Monday, 31 October 2011

Kereta Api Sabah Terbakar!!!

Gempar...!!
hari ni aku bertugas, tiba-tiba datang seorang pegawai aku dan memberitahu aku bahawa kereta api baru sahaja terbakar di area Petagas, Sabah. Katanya asap hitam berkepul-kepul.

Dengan pantas aku search google nak pegi ke lokasi bukanla kerja akukan lagipun jauh juga baitu lokasinya.
Oh terlupa pula harini aku kerja malam jadinya nda boleh keluar.

So dapatlah juga aku gambar ni. Fresh lagi di upload oleh seorang abang iaitu :

Thanks dan sorry bang sebab cepat je copy gambar ini.
Niat di hati bukan mau ambil keuntungan peribadi cuma terkilan dan tertanya-tanya .

Kenapalah perkara ini boleh terjadi?
Siapalah yang menjadi mangsa?
Adakah semua penumpang dan pekerja train ini selamat?

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 5 Petang, 31 Oktober 2011.
Keadaan cuaca Kota Kinabalu pada waktu ini adalah hujan dan ribut petir.







Doakan semuanya selamat. Amin..

Monday, 24 October 2011

LuasNya NERAKA


HANYA UTK PENGETAHUAN BERSAMA..SEMOGA DAPAT SYAFAAT NYE…AMIN 


  LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... 


.: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. 

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN danTIDAK MINUMTIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============ 
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

Sunday, 16 October 2011

Aku adalah SYAITAN

Suatu pagi, seorang lelaki muda telah bangun awal untuk menunaikan solat subuh di masjid. Setelah itu, dia berpakaian, berwuduk dan berjalan menuju ke masjid. Di tengah jalan lelaki itu terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwuduk dan berjalan menuju ke masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama. Dia sekali lagi bangkit membersihkan baju dan kembali ke rumah. Di rumah, dia menukar baju dan berwuduk seterusnya kembali menuju ke masjid.

sumber :: Pak GooGle
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu dengan seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "aku melihat kamu jatuh sebanyak 2 kali di perjalanan menuju ke masjid. Jadi aku bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu." Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Sesampainya di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya tadi untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki itu menolak. Berkali-kali diajak, tetapi jawapannya masih sama. 

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk bersolat, Lelaki pembawa lampu menjawab "AKU ADALAH SYAITAN"

Lelaki muda sungguh terkejut!

Syaitan menjelaskan " Aku melihat kamu berjalan ke masjid dan akulah yang membuat kamu terjatuh.

Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah telah mengampunkan semua dosamu. 

Aku membuat kamu terjatuh buat kedua kalinya. dan itu tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Aku khuatir jika aku terus membuatmu jatuh buat kali ke-3, Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi aku harus memastikan bahawa kamu sampai ke masjid dengan selamat."


Moral :: Jangan abaikan suatu niat baik yang kita mahu lakukan. Kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang bakal kita perolehi dari segala kesulitan yang kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut. :)

Tuesday, 11 October 2011

Jogging day-1

Sebelum aku balik je keja petang tadi, aku dapat SMS dari cik ija, membe sekerja aku cuma lain2 branch je. [cik ija ni duk sebelah rumah aku je.]

4.59pm 
C.i :: weh, jog x?
aku :: Nakkk... tunggu aku wei.. [ceh padahal baru je nak abis waktu keje sah2 dah cik Ija belum sampai umah]
c.i :: Aku xblk lg pun
aku :: ~!@#$%^&*(...ngok gak aku nie)

baLik la aku ,,sampai je umah, asben takde. Oh lupe! dia duTy hari ni.

5.38pm 
c.i :: Nk p x wei?
aku :: Nk la..aku dah siap...[confident gile padahal baju keje pun x salin lagi] ko dh blk x?
c.i ::Tgh tukar baju. Ko tgu kat parking
aku :: ok..

Lepas tu aku baru bersiap2,,x sampai sesaat pon  aku dengar c.ija jerit2 panggil aku dari bawah. Astaga,.baru kelam-kabut ko!

Sampai je kat bawah, baru aku sedar aku pakai baju terbalik. Naseb  baik aku pakai 2 lapis baju. Cepat2 aku g tukar kat bawah tangga. Kuang3x.. Tu la kelam kabut sangat. Kami tak gerak lagi, tunggu puan ema datang sebab dia pn join sekali. Reramai le baru seronok, dan yang pastinya makin bersemangat gitu..ececcecee,,,~ 

Punya la bersemangat. Lari sampai 3 round tasik kat aprtment kami tu. Dah dgr azan maghrib baru balik. 

Aku memang dah lama plan nk joging. Haritu aku plan ngan kawan aku, yah. Tapi hari ni dia ada hal x blh nak join. Insyaallah besok aku nak jogging lagi. Doakan aku kurus okeh. HHHUHUHUU,,...

Berat aku sekarang? hermm... ntah la aku x timbang. Kat rumah aku ada penimbang tu tapi rosak rassenye..asik2 60kg je dari dlu. Padahal masa kat kampung berat aku 64.6kg tau. 65kg dah tu..huk3x,,gemuk ,.gemuk..gemuk..aku kena berusaha untuk kurus balik..

Monday, 10 October 2011

Hatimu milikku - Nera Af9

Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini

chorus: 
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Chorus:Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini 



cute kan nera ni?
Jiwangnya malam ni...uhuk3x..

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts