Tuesday, 3 January 2012

~Selamat berpisah Bigbos~

Bukan senang nak dapat feel rajin tulis blog ni. Agak-agaknya lah aku ni kena tunggu betul-betul ada feel baru boleh menaip. Musykil aku dengan blogger yang betul-betul rajin dan bersemangat menghasilkan entri-entri yang best dan menarik minat aku untuk membaca blog beliau. Tapi tak dinafikan aku memang wajib buka blog beliau sejak setahun yang lalu. 

Eh dah setahun rupanya aku duk jenguk blog dia. Tak mau la aku cakap sape orang tu malu pulak aku ni kan pemalu hahaha. Yang pastinya aku memang sukakan blog beliau, hasil tulisan dia, ngomelan-ngomelan dia...huhu...:) Tapi biarlah aku dan hubby je yang tau. Hubby aku? Dia pun tahu aku ada blog ni, cuma dia tak berapa suka sekiranya aku tulis yang mengarut-mengarut dan mem-follow blog orang lelaki hehe..

Sekarang ni tinggal aku sorang-sorang kat opis. Pagi tadi ada majlis serah-menyerah tugas Big bos aku yang akan bertukar keluar ke Kuantan serta menyambut kedatangan bos baru, Laksmana Pertama (M) Karunanithi A/L Munusamy Aku tak kenal lagi bigbos baru, tapi bagi aku yang berada di pejabat daerah, bigbos yang lama memang x kenal pun aku maklumlah aku ni low-profile so tak ada kerja aku yang memerlukan aku bersemuka dengan bigbos lama tu. Lainlah kalau kami kerja satu pejabat kan, kalau betul-betul kena mengadap muka dia pun masa perbarisan, annual dinner, sukan, dan juga majlis agama. Namun bukan sempat la untuk beliau mengecami aku hehee...

Bigbos lama..Laksma Taha..
So kepada bigbos lama, Laksmana Pertama (M) Mohd Taha, selamat berpisah daripada aku dan suami, maafkan segala kesalahan dan selamat menjalankan tugas di tempat baru. Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang boleh kita bertemu lagi. 

No comments:

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016