Thursday, 23 November 2017

SUSAHNYA NAK JADI BAIK.

Assalamualaikum blog kesayangan.

Maaf dah lama daku menyepi. Bukanlah menyepi sangat pun. Mood nak tulis sesuatu dalam blog ni macam ada tak ada je. Nak menulis, cuma ada je lah halangan yang datang. Antaranya, masalah talian dan jugak kekangan masa. Agak terhad sedikit. Kalau kat Instagram dan Facebook okey jugak la sebab buka dan tengok pun sekejap-sekejap je.

Sedar tak sedar dah nak habis tahun 2017. Apa lah  kejayaan azam untuk tahun ni aku pun tak berapa pasti, sebab banyak sangat yang belum tercapainya. Huhu. Antara salah satu azam utama aku adelah nak capai berat badan 58kg. haishh masih jauh dari tu. Agaknya forward ke tahun depan lah kot. hmm.

Antara azam yang memang mencabar bagi aku nak laksanakan ialah nak jadi isteri dan ibu yang baik. Masih belum tercapai, dan tak tahulah bila agaknya boleh tercapai (dengan cemerlang). Aku masih di takuk yang lama, dengan kelam-kabut, masa tak pandai nak urus dengan baik, kurang sifat penyabar, dan cepat moody. Dan banyak lagilah kalau nak disenaraikan pun rasanya meluat pulak orang yang nak baca. (eh ade ke yang baca blog yang dah berhabuk ni..huhu)

Aku sentiasa berdoa, supaya sifat penyabar sentiasa ada dalam diri aku. Supaya aku dapat jadi isteri dan ibu yang baik untuk keluarga kecil aku ni. Malah aku sentiasa berusaha, cuba sedaya upaya untuk berubah ke arah kebaikan. Tapi kenapa bila kita nak buat sesuatu yang baik, ada je masalah yang datang ye? adakah aku yang kurang sabar? atau aku masih belum jumpa cara yang betul untuk kawal diri dari bersikap tidak sabar? hmm.. tak tahu lah weh. Kadang-kadang stress jugak dengan diri sendiri ni. Rasa tak berguna pun ade. haishh.

Demi anak-anak kecil, amanah ALLAH SWT kepada aku, aku perlu gagahi jua kehidupan ni. Susah ke senang ke aku harap aku mampu menjadi kuat,. mampu hadapi semua rintangan yang melanda. mampu menjadikan KESABARAN sebagai tiang utama dalam diri yang serba kekurangan ini.

Ni antara doa-doa yang aku dapat semalam dari ceramah Prof. Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. Ceramah beliau best sangat. Aku share kat sini supaya bermanfaat.

Tuesday, 31 October 2017

Perasaan orang.

Assalamualaikum. Hai hai..sihat ke korang?Lama pulak tak singgah kat blog ni. Rindu giler tapi apekan daya ada sedikit kekangan yang tak dapat nak dielakkan.

Hmm hari ni saje je nak bebel, sebab dah tak tau nak bebel kat sape. Bukan bebel ape pun. Cuma agak sedikit kelakar dengan gelagat orang. Gelagat manusia yang ntah ape-ape.

Adelah sorang hamba allah tu. Iye aku tau lah dia dikenali dengan bagus, beriman, berilmu, berpengalaman...dan segala jenis ber (bagi kat dia je lah) tapi aku kurang gemar dengan perangai dia. Pendek kata agak meluat. Dan rupanya memang meluat jugak lah sampai kan ter-rajin pulak aku nak update blog disebabkan dia 😂😆καΗ καΗ καΗ😆😂 

Bukanlah meluat sebab ape.. sebab dia terlampau obses dengan ilmu serta pengalaman yang dia ada. Yer perkongsian ilmu ko tu tak salah, tapi cubalah betulkan sikit cara penyampaian ko. Siyes tak betul beb. Tak bijak langsung cara penyampaian ko sampaikan menampakkan keriakkan ko..serta membuatkan orang terasa..terhina pun kengkadang ade..serta kadang-kadang benda yang ko cuba nak sampaikan tu tak kena dengan maksud langsung.

Macam tadi, aku sedang layan satu tutorial mekap yang orang tengah share kat Facebook, lunch hour dan aku online pun pakai line tenet kat fon aku sendiri. Aku duduk sorang-sorang je okey. Pakai earphone tau. Memang tak mengganggu sesiapa pun. Tetiba dia datang dari belakang, tengok apa yang aku tengah tengok. It's okey lah ko nak tengok, ko tengok lah aku bukannye tengah tengok citer xxx pon. Yang aku hangin boleh pulak dia banyak bunyi. Aku dengar earphone tu sebelah je. aku tak berapa clear sangatlah apa yang dia cakap, tapi yang jelas kedengaran..dia cuba nak sindir-sindir tentang aktiviti aku (yang pada pandangan mata dia adelah tidak berfaedah) aku was like??? Geram giler kot..? Ko dah kenapa? Tapi aku diamkan diri je. Bengang bercampur sakit jiwa raga aku kenapa ade spesis macam tu dekat dengan aku ni haa. 

Aku tak faham ape masalah dia sebenarnye. Aku hanye tengok tutorial mekap. Dalam erti kata belajar mekap. Tak de niat buruk langsung pun. Aku suka mekap pun sebab mekap tu satu kepuasan dan keyakinan buat aku. Dan ianya cantik. Perempuan dan mekap mana boleh dipisahkan, tak ke gitu. 

Tapi ko ni lain sangat kan. Sekali je ko pandang sampai nun jauh ko punye tazkirah. Cuba lah positif sikit dengan orang sekeliling yang tak de kena mengena dengan ko ni. Tak salah ko nak sampaikan nasihat, teguran..cuma cuba jaga adab sikit. Cuba beralas sikit. Atau cuba fikir perlu ke terus nak hentam orang? Susah ke nak jaga hati orang sikit? Tak banyak pun.. sikit je yang aku mintak pun! 


Aku diam je. Malas nak layan. Orang cakap kalau layan orang gila dengan kita sekali gila kan. Macma tu lah perumpamaannya. Aku tak cakap orang tu gila, cuma pada mata aku cukuplah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Malas ambil kisah sangat buang masa je. 


Aku tulis kat sini sekadar untuk peringatan diri sendiri je. Cuba untuk belajar menjaga hati dan perasaan orang sekeliling, in Shaa Allah kita akan bahagia je. 


Lots of love,

H.H



Thursday, 21 September 2017

Salam maal hijrah 1439H


Semoga tahun baru ini aku akan menjadi seorang yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelum ini, terutama sekali dalam ibadahku. In shaa ALLAH. Ya ALLAH, bantulah hambaMu yang hina lagi lemah ini. Amin ya rabbalalamin.

Friday, 8 September 2017

Bahagia itu subjektif

Ya, sama macam aku.
Cukuplah kalau dapat tengok dan buat orang rasa bahagia. 
Walau pun sedikit je sumbangan kita, kadangkala nampak macam kecil,
 tapi bila orang dah happy dengan setiap perbuatan kita tu. 
Bertambah-tambah happy lagi diri ni sendiri. 
:)


Ibu kucing anak 4 ni. 




Anak-anak yang tak ingin berpisah dari ibunya. 



Baru 1 bulan usianya. 



Y so cute?



Comel sangat anak-anak kucing tu


Alhamdulillah ada juga yang sudi menjadi tuan baharu. :)


Aku bukan si peminat kucing, tapi tak bererti aku si pembenci kucing. 

Wednesday, 23 August 2017

Bekal @ Bento

Assalamualaikum..hi korang..

Sejak dua tiga menjak ni aku boleh dikatakan hari-hari jugaklah bekalkan makanan untuk anak-anak syurga aku untuk bawa ke taska. Yes, anak-anak syurga aku sekarang dah duduk kat Taska berdekatan dengan rumah sewa kitorang tu jugak.  [al-kisah kenapa hantar anak-anak ke taska tu nanti one fine day aku cerita okeh.]

Yang buat aku makin rajin buat bekal @ bento [bahasa Jepun kalau tak silap] ni sebabnye si adik lah yang kuat sangat makan. Bila aku sembang-sembang dengan pengasuh kat taska tu dia ada sebut yang anak aku dik haseef ni kuat makan, dan selalu je tolong habiskan makanan bekalan kawan-kawan dia. err apekah...tebal jugak lah muke aku ni kan. ekceli bs tu tak de la niat nak malukan aku dia just cerita yang anak aku memang kuat makan. Sebab aku yang tanye anak aku makan banyak ke sikit ke..semua mak nenek jugak lah aku tanye {kalau tak terkejar masa aku lebih suka bertanyakan perkembangan anak-anak..normal la kan..aku rasa semua parents yang hantar anak kat orang lain memang macam ni kot..}

So start hari tu aku dah berniat aku akan cuba bekalkan apa-apa je untuk anak-anak aku bawa ke taska, walaupun hanye beberapa potong buah-buahan. Taska tu awal-awal memang dah pesan tak bawa bekal pun tak pe, tapi bila dah anak ko kuat makan, datang jugak la rase segan tu kalau asyik nak kena tolong habiskan bekalan anak-anak orang lain kan. heheh..

makanya..ibu sedaya upaya cuba bekalkan sesuatu..tak de lah makanan berat sangat pun..yang ringkas-ringkas dan senang je..kekadang roti, buah, biskut, cekodok..

kena susun jadual cantik-cantik sikit untuk selesakan diri.

Ibu cuba k sayang...

Maaf ibu bukan super Mom... =(


Antara gambar yang ada dalam koleksi telefon hari ni. Ada yang dah kena transfer masuk dalam laptop dan ade jugak yang tak sempat nak snap (sebab terkejar-kejar masa..hisshh asyik lewat je...)

Roti sapu butter coklat je pon!




saje tulis nama, senang nanti bs nak ambik letak dalam bag anak-anak petang nanti



Cekodok dinosour kecik-kecik



Gambar beberapa minggu lepas, aku masukkan bekal dalam bakul kecil tu je


tengoklah si adik, suka sangat pakai kasut besar..


Semoga ibu makin dapat jadi ibu yang berjaya urukan rumahtangga..kihkihkih...

Bye..c u next time..





Tuesday, 8 August 2017

SERBA SALAH

Assalamualaikum..salam sejahtera.

Kadang-kadang berdiam lebih baik.
tapi macam mana kau nak berdiam kalau orang asyik bertanya.
Yang bertanya satu hal. DIRI kau sendiri tu!
Perasaan tuh akan rasa serba serbi tak kena.
Rasa bersalah. Rasa tak bertanggungjawab.
Semua bercampur-baur.

Hal ni kalau tak berkaitan dengan kesihatan,
aku akan cuba usahakan jugak.
Tapi ni melibatkan kesihatan.
Cuba sehabis baik pun memang tak boleh.

Biarlah orang nak cakap kau PENTINGkan diri ker..
SENGAJA NAK LARI dari tanggungjawab ke..
NAK LEPAS TANGAN ker..
NAk MENGULARR ke...
(tau tak mengularr tu ape? hehe)

Time aku sakit..
ada ke ko datang tolong jagakan anak-anak aku..
ada ke ko datang tolong cuci kain baju kat rumah aku..
ada ke ko datang tolong bagi makan dekat aku ngan anak-anak aku..
tak de pun kan..

so baik ko diam je.
Bersyukurlah ko sihat sempurna.
Tak diuji dengan masalah kesihatan.
Tu je nak cakap.

Aku ni kalau aku sihat aku join je mana-mana program,
Sebab aku suka.
Benda-benda leceh pun aku suka.
Benda-benda memenatkan pun aku suka.
TAK MENJADI MASALAH langsung buat aku.

Tapi tu lah..KITA PUN TAK SANGKA BILA KITA AKAN DIUJI...



#respect

Monday, 31 July 2017

Kek pisang paling Moist



Setakat ni la..
Sebelum ni pernah jugak try buat hasil google resepi. 
Malangnya tak pernah nak sama dengan kek pisang yang beli dekat kedai. 
Selalu ada je kekurangan, bantat lah, terlebih keras, tak masak pun pernah tau!
Sampai satu tahap rasa menyampah betul dengan diri sendiri. Rasa tak nak buat kek dah!
Tapi tetap buat jugak. Sebab suka. 
Lepas buat, frust. Gitu lah selalunya ending citernye.
okey



 kali ni betul-betul menjadi. 
Walaupun rupa buruk, sedap tu ada lah.
Hihihi.
Next time kena pakai resepi ni je. 
Cuma kena study lagi macam mana nak dapatkan rupa kek yang cantik.



Hmm. Tetiba rasa nak masuk kelas buat kek. 
Hopefully tercapai dulu dalam mimpi kejap lagi ni.

Resepinya esok lah akak update ye untuk  next entry. 
Dah mengantuk giler ni. Nite korang. Muah! 


Sunday, 30 July 2017

Nasi arab di Saba Restaurant, cyberjaya.

Dah lama tahu kewujudan restoran Makanan arab yang famous ni tapi lepas berpindah ke Putrajaya bulan 11 tahun lepas kami tak sempat lagi nak jelajah tempat-yempat makan yang teringin nak makan tu. Entah la memang spesis aku ni jenis Tak bernafsu sangat... atau tak Be-ria sangat,,..sebab bagi aku se-femes mana atau se-viral mana sesuatu tempat tu kalau pergi ke tak pergi ke biasa-biasa je.., pergi pun tak pe. Tak pergi pun tak pe. Entah lah aku ni jenis tak kesah mana pun! Kalau nak cerita lari topik pulak, next entry okeyy..

Al-kisah ter-keluar makan dekat restoran nasi arab Saba ni pun sebab kakak ipar aku (kakak sulung kepada mat cah) dia sekeluarga datang holiday kat sini sesambil ada keje diorang sikit. Sebelum ni dah banyak kali plan nak datang ziarah kami kat sini tapi asyik ada je halangannya. Nak dijadikan cerita jadi jugak la kali ni. 

So kakak la yang rindu dekat nasi arab saba tu. Coz sebelum ni dia keje dekat putrajaya memang selalu ke sana. Dah transfer ke kelantan tak de dah cawangan saba kat sana. Sesekali datang sini wajib lah makan kat saba kan. ╫℮╫℮╫℮╫℮ ヅ 🙈 

So kitorang yang newbies ni follow jugak la boleh la merasa sedap sangat ke nasiknye tu kan. Sebelum ni penah la makan nasi arab, dekat sabah dulu selalu jugak pegi satu restoran yang famous jugak la mashawi Grill namanya..memang sedap giler harga pun berpatutan. 
Malas nak tulis panjang-panjang, makanan memang sedap-sedap. korang tengok je la gambar-gambar yang berjaya di snap Oleh camerawoman yang tak berapa nak camerawoman ni. ╫℮╫℮╫℮╫℮ ヅ 🙈 

Haruslah wefie dulu dalam kereta! 

Tq baba, ummi, anati, ammar, & arrwa Khalis love you all.



Daddy's little daughter 

Ayong @ Nurul Anati Khalis yang sangat comel. Baru 5 tahun.
Bakhlava namanya manis letinggg sorry kalau typo, malas nak google..

Sesekali datang sini okey la tapi kalau tiap2 bulan nak makan ni je botak la kepala laki ko mak! Bagi aku sedap jugak la..tapi ekceli biasa-biasa je menu nye. Sedap lagi mashawi grill kat kota kinabalu sabah.  Tapi lain orang lain seleranya kan. Atas pendapat masing-masing okey.

P/s :- Sedap lagi nasi berlauk pagi rm2.50 sebungkus  yang abah mertua aku selalu beli kat tendong pasir mas tu 😂😆καΗ καΗ καΗ😆😂 dasar tekak melayuuuu!!!!

Saturday, 29 July 2017

Resepi puding oreo milo "wannacry"

Nama resepi kemain 'hipster' sebab baru viral katanya. Sebenarnya resepi puding macam ni dah lama kalau tak silap. Aku 1st time makan masa tahun 2013 kawan aku bagi. Sedap!
Dah dekat 4 tahun baru teringin nak try buat tu pun sebab dah viral hehe.
Meh aku share resepi sebelum aku sendiri pun lupa step2 nye. Next time kalau nak buat boleh refer kat sini je.

Bahan-bahannya:-
  1. 1 paket agar-agar tali (aku guna brand Kijang beratnya 30g)
  2. Air 1500ml (ikut sukatan pada paket agar-agar korang tau)
  3. 1/2 cawan gula
  4. 1 tin susu cair
  5. 2 sudu besar susu pekat manis
  6. 1 cawan serbuk milo
  7. 1 paket biskut oreo @ cream-o pun bolehh sama je rasa dia

Cara-caranya :-
  1. Basuh dan toskan agar-agar tali. Nak lagi senang rendam dengan air panas sekejap supaya senang cair nanti. 
  2. Sementara tu didihkan air, dah mendidih masukkan agar-agar tersebut.
  3. Bila dah cair, masukkan gula.kacau sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan susu cair. Dan susu pekat manis.
  5. Tutup api. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. Masukkan serbuk milo ke dalam bahagian pertama, kacau sehingga tidak berketul. Kemudian bahagikan kepada 2 bekas A dan B.(aku buat dua bekas acuan)
  7. Masukkan milo bekas A dahulu. Sejukkan sekejap. Nak cepat letak dalam freezer sekejap dalam 3-4 minit. 
  8. Kemudian bila puding tadi dah keras keluarkan dari freezer kemudian cucuk-cucuk dengan garfu supaya senang melekat.
  9. Tuang bahagian susu pulak, kemudian patah-patahkan biskut oreo dan susun sesuka hati.biar biskut tu agak2 tenggelam.
  10. Masukkan balik dalam freezer dan ulang balik seperti langkah 8. 
  11. Kemudian bila dah keras cucuk-cucuk sama macam tadi jugak dan kemudian tuang baki bekas B pulak.
  12. Simpan dalam peti sejuk bahagian chiller je. Orang tua pun suka apetah lagi anak-anak confirm suka!
  13. Agak-agak dah betul keras baru potong. 
Sepatutnye bahagian putih tu lagi banyak, tapi aku main tuang je x sukat pakai bekas pun, main cedok2 je tu yang saiz ketebalan dia tak sama tu. καΗ καΗ καΗ😆😂  #lantakDiSitu janji sedap. Hehhee..


Friday, 28 July 2017

Welcome google Adsense

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tak ada apa sangat nak dikongsi. 

Cuma nak cerita pasal google adsense dah start live kat blog suam suam kuku akak ni je. 😂😆καΗ καΗ καΗ😆😂  

Hopefully akak akan update blog ni tiap2 hari lah gamaknye. Nak jugak merasa hasil google adsense tu mana tau dapat beli ipong 8 pulak nanti. Muahahahaha 😅 

Bagi yang tak tahu apa tu google adsense boleh je google nanti banyak keluar post2 berkenaan google adsense ni. Pendek kata kalau ko rajin update blog, makanya masyuk gak la sebabnye payment nanti dalam USD. Tapi kena gigih la ye kalau suam suam kuku kecik akak ni tak tahu lah masyuk ke idokk.. hihihi..

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts