Thursday, 29 September 2011

reheasal fOr TYT parade

Saje je tajuk bagi gempak. English la sangat! :P

Pagi ni ada reheasal perbarisan sempena harijadi rasmi TYT (Tuan yang terutama) Negeri Sabah yang ke-58.. aku bangun awal [ceh, ingat pagi sangat ko?] .. aku kunci jam dari 5.30am lagi tapi at last jam 6 jugak yang aku sedarnya. hamek kau. Semalam kawan aku sms bagitau jam 6.30 kena ada kat sana dah. Ape lagi dengan baju seluar tak sedia. Nak kejut hubBy lagi. Sepantas kilat aku buat semua sekali tu dan berjaya juga keluar dari rumah jam 6.38am. [kira awal la tu muahaha]

Gerak la kami ke pdg Merdeka dengan moto. mak aih, keluar je dari apartment, jalan jem gile. Musykil kami berdua. Biasanya jam 7 pun tak de la jem sangat. Naseb baik kami kuar ngan moto, kalau ngan kete jawabnye orang dah siap raptai baru la kami sampai.

Sesampainya kat Pdg  Merdeka, nasib baik diaorang belum mula. Kawan aku suruh breakfast dahulu. [ ada makan free lagi tau...] Rezeki katakan, jangan ditolak. Musuh jangan dicari. ok. Selesai makan, kami pun berjalan la ke lokasi kawan2 yang lain. Hubby bawak m16. Aku just bawa plate card dengan kawan aku tu. So melenggang-lenggang kangkung la aku huhu..

Kami terpaksa lalu depan pasukan-pasukan badan beruniform yang lain, dan juga budak-budak sekolah. Adik-aadik ramai yang terpegun tengok hubby aku bawak m16. Ori tu tau. Aku tengok muka hubby merah-padam. Segan lettuuww. kwang3x. Aku pun malu gak cz jalan ala-ala model kat tengah-tengah tu. hohoho.. 
Tula sape suruh lambat sangat.?

Sebelah kami adik-adik sekolah cina yang bawa alat muzik. Terrer gak diorang ni tak padan ngan kecik-kecik hehe.
 Sempat la juga aku snap pic dak-dak ni. Opsss, pic aku n hubby tak sempat [lagipun muka tak berapa cun hari ni..eh perasan!...hahaha]

Selesai raptai tadi pukul 9.30 gitu lah,. Kuar je dari padang tu, kami terus menyerbu van milo ni. yang sekian lamanya aku idam2kan..huhu,,akhirnya tercapai jugak la hasrat aku. alhamdulillah. Dah lama sangat tau tak merasa air milo dari van milo ni. Kan best, sejukk je. hak3x. Tengok hubby sampai 2 kali pegi beratur. Aku snap pic dia masa tu dia tengah cakap "eh, tadi shah maritim yang ambil, sekarang shah adidas pula.." sambil tunjuk baju dia tu. Haha. macam2 la ..hubby sape la ni...:)



Ekceli, aku masih tak berapa sihat. Masih bersin, batuk-batuk, pedih-pedih tekak dan suara aku pun sengau semacam je. Tapi badan aku takde la panas sangat, alhamdulillah kepala pun tak pening-pening pun. Hurm, harap-harap hari sebenar aku dah sihat la ya. 

No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts