Sunday, 14 August 2011

Sedar Tak sedar

Alhamdulillah, Sedar tak sedar, dah 6 bulan, 1 minggu dan 4 hari aku bergelar seorang isteri. Perasaan aku, masih sama seperti tahun lepas. kadang2 rasa muda remaja lagi. kadang2 rasa macam masih single. Hehe. baru-baru ni, ramai yang cakap kami ni masih macam zaman2 kapel dulu2. Tak de beza pun. mungkin sebab tak ada baby lagi. Mungkin sebab tu orang nampak kami macam anak2 remaja lagi. Atau sebab asben aku yang memang muke remaja kot. huahuahua.

Kami tunggu, namun tak jua tiba lagi saat itu. Sabarlah, kami hanya menganggap rezeki tak sampai lagi. Kekadang tu terasa juga bila tengok kawan2 yang baru je berkahwin, terus ade, tapi aku pasrah. Sebab Allah dah tetapkan rezeki masing2 bila dan ketikanya. Berusaha, berdoa dan bertawakkal dengan segala ketentuan-Nya. Mungkin ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. 

Dan aku sentiasa berdoa pada Allah agar kami sentiasa dapat menjadi isteri dan suami yang solehah+soleh serta mendapat keberkatan dalam kehidupan. Sesungguhnya kita sebagai hamba-Nya tidak boleh lari dari melakukan kesalahan dan dosa.Moga-moga hidup kita sentiasa diberkati dan dilindungi-Nya.  Aminn..

No comments:

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016