Monday, 23 January 2012

popia goreng special resepi sendiri

dah potong kecik2,,senang nak ngapp terus hehe
Resepi ni aku buat sendiri je, aku tanya mak aku dan juga aku ubah n tambah sikit2 masa bujang tahun 2010 n bagi kat asben ckit..dia suka, n sampai skrg asben masih suka n kalau dia nak makan popia goreng aku buat camni la..cube la korang try buat mana tau bekenan gak ngan tekak korang/asben korang tu hehe.

Bahan2 nya :-

A :: untuk kulit
1) kulit popia yg biasa2 je..x kisah brand ape pun janji halal..
2) putih telur [sebagai gam untuk melekatkan kulit popia]


B :: untuk inti
1) 1 ulas bawang putih
2) 2 ulas bawang merah
3) 1/2 labu bawang besar
4) carrot
5) taugeh
6) kubis
7) kuning telur (lebihan putih telur tadi) - 1 biji pun dah cukup..
8) garam
9) perasa
10) serunding daging (ni yang aku tambah sendiri)


Cara-caranya ::
1) Buat bahan B dahulu. Sediakan bahan2 yang telah dicincang halus (bawang2) dan juga sayur (dipotong dadu atau potong macam  batang mancis)
2) Tumis bawang sampai naik bau dan agak kuning, masukkan sayur2 dan telur kuning.
3) masukkan garam dan perasa,
4) masukkan serunding dalam 2-3 sudu shj..
5) kacau2 sehingga sebati dan kemudian baru blh angkat
6) bila dh agak sejuk sedikit, barulah boleh mula menmbalut popia..gorengkan dalam minyak yang betul2 panas. jangan sampai hangit nanti tak sedap...angkat bila kulit popiah agak2 kekuningan.
7) popia sedia dimakan bersama-sama sos cili thai. Nak sedap lagi, campur sos cili thai,  gula melaka, bawang putih seulas dan cili padi ke dalam lesung dan sila tumbuk / golek2 bagi hancur semua tu,...makan dengan popia besttt,,,huhu...

Selamat mencuba...minum petang2 best ni...

1 comment:

amal said...

wahh nampak sedap. bleh try ni ehe

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016