Saturday, 7 January 2012

Farewell Dinner

Dinner ni pada 30 hb 12 haritu lagi, tak sempat aku nak upload.
Dinner ni diadakan di Hotel Shang-Ri-La, Bandara Berjaya Kota Kinabalu pada jam 7.30 mlm. 
Kat sabah ni maghribnye kul 6 lagi. So sempat la nak ada kat sana jam  7.30 tu.

Tema berpakaian pada malam tu smart casual. So main pakai je la. 
Nasib baik bukan tema yang pelik-pelik.
Bos aku dah tau dah perangai anak-anak buah diorang ni.
Bukan suke sangat kalau ada kena pakai yang pelik-pelik.
Maklumlah training ngan rambo kan. kui3x.

Pic kat bawah ni lah ladies yang dapat hadir. 
Kami ni adalah gabungan daripada pejabat wilayah dan juga daerah. 
Tak ramai sangat pun. Kalau kami ni skim X, 
pegawai dan anggota bila dah dicampur dalam 12 orang je.
Tambah pegawai gunasama pulak dalam 25 orang je. Nisbah nya adalah 10:1 je ngan pegawai lelaki.
Memang sangat sedikit. Sebab tu la masa zaman bujang,
kebanyakan staff pompuan ni menjadi bahan perhatian dan ramai peminatnye.
 [oppss bukan aku ok, orang lain je... :p ]

 Ni lak masa ketibaan bigbos yang bakal pindah tu. 

Bersama pegawai dan PA KPMW yang semuanya sangatlah sporting.
  Oh ya, hubby pun datang gak. Haruslah kan. Kalau dia tak datang takde maknanya aku nak datang sorang-sorang.

Smua sibuk main fon je. Ada free wifi katakan. :P

Candid.
   
Peace no war. Hubby laju je bab makan ni. Tambah-tambah makan semeja ngan geng dia budak bujang. Ish3x. 
 Yang paling mengejutkan aku, hubby dengan slumbernye nyanyi karaoke. Adesss.. Macam tak percaya plk aku. DIa nyanyi lagu analogi dendangan Kumpulan Kristal. Lagu ni memang lagu faveret dia dan juga aku. Kalau kami karaoke mesti nyanyi lagu ni. hehe. Hubby la yang ajar aku karaoke lagu ni.

Tapi aku memang bangga gila masa dia nyanyi. Bukan calang-calang orang boleh nyanyi kat depan orang ramai ni tau tambah-tambah depan pegawai dan bos.  Sedap ke tak belakang kira ok hehe, tapi bagi aku memang sedapla dia nyanyi kalau orang lain cakap tak sedap suke ati la tak de sape nak marah ,.hehe,,Kalau aku? errr... rase terketar-ketar la nak pegang mic pun boleh jatuh kot hehe,,


Majlis ni tamat dalam kul 10 dan kami terus balik umah tak singgah mane2.

No comments:

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016