Monday, 7 November 2011

Jalan² ukur Jalan

Pada Sabtu, 22 Oktober yang lepas aku+hubby telah menyertai konvoi bersama rakan² kami mengelilingi Sabah (err..tak de la sampai satu sabah ok.. just beberapa daerah sahaja)
Perjalanan kami memakan masa hampir 12 jam untuk mengelilingi daerah² yang terlibat iaitu dari Kota Kinabalu ke Papar, Keningau, Tenom, Sindumin, Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, dan seterusnya kmbali ke Kota Kinabalu. 
Punya la jauh ok. Jalan Keningau pula berbukit-bukau dan struktur jalannye adalah sangat curam+terpaksa mendaki bukit. (maksud aku kereta la)

Jom layan beberapa foto yang di snap oleh jurufoto yang tak bertauliah ni [aku la tu..haha]
Bulatan Tengkolok ni berada sebelum sampai ke papar, ikut jalan pintas sebelum sampai di Lok Kawi. Oh ya kat Sabah ni Femes dengan Bulatan @ roundbout. macam² jenis roundbout ade tau..x caye sila datang sendiri oke..

Oh sorry. Muka i yang tak berape nak e-cun. almaklum lah dah memang tak cun pon haha


Sila fokus kat gear tu, No. 2 ok. N then cuba perhati kat jalanraya kat depan tu, memang menaik je jalan ni. Panjat bukit katakan. Dalam hati aku punye la rasa takut tau. Manela tau kot2 kete berundur ke belakang ke. [hubby marah kat aku bila aku cakap mcm tu..wawawa]

Berhenti sekejap rehat2kan diri..huBy shiok je dukung anak kawan aku, kak lyn.

Cantik kan pemandangan ni. Dah la kawasan ni sejuk,

Iman Wafiey dan bitah. Tengah cakap ape tah kat baby tu. mana pegi aba wafiey ni. Ibu dia yang bertudung merah tu sibuk snap gambar.

4 isteri cun, haha. 

Honeymoon sepanjang masa. Yah dan Bitah.

Nak jugak bergambar nye..hehe

Bersiap sedia untuk menyambung perjalanan. Jangan tinggal daku....

Pekan Keningau. Roundbout Kayu Manis.

brunch di KFC Keningau. Kat sini susah nak cari tempat makan yang best. Tak tau knapa. Mb sbb tak berapa yakin dengan status halalnya.

 Astaka Tenom. 

Berhennti sekejap di Sindumin. Sindumin ni pintu masuk dari Lawas, Serawak dan Brunei.

Esplanad Sipitang. Esplanad ni macam dataran tepi laut la.

berposing beramai2.. Tak sengaja plk selipar aku seakan-akan selipar kak lyn.

Beaufort.

On The way balik family kak lyn tumpang kete aku. Best duk dgr wafie ni main2.

Banyak sangat pic yang aku amik, nak hupload semua x larat, Entri ni pun tertangguh. Aku agak bizi lately. Dh la aku ni jenis yang tak berapa kreatip nak tulis2 ayat ni. 



3 comments:

amal said...

syoknye jalannn.. haa bab roundabout tu sy sokong. kat tuaran, sekecik2 pekan tu pon ada roundabout ekeke...

eamy milea said...

jgn tkejut kalu tjumpa rnbout yg dilukis bulat ngan cat je...dekat KK ada byk tu antaranya dari jln api-api centre susur keluar ke jalan nak pegi stesen bas terminal wawasan..hehe

dwaty said...

salam jejak sini....
wah seronoknya...
saya yang org sabah pun tak sampai lagi sindumin... jeles...

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts