat lagi aku cakap ngan dia..
"kita pegi ngan moto je la bang..takut lewat lagi macam haritu.." - aku
"takut ujan je yang.." - hubby
"tak..kot..tadi ayg tengok langit cerah je..." - ayat sedapkan ati aku. Padahal aku dah rasa bersalah dah. hUhu..sorry sayang.

10 minit sebelum pukul 6 kami bergerak. naik ex5. Hubby cakap naik nouvo lambat, slow macam kura-kura. Hehe. [Lama rasanya aku tak merempit ngan hubby}. sesampainya kat jalan berdekatan dengan opis aku tu, punyalah jem nak mampos. Alhamdulillah, nasib baik naik moto, kalau tak memang lewat lagi la. Bersyukur gak sebab tak hujan.

Sampai je kat kelas, ada 2 orang je student yang dah sampai. Yang lainnye lewat lagi dari kami. [tadi kami lewat 10 minit je]. Laju laki aku bawak moto tadi, aku pejam mata jee takooottt..nak marah x berani dah sebab aku la yang jadik lewat tu..mueheheeee

Hari ni kelas last dah. PC Maintainance part II. Next nak ambil kursus lain plk. Lepas cuti lah kot.?


gambar hiasan...sorry..pinjam kat pak google..Sexy la you!

Urutan kaki di Feels Good Reflexology

Hari ni hari jumaat. 
Kami diwajibkan pakai baju kurung/kebaya/smart casual.
Hari ni jugaklah kami suka. Sebab Jumaat kan. 
Esok weekend......yahuuuuuuuu
Dan Jumaat jugalah Penghulu segala Hari..
Jumaat lah kami dapat rehat lama. 
Kat sabah, Kul 11.30 dah boleh keluar dah. Sebab waktu solat kat sini awal sejam dari semenanjung.

Hari ni kak ika mengajak aku ke 1 Borneo hypermall.
Dia nak beli kek untuk besday husband dia esok.
Sebelum beli kek, kami jalan-jalan cuci mata dulu. Aku ada beli  Audrey lingerie 3 helai, kat parkson. Sape suruh buat sales. Kan aku dah terbeli. ;p

Pastu kami jalan-jalan lagi, tengah duk sembang-sembang, ter-urut plk kaki kat feels good reflexology, Rm28  for 40 minit. Tapi kami tambah Rm10 untuk urut guna batu panas. Total RM38. Dekat sejam jugaklah. Tapi best la kakak tu urut. Ada rasa sakit2 sikit kak ika cakap biasa dah tu . Aku la yang jakun mana penah aku urut kaki ni. Kalau urut badan pernah lah sekali. Tu pun tahun 2009 mula-mula aku dok kat sabah. Gatal nak rasa urutan spa haha.



kak ika.


Comot gile aku.



kat sini diorang akan tanya samaada kita boleh ke diurut oleh lelaki.? Gila ko nak ambik pak urut? huhu.
berdosa besar tau, bukan muhrim....:)
'
'
'
'
'
bye~

Wednesday, 22 February 2012

AMC the school of business

Kul 2.30 tadi aku dan hubby ke stadium likas, sebabnye kami ada jogging bersama warga pejabat. 
Pagi tadi aku g keje ngan kak ika, so hubby datang ambil aku di pejabat sebab kak ika x nak pegi dia ada hal. 
sebelum tu kami lunch dulu di restoran sri Kajura berdekatan dengan stadium.
Best gak jogging meleleh kuar air peluh. Bukan joging saja siap ada senaman komando lagi.
 So far ok lah sebab yang cip yang conduct tadi tu memang berpengalaman dalam senaman ni.

Lepas tu hubby singgah yayasan sabah untuk main futsal, aku tido je dalam kete x kuasa aku nak tengok diorang main, curi masa rest sebab malam kang ada kelas PC Maintainance part I kat AMC.
Dekat pukul 5 suku baru bergegas kami balik. Baru kelam-kabut. Ingatkan nak cancel je kelas tu tapi risau plk nanti kena block untuk next course. So aku call AMC, cakap ngan diorang yang datang lewat sikit nasib baik diorang cakap ok [dalam 1/2 jam ok lagi la.]

Dengan lajunya hubby bawak kete. Sampai kelas pukul 6.30. Ngam2. Rupanya ada lagi yang lewat dari kami. Hehe. Next kami datang awal la, insyaallah.

Kelas hari ni best jgk lah walaupun first time join kursus kat sini, tenaga pengajarnya baik dan mesra alam. 
Maklumat yang disampaikan pun jelas dan mudah difahami. Kursus free, sijil, makan dan minum pun disediakan.
Sesiapa pun patut grab peluang yang ada ni.
Rugi kalau tak grab. :)

Sempat lagi.

Aku kah? :)

Yang ni pembantu pengajar, gambar pengajar lupa nak snap.

Luv u sayang.

Nak jugak. Walaupun muka comot. 

Kepada sesiapa yang nak join kursus-kursus free @ berbayar, boleh register kat website AMC .

Program ni ada kat Sabah je. :) kat negeri lain tak sure plk aku. Yang ni kami ambil kelas part time pukul 6ptg - 9.45 malam. Tapi kena 2 hari baru dapat sijil. Next kelas kami pada Jumaat, 24 Februari 2012. :)
.
.
.
bye2
.
.
.

Tuesday, 21 February 2012

tahniah to my S.i.L ... :)

err..bukan dia tahu pun aku wish kat sini. 
Nak wish kat FB takut ramai lak yang tau
Tadi hubby dah call n aku pun dah wish jgk ..hehe

Eksaited kami laki bini..
Nak dapat anak sedara pertama [ bagi family hubby ]
alhamdulillah....berkat doa semua..


my SiL ni pJJ ngan hubby dia..
Sorg kelantan, sorg putrajaya..
Tahniah untuk kakak n abe jue...
:)


p/s :: doakan kami gak...:)

Tuesday, 14 February 2012

Lamb cHop dan chicken ChoP sedap

Kat Kota Kinabalu ni susah nak cari tempat makan yang kena dengan tekak aku ni.
Kawan-kawan lain pun cakap macam tu jugak.
Ada jugak tempat yang sedap, tapi kena cari betul-betul.

Ahad haritu aku dan hubby singgah makan di Restoran Sri Juara, Kingfisher.
Restoran ni berada di Kingfisher Plaza, Kuala Inanam.
Dekat dengan Hospital Likas dan juga Giant Kingfisher. Restoran ni bersebelahan dengan Restoran Mawie.
Bukan Mawi penyanyi tu ok. Huhu.
Dulu ofis aku kat Kingfisher Riverside sebelah tu je. 
Selalu la pegi makan restoran-restoran kat sini. 

Bercerita mengenai Restoran Sri Juara ni. Dahulunya dikenali sebagai Restoran Juara je. Lepas pindah pejabat (hujung tahun 2010) aku memang tak pernah menjejakkan kaki ke restoran ni. Pada bulan 1 baru-baru ni aku dan kawan-kawan pejabat ke Hospital Likas melawat seorang pegawai kami yang baru bersalin. Aku terkejut bila tengok restoran ni dah bertukar jadik lebih besar dan kelihatan lebih menarik. Lunch kami di restoran ni la. Aku try Lamb Chop. Sedapppp.. 

Menu yang paling famous kat sini adalah nasi ayam dan roti pau. Sedap juge.... 
Malam tu aku try chicken chop with blackpaper sos plk. Hubby nak try lamb chop yang aku cakap kat dia tu sedap so dia nak rasa la betul ke sedap. 
Last skali baru dia percaya huhu.


