Tuesday, 17 January 2012

Hapus PTPTN: Kelantan kumpul data peminjam..????

whaaaaaa.....alhamdulillah la kalau apa yang aku baca ni betul2 jadik..huhu..untung rasenye jadi org kelantan..tapi aku dah start bayar dah pun. Adelah sikit2. Maklumlah dah keje 3 tahun teruk sangat la aku ni kalau buat dekk je kat hutang PTPTN tu hehee...bayar sikit2 je pun, takpe janji bayar jgk kan,...ekekeke...

Ah jangan nak berangan2 lebih2 sangat la mek oi...ntah2 propaganda je semua ni. [ayat cover line] hehe...

Apa2 pun kita tunggu dan lihat kalau betul la, memang aku bersyukur sangat2 lah, sebab aku kesiankan  kat kakak2 dan adik aku, famili n smua kawan2 yang lain yang masih belum kerja tetap,,..yang dah keje pun susah nak bayar ini kan pula yang masih belum kerja..

Ni entri yang aku copy paste dari http://bm.harakahdaily.net .. 

.
.
.
.



KOTA BHARU, 17 Jan: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa (gambar)memberitahu, Kerajaan Negeri Kelantan telah menggerakkan usaha mengenal pasti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), untuk dihapuskan hutang mereka jika Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) telah diarah untuk mengumpul data mereka yang terlibat.

“Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan,” katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
negeri berkata, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 di Alor Setar Sabtu lalu, Husam menawarkan bahawa negeri Kelantan akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada PTPTN jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 nanti.

Husam membayangkan, bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan yang pada waktu itu diterajui Pakatan Rakyat.

Husam berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja untuk memperkasa perkhidmatan awam – satu tawaran yang dilancarkan Pakatan dalam manifesto Tawaran Jingga.



.
.
.
.






Boleh jgk baca kat sini ye.... :)

http://www.zimbio.com/Malaysia/articles/Uz9gupoIh5L/HUTANG+PTPTN+RAKYAT+KELANTAN+BAKAL+DIHAPUSKAN

No comments:

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016