Thursday, 29 September 2011

reheasal fOr TYT parade

Saje je tajuk bagi gempak. English la sangat! :P

Pagi ni ada reheasal perbarisan sempena harijadi rasmi TYT (Tuan yang terutama) Negeri Sabah yang ke-58.. aku bangun awal [ceh, ingat pagi sangat ko?] .. aku kunci jam dari 5.30am lagi tapi at last jam 6 jugak yang aku sedarnya. hamek kau. Semalam kawan aku sms bagitau jam 6.30 kena ada kat sana dah. Ape lagi dengan baju seluar tak sedia. Nak kejut hubBy lagi. Sepantas kilat aku buat semua sekali tu dan berjaya juga keluar dari rumah jam 6.38am. [kira awal la tu muahaha]

Gerak la kami ke pdg Merdeka dengan moto. mak aih, keluar je dari apartment, jalan jem gile. Musykil kami berdua. Biasanya jam 7 pun tak de la jem sangat. Naseb baik kami kuar ngan moto, kalau ngan kete jawabnye orang dah siap raptai baru la kami sampai.

Sesampainya kat Pdg  Merdeka, nasib baik diaorang belum mula. Kawan aku suruh breakfast dahulu. [ ada makan free lagi tau...] Rezeki katakan, jangan ditolak. Musuh jangan dicari. ok. Selesai makan, kami pun berjalan la ke lokasi kawan2 yang lain. Hubby bawak m16. Aku just bawa plate card dengan kawan aku tu. So melenggang-lenggang kangkung la aku huhu..

Kami terpaksa lalu depan pasukan-pasukan badan beruniform yang lain, dan juga budak-budak sekolah. Adik-aadik ramai yang terpegun tengok hubby aku bawak m16. Ori tu tau. Aku tengok muka hubby merah-padam. Segan lettuuww. kwang3x. Aku pun malu gak cz jalan ala-ala model kat tengah-tengah tu. hohoho.. 
Tula sape suruh lambat sangat.?

Sebelah kami adik-adik sekolah cina yang bawa alat muzik. Terrer gak diorang ni tak padan ngan kecik-kecik hehe.
 Sempat la juga aku snap pic dak-dak ni. Opsss, pic aku n hubby tak sempat [lagipun muka tak berapa cun hari ni..eh perasan!...hahaha]

Selesai raptai tadi pukul 9.30 gitu lah,. Kuar je dari padang tu, kami terus menyerbu van milo ni. yang sekian lamanya aku idam2kan..huhu,,akhirnya tercapai jugak la hasrat aku. alhamdulillah. Dah lama sangat tau tak merasa air milo dari van milo ni. Kan best, sejukk je. hak3x. Tengok hubby sampai 2 kali pegi beratur. Aku snap pic dia masa tu dia tengah cakap "eh, tadi shah maritim yang ambil, sekarang shah adidas pula.." sambil tunjuk baju dia tu. Haha. macam2 la ..hubby sape la ni...:)



Ekceli, aku masih tak berapa sihat. Masih bersin, batuk-batuk, pedih-pedih tekak dan suara aku pun sengau semacam je. Tapi badan aku takde la panas sangat, alhamdulillah kepala pun tak pening-pening pun. Hurm, harap-harap hari sebenar aku dah sihat la ya. 

Thursday, 22 September 2011

Hari ni aku kena outstation di Kuala Abai, Kota Belud. Penat sangat, kena pasang tu..pasang ni...On the way balik pulak tu incaz aku ni bawak van lelaju sgt.. Naik muntah aku. Dah la jalan kat sana bengkang-bengkok. Naik bukit turun bukit. Dalam perut aku ni memakse aku keluarkan angin dan bergeladak. Nak marah lebih-lebih pun dia tu orang tua. Sabar je lah~

Sesampainya kat rumah, aku tengok asben takde. OH ya lupa! dia pegi main futsal. Aku ke toilet. Dan. Bweeekkkkkkkkkkkkkk..  Lepas mandi aku terus makan ubat tahan muntah yang kakak aku (kak ha) bagi. Rest kat sofa seminit dua. Then asben balik. APe lagi, ngadu la..hukhukhuk;;.euuwwww..

Bila dipikir-pikir kenapa perut aku meragam lagi. Senarai makanan/minuman yang aku dah telan hari ni:-

7.20am :: milo kotak (2-3 teguk)
7.55am :: teh o panas (2 teguk, sebab pahit sangat) , 2 bijik roti inti kacang.
***dalam masa yang berselang-seli aku kunyah chwing-gum dan juge sweet cloud9 perasa strwberry)
10.30am :: bihun goreng 1 pinggan + nescaffe panas 1 cawan
12.30pm :: nasi putih+kari ayam+ikan goreng+sayur campur dan air sirap ais.
2.00pm :: air cincau 2 teguk (x sedap) dan juga 2 keping roti sandwich bakar inti kaya.

Perut aku tak ok ni kenapa la agaknye. Harap-harap jangan la kena gastrik lagi.  Lepas je uk-uk dan ken-tut. Perut aku lega sikit. Hari ni aku kerja malam, yea3x besok aku off day. Seronoknyeee...

Tuesday, 6 September 2011

Jalan-jalan :: @ Mundok, Thailand

Wahhh. g Oversea ko!  Semalam aku, hubby dan my MiL [mother In Law] ke Pasar Mundok, Thailand. Mundok ni berada dalam daerah Narathiwat dan dari bandar pasir Mas dalam 10-15 minit je dari rumah MiL dekat 20 minit je. Pasar ni berada seberang sungai Golok. Nak ke sana kena naik bot @ perahu yang tambangnya berharga RM1 satu hala. So pergi dan balik RM2 la semuanya ye. 

Sebelum ni aku tak pernah pun menjejakkan kaki ke sini. Untung dapat hubby orang pasir Mas boleh le tlg bawakan aku ke sini. hehe. TQ sayang. 

Mencabar betul perjalanan kan? Oh ya, takde insuran tau kalau jadi ape2 bila kita ke sini. Sebab keluar negara tanpa permit yang sah, dan juga segala keselamatan adalah tanggungjawab sendiri. Kat sini ada army n polis hutan yang jaga tepi2 sungai ni. tapi jangan risau x kena tangkapnya, Cuma jangan seludup beras sudah.

Aku syoping tudung awning je 3 helai. tu pun harga dia sangat murah , rm10 je satu. Tapi ade sehelai yang aku beli berharga Rm25. Tudung tu jenis chiffon 2 layer. Ok la sebab sbelum raya aku dah cari jenis macam tu kat kedai tapi sume mahal2.

Hubby syopping sluar pendek, dan jersi. MiL pula tudung, kuali besar, blender sambal, ikan, ketam. byk juga la.

Suasana kat pasar mundok, tengok pakcik yang pakai payung atas kepala dia tu. Pak cik tu tengah buat demonstrasi cara2 menggunakan blender sambal dan juga pisau kupas kulit carrot.

Seronok datang sini. Semua barang murah2 je. Pasar ni beroperasi setiap hari Isnin dan Jumaat je tau. Macam pasar tani la. Next time nak datang lagi bawak ma n abah aku pulak. Insyaallah.

Thursday, 1 September 2011

Ambil Berkat dari Darwisy

aku, hubby dan bestfriend aku, memey ke rumah ima, kawan baik aku n memey masa kat poli dulu. Niat di hati memang nak jenguk baby dia. Darwisy dan juga berhari raya. Ima dan eyie ni diorang kawen bulan 9 2010. tahun ni diorang dah bergelar umie dan abah. Bila la agaknya turn aku n hubby plk ea? huhu. :(

Ape-apepun, ambil berkat dulu. ececeh...ada bakat tak? aku sebenarnya cuak masa nak ambil baby nie, Takut. huhu. Baby tu kecik je. X silap aku berat 2.2kg je.. Sebab ima n eyie tu memang jenis badan kecik. SBb tu bby diorang pun kecil, tapi comel...putih je,,


Mummy & daddy berposing dulu, muehehehe~ 


Ni la asben ima, eyie. Keje kat Toyota Kota bharu. Kalau sape2 nak beli kete boleh ler,,oh, yang kotak2 kat sebelah hubby tu hadiah kawen diorang dulu la tu, Cantik je susun kat situ. Byk juga hadiah diorang dapat.


Bestfriend forever, Ima bertudung hitam, memey bertudung pink ,Comel2 je kawan-kawan aku ni kan. Aku je saiz XL. Diorang sume saiz S je ok. HUHU...tinggal memey je yang belum kawen. Cepat2 la ye memey n Kudin. X sabar nk tgk korang naik pelamin..

Punye lah khusyuk aku tengah mencekik satay, xsedar hubby snap pic ni, Satay tu favourite aku tau. 

Happy family. Moga2 Berbahagia selalu and dapat ramai lagi baby ye dear bestfriend. :)
Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016