Total : RM 30.10 [ada gak 10 sen tu]
Hubby cakap mahal. Aku pun cakap mahal. 
Tapi sedap. Boleh la tu kan? [ayat sedapkan ati]



Muncung mulut..haha. 



Monday, 13 February 2012

Kalau Allah s.w.t nak tarik balik rezeki tu, bila-bila masa je.

Entri mengguris perasaan.

Sebelum cakap apa-apa kat seseorang tu ko perlu pikir dulu 
perlu 
atau tak ko nak tanya soalan tu.
Kalau sekali dua kali tiga kali boleh lagi. 
Lagipun aku rasa tak perlu la nak tanya lebih-lebih.
Nak tanya lebih-lebih pun boleh, tapi 
tolong la
 atur cara ko bertanya tu baik-baik supaya 
tak mengguris perasaan orang. 
Aku bukan raja. Bukan permaisuri. Bukan YDP Agung sekalipun. 
Tapi aku pun manusia.
Cuba ko yang duduk di tempat aku. Apa ko rasa?
Ko jangan nak megah dengan apa yang ko dah ada sekarang.
Kalau Allah s.w.t nak tarik balik rezeki tu, bila-bila masa je. 


Sunday, 12 February 2012

Menu di Sabah

Petang-petang macam ni aku takde buat ape, saja nak share gambar makanan yang dah lama terperuk di dalam folder laptop hubby. Buat menyemak je lama-lama kan. Tu yang aku terpikir nak tempek kat blog cabuk ni. 

Ni menu yang aku makan kat Food Court Giant Kolombong, masa lunch dalam bulan 10-11 tahun lepas. 
Harga nasi : RM4.50
Harga air : RM3.50

1) Isi ikan, aku pun tak tahu apa nama masakan ni. Tapi macam manis+ masam+ pedas yang tak berapa pedas sangat. Bolehlah.

2) Latok - merupakan salah satu hidangan tradisional masyarakat Bajau di Sabah. Latok ni juga dikenali sebagai rumpai laut yang mempunyai khasiatnya tersendiri termasuk menjadikan pemakannya sentiasa awet muda, dan dari segi perubatan pula menunjukkan rumpai laut mempunyai banyak iodin dan boleh mengatasi masalah kanser tiroid. Rumpai laut banyak mengandungi kalsium, magnesium dan zat besi untuk membantu memelihara kesihatan darah, tulang, otot, dan fungsi saraf.info : http://salamisimon1.blogspot.com . 

----> Yang ni aku surrender. Tak boleh telan. Semacam je aku rasa. Tapi hubby aku suka. Sebab nak makan "anggur laut" ni ada caranya jugak. Bukan boleh makan mentah-mentah macam aku makan ngan nasik ni. Sebenarnya kena gaul bersama buah mangga [masam] , cili padi, perah limau kasturi dan makan bersama ikan bakar. Kalau jalan kat pasar malam philipin tu banyak gerai-gerai makanan laut yang jual hidangan ni. Bagi aku ni lah pertama kali aku mencuba rumpai laut jenis ni dan ternyata tekak aku tak boleh menerimanya. Huhu. Mungkin bagi peminat-peminat asam-asam ni boleh mencubanya. 

3) Sambal belacan tumis. Sedap.......Aku suka...

4) Air carrot - sedap dan fresh...............

Tu je yang aku nak citer..Kalau salah info harap diberi teguran.. hehe..
.
.
.
.
.


Tuesday, 7 February 2012

aNnivErsaRy HoneyMooN~Part I

Hari Sabtu baru-baru (4/2/2012) ni aku dan hubby ke Kundasang untuk celebrate First Anniversary kami. 
Pada mulanya kami bercadang untuk ke mana-mana pulau kat KK ni tapi cuaca pulak tak menentu. 
So plan tu ditangguhkan buat sementara waktu,tunggu cuaca ok sikit baru pegi lagi. 
Anytime je kan bukan jauh pun. :) 
So kami bersepakat pegi bermalam di Kundasang lagipun selama kami kawen 
ni belum pernah lagi kami bermalam kat sana.
 Zaman bujang dulu pun sama xpernah jugak. 

