Sunday, 16 October 2011

Aku adalah SYAITAN

Suatu pagi, seorang lelaki muda telah bangun awal untuk menunaikan solat subuh di masjid. Setelah itu, dia berpakaian, berwuduk dan berjalan menuju ke masjid. Di tengah jalan lelaki itu terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwuduk dan berjalan menuju ke masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama. Dia sekali lagi bangkit membersihkan baju dan kembali ke rumah. Di rumah, dia menukar baju dan berwuduk seterusnya kembali menuju ke masjid.

sumber :: Pak GooGle
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu dengan seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "aku melihat kamu jatuh sebanyak 2 kali di perjalanan menuju ke masjid. Jadi aku bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu." Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Sesampainya di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya tadi untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki itu menolak. Berkali-kali diajak, tetapi jawapannya masih sama. 

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk bersolat, Lelaki pembawa lampu menjawab "AKU ADALAH SYAITAN"

Lelaki muda sungguh terkejut!

Syaitan menjelaskan " Aku melihat kamu berjalan ke masjid dan akulah yang membuat kamu terjatuh.

Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah telah mengampunkan semua dosamu. 

Aku membuat kamu terjatuh buat kedua kalinya. dan itu tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Aku khuatir jika aku terus membuatmu jatuh buat kali ke-3, Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi aku harus memastikan bahawa kamu sampai ke masjid dengan selamat."


Moral :: Jangan abaikan suatu niat baik yang kita mahu lakukan. Kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang bakal kita perolehi dari segala kesulitan yang kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut. :)

No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts