Saturday, 31 December 2011

Motung Lotung Part II

Kejadian ni berlaku pada 25 disember 2011, jam 10 pagi. Cuti hari krismas. masa kami on the way tu, orang kristian tengah sibuk-sibuk lagi kat gereja . Merry x-mas u all. 

Kami ke Taman rekreasi dan riadah Motung-Lotung, penampang Sabah. Perjalanan dari Bandar sierra melalui jalan menggatal, inanam dan pintas ikut jalan bukit. Ambil masa dalam 25 minit kalau tak jem. Kali ni kali ke dua aku ke sini. Gila riadah katakan. hehe.

tengah buang kulit betik. Aku masak bihun goreng, buat air sunquick. puding karamel dan keropok keping. Makan je tak sedap sorry ye. hehe

Cantik kan kawasan air terjun ni

 oh ya masa kat sana kan, aku jumpa wani yang aku highlight ngan warna merah tu la pondok yang diorang duduk tu, sebelah pondok aku je pun. Sehari sebelum ke sini aku de la chat ngan dia. Tapi macam tak caye lak blh jumpa dalam realiti. Ececeh..hehe. Ape-ape pun thanks gak ye wani. Sebab mesra sangat saya ni takut juga ingatkan dah silap orang tapi buat-buat berani je g tegur kalau salah orang malu gila la saya time tu hheheee.e..

Ni semua geng-geng masterchef sedang bakar ayam yang diperap oleh jijul.

Aku sorang je pompuan yang ikut. Tapi aku tak mandi la. Tak de geng. just pegi ambik-ambik angin je. :) dah hubby ajak ikut skali aku ape lagi kan. Hehe. Ala diorang ni semua kawan-kawan aku gak ada yang satu skuad pun yang dah memang kenal masa training kat Johor dulu lagi. 

Hubby ngan mael. Ready nak terjun lagi la ni. 

Melepak sakan diorang. Kat sini area dalam. Yang tak pandai berenang adalah tak digalakkan ye.

Macam-macam aksi diorang ni. huhu. 

Ni je lah aku yang makin mengembang. Menciiiii.. huhuhu.

Wednesday, 7 December 2011

Allah bayar cash lagi tau!!!

ni la page yang aku duk jenuh mengadapnye,,

Dari petang semalam kat opis, sampai la hari ni aku duk try log in sistem HRMIS ni. apesal la yang tak dapat2 ni. Ish nak call HQ pun, akaun aku tak kena block lagi. Tu yang aku duk heran.

Bagitahu hubby. Dia gelak je. Mengelamun kat apa yang sampai terlupa password. Isk. isk. tak boleh jadi ni. aku rasa dah betul dah tapi nape tak menjadik. Geramnye aku. herm.. tadi, jam 4.15ptg, aku cuba lagi. Tapi aku on caps lock. Fuhh..lega. Alhamdulillah. kalau tak, buat malu je.

p/s :: Sebelum ni aku pernah gelakkan staff kat pejabat aku tu yang terlupa password dia kan dah kena kat aku sendiri. Padan muka aku, Allah bayar cash lagi. Tak mau dah gelakkan orang lagi. Huhu. Insaf.
Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016