Sunday, 13 November 2011

Pulut kuning dan kari daging

Petang tadi aku keseorangan di rumah, hubby main bola dengan kawan-kawan dia. Bila aku buka tv takde pulak citer-citer best. So aku main la facebook (fB). Hobi aku bila tengok fB, aku akan baca semua wall post dan tengok gambar-gambar yang kawan-kawan aku post. Semenjak dua menjak ni aku memang malas nak update status. Kemalasan melanda diri, apakan daya diriku.

Tengah aku layanz foto kawan2 share dan baca entri2 orang, mata aku tertarik kat gambar kawan aku iaitu pulut kuning. nom..nom..nom...sedap jugak ni makan petang-petang camni, Lagipun kari semalam masih elok je kat dalam peti bolehla nanti cecah ngan pulut tu...yea3x... So aku dengan pantas kilat [ala2 pendekar terbang] terus ke dapur mencari beras pulut.

Tadaaa...Inilah pulut kuning hasil tangan aku [ first trial punye okeh..]
pulut kuning with curry..[tinggal sikit je baru ingat nak snap]
Tapi tak de la 100% sama ngan pulut kuning mak aku punye. :( [make me miss my mom je..] 
Rasanya? yum3x..Lemak dan cukup rasanya, cuma agak membazir aku rasa sebabnye aku masak atas dapur dalam periuk je so pulut kuning aku ni jadi agak berkerak sedikit. Pulut yang mak aku slalu masak kat kampung dikukus dengan periuk kukus, pastu mak aku gaul ngan santan, pastu kukus lagi skali tu yang lemak berkrim disukai ramai tu [ehh...mcm pernah dengar je iklan ni]

So pengajarannye aku kena cuba lagi skali untuk membuat pulut kuning cara kukus. 
Tapi hubby cakap menjadi dan sedap. Pastu pulut tu lembut je bila masuk dalam mulut. Tq sayang, Hehe. =)

Ni aku nak share resepi pulut kuning ni kepada penggemar-penggemar pulut tegar macam aku ni dan juga bagi sape2 nak try manalah tau ade yang terliur gak macam aku tadi muehehehee,,,

Resepi Pulut Kuning
Bahan-bahannya :
1 cawan beras pulut -aku sukat ngan cawan beras biasa tu je.
1 cawan santan-cawan yang sama
secubit pewarna kuning
secubit garam
secubit gula

Cara-caranya : Campurkan semua sekali dalam periuk. Masak macam masak nasi je nak lebih senang sila lah guna rice cooker ye,sebab kalau masak atas dapur ni kena jaga api takut hangus je. Kacau-kacau pulut ni tapi jangan kacau kuat sangat tak nak hancurkan ia ok,.

Mudah je kan? 
Boleh jgk kalau nak kukus. Kalau ada yang nak cuba, boleh je ok,,,=)

Cara mengukus pulut: 
Beras pulut hendaklah direndam dalam air selama lebih kurang 1 jam lebih elok rendam dengan serbuk pewarna. Sediakan periuk kukus, setelah air mendidih, alaskan bahagian kukusan dengan kain jala [yang macam pembungkus bawang tu, biasanya mak aku cakap dia beli kat kedai runcit je]. Kemudian barulah letakkan beras pulut yang telah dibasuh sebanyak 3 kali.  kukus selama 15-20 minit. Bila nampak ada wap keluar dari tepi penutup tu terus buka penutup dan angkat periuk atas tu [jangan matikan api, just perlahankan sahaja]. angkat pulut tu dan letakkan dalam bekas besar, gaul2kan pulut tersebut dengan santan pekat yang telah dikacau dengan garam dan sedikit gula. Hati-hati masa gaul tu jangan ganas sangat nanti hancur pulak pulut tu. Kemudian kukus lagi sekali dalam 15 minit lagi. Boleh agak2 sendiri masa kukus ni tengok keadaan pulut tu macamana biasanya sekejap je kukusnye tu. 


So kepada sesiapa yang dah mencubanya, kalau menjadi bagitau la aku tapi kalau tak menjadi cuba lagi ye. Thanks for reading!




1 comment:

aTy _faRed~ said...

saye suker giler makan pulut kuning..tapi buat sendiri tak sedap.. nak tangan orang tua gak yang buatkan..;p

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016