Lepas subuh kami sambung tidur lagi gara-gara balik lewat malam sebelumnya 
coz kami keluar jalan-jalan. :)
Dekat pukul  9 am baru terjaga balik. Ish buruk betul la kan. Hehe. 
Bangun tu terus mandi dan kemas-kemas barang yang nak bawa. 
Kami bawa 1 beg galas dan 1 paper bag buat isi kasut dan baju kotor je. 
Ala pegi pun bukan lama just semalaman je pun. 
Kalau ikutkan satu hari pun dah cukup tapi kami memang dah plan nak merasa kesejukan tido kat sana.

Kami bertolak pukul 11 pagi dan kami singgah breakfast kat Taman Petra Jaya [PJ]...[errr..dah lunch kot..]
Lepas tu perjalanan diteruskan dan berhenti kejap di stesen minyak Petronas, Tuaran. Hubby isi minyak RM50 sebelum tu minyak dah ada dalam 3 bar, so dah fullbar. Isi siap-siap tak payah nak isi lagi dah. Kemudian kami bertolak lagi pada jam 11.30 lepas beli jajang dan air buat bekal pejalanan.

Cuaca hari tu baik je alhamdulillah kami selamat sampai di Pekan Nabalu dalam pukul 12.35 tengahari. 
Singgah sini kejap saje jalan-jalan jelajah tempat yang belum pernah kami selidik betul-betul. Sebelum ni pernah datang tapi just singgah kat kedai yang depan tu je. So kali ni spent banyak masa untuk jalan ke semua gerai kat sini.

Gambar ni kat atas menara pemerhati. Dari menara ni boleh nampak permandangan yang cantik sangat.

Ciku-cak. kat bawah tu macam rumah panjag tu adalah kedai-kedai cenderahati.

Posing jangan tak posing.


Ni la kedai yang aku maksudkan. err...kedai ke? hehe

Ni menara yang kami naik tadi. Tinggi jugak ni. Xsempat plk nak g posing sebelah nenas tu. 

Ni kraftangan Welcome to Pekan Nabalu. Kalau tak silap aku yang ni RM15 satu. [mahal] huhuhu

Buah rambutan. Best ni manis sangat. Bulu-bulu die panjang x macam buah kat kampung aku. RM5 sekilo.


Perjalanan diteruskan mencari hotel untuk di check in. Ni kerja last minit punya. Booking ape pun tak. So terpaksa lah cari dulu. Pada mulanya hubby nak bermalam di Strawberry Garden Hotel. Tapi penuh pula, terpaksa lah kami menjelajah hotel lain dan antaranya yang kami dah pegi Kinabalu Pines resort, The Cottage Hotel, Zen garden, Dream World Resort, U-Merlin Resort...dan kesemuanya tak lulus ada yang terlalu mahal [x mampu] dan ada juga yang teruk sangat disamping ada juga yang dah full-booking...

Haha ambik kau..hihihi..lain kali booking awal-awal ye..
tanpa memikirkan lagi tempat menginap kami malam tu, perjalanan kami diteruskan ke
Desa Dairy Farm Mesilau, Kundasang. Nak tengok lembu tenusu..nanti aku citer kat entri lain la entri ni dah panjang sangat..boring gile dah ni..hihi..

Last sekali kami singgah Kinabalu Rose Cabin...alhamdulillah nasib baik ada..harga bilik agak mahal bagi yang x berapa mampu macam aku ni..tapi disebabkan kami tertarik dengan hotel tu terus ambik lagipun dah nak malam dah buatnya takde bilik balik rumah gak hehe....Cite pasal hotel ni nanti la kalau aku rajin aku citer hihihi....

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts