Tuesday, 6 September 2011

Jalan-jalan :: @ Mundok, Thailand

Wahhh. g Oversea ko!  Semalam aku, hubby dan my MiL [mother In Law] ke Pasar Mundok, Thailand. Mundok ni berada dalam daerah Narathiwat dan dari bandar pasir Mas dalam 10-15 minit je dari rumah MiL dekat 20 minit je. Pasar ni berada seberang sungai Golok. Nak ke sana kena naik bot @ perahu yang tambangnya berharga RM1 satu hala. So pergi dan balik RM2 la semuanya ye. 

Sebelum ni aku tak pernah pun menjejakkan kaki ke sini. Untung dapat hubby orang pasir Mas boleh le tlg bawakan aku ke sini. hehe. TQ sayang. 

Mencabar betul perjalanan kan? Oh ya, takde insuran tau kalau jadi ape2 bila kita ke sini. Sebab keluar negara tanpa permit yang sah, dan juga segala keselamatan adalah tanggungjawab sendiri. Kat sini ada army n polis hutan yang jaga tepi2 sungai ni. tapi jangan risau x kena tangkapnya, Cuma jangan seludup beras sudah.

Aku syoping tudung awning je 3 helai. tu pun harga dia sangat murah , rm10 je satu. Tapi ade sehelai yang aku beli berharga Rm25. Tudung tu jenis chiffon 2 layer. Ok la sebab sbelum raya aku dah cari jenis macam tu kat kedai tapi sume mahal2.

Hubby syopping sluar pendek, dan jersi. MiL pula tudung, kuali besar, blender sambal, ikan, ketam. byk juga la.

Suasana kat pasar mundok, tengok pakcik yang pakai payung atas kepala dia tu. Pak cik tu tengah buat demonstrasi cara2 menggunakan blender sambal dan juga pisau kupas kulit carrot.

Seronok datang sini. Semua barang murah2 je. Pasar ni beroperasi setiap hari Isnin dan Jumaat je tau. Macam pasar tani la. Next time nak datang lagi bawak ma n abah aku pulak. Insyaallah.

No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts