Wednesday, 10 August 2011

Sahur


Alhamdulillah ..masuk hari ni dah genap 10 hari kita sebagai umat islam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ni...Alhamdulillah juga aku dan en.asben masih berpuasa penuh dan dapat menghadapi cabaran dan dugaan dengan penuh kesabaran.

Dalam bulan puasa ni pernah juga aku terlewat bersahur dan pernah juga tak sempat bersahur.. Maklum la di Sabah, waktu imsak dan berbuka adalah 1 jam lebih awal dari semenanjung Malaysia.Waktu berbuka bukan main lagi bersemangat. Tapi bila sahur, perasaan malas tu selalu je ada, apa taknya. waktu imsak sekitar pukul4.40 pagi. Kami pulak jenis yang suka tidur lambat, dekat jam 12 baru merangkak tidur. Tu pun masih lagi susah nak lelapkan mata gara-gara layan video utube kat handphone. Muehehhehe..

Aku sentiasa akan berusaha bangun awal. Insyaallah.. huhu.


p/s :: kalau tak bangun sahur, suami marah. huhuhu~

No comments:

Copyright to Blog Hamelia Hamid
Designed by UMIESUEstudio 2016