Sunday, 1 January 2012

Tupai boleh makan ke?

Sape ada tengok tadi channel 105 Astro Prima, Rancangan Travelog Langit dan Bumi [ulangan punye kot] yang disampaikan oleh pengacara Zainal Alam Kadir dan Azura Zainal ?? Rancangan tu mengenai tempat-tempat percutian yang menarik di Malaysia dan juga Negara Luar. Ni first time aku tengok rancangan ni. Dah lama aku nak tengok cuma selalu tak berkesempatan.

Hari ni satu hari aku dapat tengok tV sebab hubby duty. So tadi aku tengoklah. Langit dan Bumi malam ni menceritakan tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu, Sabah iaitu di bumi yang aku tengah berpijak sekarang. Memang menarik rancangan ni dan aku dapat banyak maklumat serta penjelasan mengenai kebudayaan di Negeri Sabah ni. Kebanyakan tempat yang dipaparkan aku dah pernah pergi cuma aku ni tak berapa reti nak menulis yang best-best macam kamu2 semua wahai bloggers :) 

Tapi yang menarik perhatian aku tadi adalah mengenai Azura Zainal yang melawat rumah kebudayaan kaum-kaum di Sabah, kalau tak silap aku tadi dia tengah melawat perkampungan budaya dekat Muzium negeri. Sebabnya aku n hubby pernah pegi sana masa zaman muda-mudi dulu [cheewah..] so sedikit sebanyak aku ingat juga lah lokasi dia tu. Cuma masa kami melawat perkampungan tu, tiada penyambut tetamu [pekerja yang ditugaskan untuk memberi penerangan] macam dalam program tu, semua pelawat hanya buat lawatan sendiri-sendiri saja tanpa penerangan yang jelas mengenai kebudayaan kaum di sana. 

pre-wedding  photoshoot kami.. :)
Erm..nak diceritakan kat sini adalah Azura tu..yang ter-makan makanan yang diberi oleh lelaki kaum Murut [aku tak sure..sebab sambil tengok sambil layan FB] dan aku tengok tu masa azura dah makan, lepas makan baru dia tanya  'sedapnya...Ini apa..?' dan lelaki tu cakap... 'tupai',,,,Si azura tu blurr je muka dan cakap ..'tupai pun tupai lah...' :) Mungkin Azura sendiri pun tak sure tupai ni boleh makan ke tak.. 

TErus aku menelan air liur...err...tupai boleh makan ke? Seriously aku tak tau. Sepanjang yang aku tahu, dulu masa kat kampung aku ada la orang berbangsa cina datang bawak senapang patah. Kata arwah atuk aku "orang cina ni nak tembak tupai ..diorang nak makan. Orang cina bleh makan, kita tak boleh makan..." So yang aku tau memang tak boleh makan. Laju je aku search ifo mengenai tupai ni, dan hasilnya tupai adalah seperti berikut,,,

Hukum Makan Tupai dan Monyet

Postby kakashi »

Assalamualaikum kepada seluruh warga Al-Ahkam. Semoga segala usaha yang baik kita lakukan untuk Islam akan memberkati kehidupan kita dunia dan akhirat.

Berkenaan dengan makanan. Sebelum ini saya ada membaca topic berkenaan hidupan ketam. Samaada kita boleh makan tau tidak dan sebagainya. Begitu juga dengan topic jenis-jenis haiwan yang tidak boleh di makan. OLeh itu saya ingin bertanya ( tak paham lagi )..

Bagaimana dengan monyet dan tupai... adakah kita boleh makan haiwan seperti ini....

Semoga saya mendapat jawapan dari pihak Al-Ahkam...

Sekian terima kasih :roll:


______________________________
Postby ziy@d »

salam

tupai adalah harus dimakan. tupai bukanlah dikategorikan sbg binatang buas ataupun binatang yg suka kepada kekotoran. Tupai adalah sejenis haiwan yg suka memakan tumbuhan/sayuran. ia tidak beracun dan tidak membahayakan manusia.

Manakala, monyet atau kera adalah binatang yg buas, melawan manusia.รพ

Dari Abu Tsa'labah bahawa Nabi s.a.w melarang dari memakan setiap binatang buas yang bertaring
(Hadith riwayat Muslim)

Perlu diketahui bahawa hadith ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah dalam I'lamul Muwaqqi'in (2/118-119)

Maksudnya "dziinaab" yakni binatang yang memiliki taring atau kuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau, beruang, kera dan sejenisnya. Semua itu haram dimakan". (Lihat Syarh Sunnah (11/234) oleh Imam Al-Baghawi).

Hadith ini secara jelas menunjukkan haramnya memakan binatang buas yang bertaring bukan hanya makruh saja. Pendapat yang menyatakan makruh saja adalah pendapat yang salah. (lihat At-Tamhid (1/111) oleh Ibnu Abdil Barr, I'lamul Muwaqqi'in (4-356) oleh Ibnu Qayyim dan As-Shahihah no. 476 oleh Al-Albani.

Imam Ibnu Abdil Barr juga mengatakan dalam At-Tamhid (1/127): "Saya tidak mengetahui perselisihan pendapat di kalangan ulama kaum muslimin bahawa kera tidak boleh dimakan dan tidak boleh dijual kerana tidak ada manfaatnya. Dan kami tidak mengetahui seorang ulama' pun yang membolehkan untuk memakannya. Demikian pula anjing, gajah dan seluruh binatang buas yang bertaring. Semuanya sama saja bagiku (keharamannya). Dan hujjah adalah sabda Nabi saw bukan pendapat orang....".

aklam


So sekiranya korang ada knowledge mengenai Tupai ni boleh la bagitau aku gak ek..Kalau tak tanya manala nak tau betul tak.. :) 
sumber :: google..

p/s :: errr......geli lak tgk tupai ni...tapi kawan aku cakap tupai ni sedap rasa die macam burung puyuh..burung puyuh memang faveret aku tapi....tupai...? huk3x...mb aku akan berpikir 7,8,9 kali dulu la huhuhu........





2 comments:

amal said...

huhu haritu ada gak tengok. macam rentung jek tupai tuh ahah.. tapi x perasan pulak azura makan...

eamy milea said...

ada dia makan,,,gulp...geli awk..huhu

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts